Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Anak-anak

Dean award -MMU

Imej
Assalamualaikum 10/09/2025 Syukur kakak husna dapat anugerah Dean Award untuk kali ke 2. Rezeki kakak sem akhir dapat juga merasa 4flat.Bila kakak happy mama pun happy, itulah perasaan seorang emak, rasa bahagia bila anak2 happy. Usaha penat lelah kakak selama ni berbaloi, ini menandakan kakak bukan budak tak pandai, kakak boleh berjaya juga seperti orang lain dengan kuatkan usaha, kuatkan semangat dan jgn berhenti doa.   video kakak menerima anugerah perasaan mama ketika ini rasa lega dan pastinya mama rasa happy mama sama2 dengan kakak ada dalam cerita ini moga kenangan ini kakak akan ingat sampai bila2. Cam biasalah mama lah manusia paling excited kalau boleh lagi depan mama nk duduk nk snap moment2 indah kakak Family je yg tahu betapa struggle nya kakak mama  saksi kakak down mama saksi demam mama saksi kakak asthma mama saksi kakak anxiety mama saksi kakak frush mama saksi kakak diperlekehkan  mama saksi di persalahkan mama saksi kakak menangis mama saksi kakak tak c...

Convocation kali ke 53 Politeknik Ungku Omar Part 3

Imej
  Assalamualaikum Part 3 21/18/2025 (Khamis), seawal pukul 8.30pagi kami dh check out dari homestay.Sebab rancanganya kami nk gi sekinchan nak tengok kapal terbang, nak makan mentaram n nak merasa pegang padi. Tapi sebelum tu sarapan dulu  kat Taman Cempaka Restoran Kak Limah.Restoran yang mampu milik untuk pelajar2 PUO.  makanan :  beehoon,mee goreng, ayam goreng   roti telur  roti kosong 3x nasi lemak Air : Teh tarik 3x Teh ais 1x Sirap 1x Limau O ais 1x Total RM 38  next meneruskan perjalanan ke sekinchan lalu jalan dalam, kononya nak menikmati permandangan kampung2. Itu semua angan2 je sudahnya bila masuk kereta anak2 semua dibuai mimpi termaksuk lah mama sekali. Kesian babah memandulah seorang2 nyambil ditemani lagu LEMAN. Anak kan bila berjaga x sudah2 sakat menyakat, bergaduh nyaris2 nak bertumbuk walaupun dalam kereta. Yang abg sakat adik yg adik balas balik , ada yg merajuk ada sentap makan dalam diam seribu bahasa. Tapikan bila tido elok...

Convocation kali ke 53 Politeknik Ungku Omar Part 2

Imej
  Assalamualaikum Part 2 Bila mama tengok gambor ni cam flash back tajuk cinta mama n babah hahhahah. Tapi jalan ceritanya lain sedikit cuma tajuk yg sama   Apa2 pun semuanya adalah aturan ALLAH S.W.T. Mama n babah sentiasa mendoakan yg terbaik untuk anak2 mama. Mama punya impian nk jadi mak mertua dari syurga yg diimpikan oleh setiap pasangan anak2 mama. Kena ada impian dan niat yang baik moga ALLAH makbulkan aamin2x. Secara jujurnya gambar ni nampak sweet dan ada auranya tersendiri. selepas selesai sessi photographer,perut dah lapar nasi babah ajak makan dekat kedai nasi kandar JK Pekan Lama. Abg Hafiz masih stay kat PUO sambung bergambar dan nak settlekan beberapa perkara cam nk pulangkan jubah, submit resit, jumpa kawan2 dan macam2 lagi. Mama pesan dekat abg hafiz belanja best friend makan tengahari.  Sampai je ramai sungguh orang beratur emm mama ni dh penat ala2 mak datin dengan cermin mata hitam x maulah  beratur apa kelas hahahhaah Tugas mama cop tempat duduk...

Convocation kali ke 53 Politeknik Ungku Omar Part 1

Imej
Assalamualaikum Alhamdulillah hari2 yang di tunggu telah tiba, abg hafiz akan convo pada 20/08/2025 (Selasa). Abg Hafiz  gi awal  18/08/2025 (Isnin) sebab nak ambik baju n, ambik gambor preconvo dan nak attend convo abg Danish pada 19/08/2025 sessi pagi.Kami bertolak ke Perak pada 19/08/2025(Selasa) dalam pukul 11 pagi kira santai2 je gitu. Kakak Husna tak ikut sebab intern, abg Habil pula kat asrama. Kami makan tengahari kat Teratak Tempoyak Gopeng Makanan : nasi putih 5x   Ikan patin tempoyak perak ada taugeh 1x   sotong goreng tepung 1x ayam goreng 1x  telur dadar 1x ulam2 Air :  air teh O 1 jug total  RM 90.00 Ni lah homestay ZamNoni terletak kat Ampang Baru Ipoh. Kira2 dlm 7 minit nk ke Politeknik Ungku Omar.1 mlm sewa RM 200, sangat selesa dekat dengan econsave, kedai makan n kedai runcit. Rumah yg besar, lengkap semuanya aircond setiap bilik, disediakan mesin basuh siap sabun, kelengkapan dapur beras,bawang,garam kicap,sos dan lain2 lagi. Puas h...

04.12.2018 Aufa demam panas

Imej
Assalamualaikum 04.12.2018 sehari sebelum birthday Aufa demam dan badan AUfa panas sgt. Bila Aufa demam sure lah mama kena ambik cuti jadi mama dengan kakak husna bawak Aufa gi KK Dengkil tak apalah demi Aufa, mama dan kakak sanggup parking jauh2 adalah dlm 1km siap pakage berbukit dan panas terik. sampai awal 8 pagi siap kol 11 pagi. A ufa kalau demam memang mama takut sebab akan lembik sungguh bila nurse check panas 39 jadi panas yang tinggi kat situ juga nurse bagi ubat demam siap2 sebelum jumpa doktor Aufa dah mula muntah2 bila check tonsil Aufa dah merah sangat n Aufa perlu makan antibiotik bila anak demam mama masak bubur so anak2 lain pun kena lah makan bubur juga. Bila Aufa demam mama tak boleh lama2 kat dapur sebab Aufa nak melekat je. sobb...sobb... itu kisah 04.12.2018 tapi hari ni 24.12.2018 Aufa demam balik siap selesema, batuk dan mata siap bertaik mata, panas dalam. Disebabkan mama dah tak ada cuti lagi jadi kakak dengan abglah yang mama...

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

Imej
 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

Pertandingan Kawat Kaki Peringkat Sekolah SAMBBST 2023

Imej
  Assalamualaikum 11/11/2023 Rabu Telah berlangsung PertandinganKawat Kaki Peringkat Sekolah SAMBBST yang terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah, PPIM, Kadet Bomba, Kadet Polis dan KASPA. Setiap pasukan telah membuat persembahan yang terbaik malahan mereka juga sudah berusaha sedaya upaay dengan jadual latiahn yang padat bagi merebut gelaran Juara. Alhamdulillah team Kadet Remaja Sekolah yang diketuai oleh Waren 1 Adam Hanif bin Mohd Hisham telah mendapat Juara Video boleh ditoton gunakan link dibawah https://photos.google.com/share/AF1QipPIVDDv-MIscBmMCw8KeAuovDxcqx-xF0tfVoCwBh8lJlAgK0zLeXj-fLtj5Ry7Kw?key=WjJQMFF2cGxFcEdaY0xDTnlFLWpudEREWV9reFFR Juara Kawat kaki Peringkat Sekolah SAMBBST dimenangi oleh Kadet Remaja Sekolah Tahniah Waren 1 Adam Hanif and team Good Job !!! -misdarman-

Majlis Pelantikan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Dan Minggu Solidariti Palestin 31 Oktober 2023

Imej
 Assalamualaikum 31/10/2023 Selasa Majlis Perlantikan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah dan Minggi Solodaiti Palestin  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah dalam pembentukan adab, akhlak dan integriti pelajar di negara ini. Usaha itu dilaksanakan dengan melantik seorang murid di setiap sekolah sebagai Duta Sahsiah dalam menyalurkan garis panduan salah laki seksual dan buli. Syabas dan tahniah diucapkan kepada 20 orang DUTA SAHSIAH SAMBBST. KPM juga telah menganjurkan MInggu Solidariti Palestin di mana setiao sekolah diseluruh negara mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Video penuh boleh di tonton di  https://www.facebook.com/SAMBBSTsepang/videos/695705249193007 Pencapaian yang melayakan abg adam dapat anugerah Duta Sahsiah KOKO Abang adam wakil menerima sijil Duta Sahsiah Abang adam bersama sebahagian rakan2 Duta Sahsiah 2023 Sehubungan denagn itu, SAM Bandar B...

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Imej
Assalamualaikum Sabtu 28/10/2023 Kejohanan Sukan Tahunan SK Cyberjaya yg ke 17  Perasmian oleh President MMU iaitu   YBHG. PROF. DATO’ DR. MAZLIHAM MOHD SU’UD   Anak2 mama bangga  sebab bos mama yg rasmikan sukan sekolah hehehhe bukan anak je bangga mama pun bangga juga!!  Seawal 8 pagi kami semua dah sampai dekat SK Cyberjaya. Tiap2 tahun cam ni lah mesti datang awal. Anak2 mama semua bersukan jadi tiap2 tahun wajib kecuali masa PKP Tahun ni babah tak dpt nk joint sebab babah kena balik Negeri Sembilan ada urusan di kampung, syukur anak2 pun faham lagi pun mama n kakak kan ada. Kebetulan cuma Kakak Aimy je yg masuk acara, Aufa tak masuk pun apa2 acara sebab demam, dtg untuk support kakak Aimy walaupun bukan rumah sukan yg sama.  Walaupun Aufa tak masuk apa2 acara, tanda sokongan kakak Husna pakai baju merah. mama pulak pakai baju hijau, kalau tak kang ada budak merajuk. Walaupun nampak simple je kena jugalah jaga hati anak2.Mama lah sokong rumah...

Majlis Khatam Alquran Perdana Tahun 6 (7/11/2023) Mis Aimy Humaira Part 1

Imej
  Assalamualaikum 07/11/2023 Selasa Sekolah Rendah Agama Dato Ahmad Razali ada mengadakan khatam Al-Quran Perdana Tahun 6, Daerah Sepang. Alhamdulillah  Mis Aimy Humaira salah seorang murid yang menyertai majlis Khatam Al-Quran. Syukur mama dapat  prepared awal sediakan 10 batang bunga telur dan sumbangan makanan. Disebabkan mama ni tak kreatif dan ditambah dengan kemalasan jadi semua mama main order je kan senang heheheheh. bunga telur dah siap awal jd mama tambah sikit lah decoration bubuh nama Mis Aimy , moga Mis Aimy gembira. Bunga telur ni mama order dekat  https://www.facebook.com/cahaya.petunjuk.397   kek pisang coklat ni pun mama order juga. kek pisang gebu ni mama order dekat   https://www.facebook.com/miezaira.homemade . Mama request nk bubuh nama Mis Aimy sebagai kenangan yang Mis Aimy pernah joint majlis khatam Al-Quran kat sekolah. Bukan kek pisang je macam2 kek pun dia boleh buat. Mama bagi sokongan dan semangat je tuk anak2, bagi an...

Hari Dialog Prestasi Sekolah Kebangsaan Cyberjaya 2023

Imej
Assalamualaikum 15/09/2023 (Jumaat), Hari Dialog Prestasi  Disebabkan babah tak dapat cuti, dan kebetulan juga hari ni abang habil balik jadinya mama kena bawak kakak husna ke sekolah. Mama gi tingkat 2 kelas Mis Aufa 4 Jaya dan kakak naik ler ke tingkat 3 kelas Mis Aimy 6 Yakin. Mama dah tak larat naik tangga2 lagi mama mintak kakak wakilkan mama ambik result Mis Aimy.  Syukur alhamdulillah tahun 2023 pencapaian anak2 mama meningkat dengan baik. Tahniah Mis Aimy result pertengahan tahun byk  subjek TP5 dan TP6 cuma 1 je TP4. Tahniah dan good job tuk Mis Aufa semua subjek TP 4 dan 1 subjek TP5. Mis Aimy terus kan kecemerlangan yang ada dan pada Mis Aufa peningkatan yang amat baik, pelan2 Insha Allah Mis Aufa boleh dapat banyak TP5 dan TP6 akan datang tunggu turn Aufa lama sangat, mama yang beratur awal dari kakak husna, tapi kakak husna dah siap dulu ambik result Mis Aimy. Sementara tunggu turn Aufa 2 beradik ni snap lah gambar, bukti kakak support adik2..iyer lah hahahah...