Convocation kali ke 53 Politeknik Ungku Omar Part 2
Assalamualaikum
Part 2
Bila mama tengok gambor ni cam flash back tajuk cinta mama n babah hahhahah. Tapi jalan ceritanya lain sedikit cuma tajuk yg sama
Apa2 pun semuanya adalah aturan ALLAH S.W.T.
Mama n babah sentiasa mendoakan yg terbaik untuk anak2 mama.
Mama punya impian nk jadi mak mertua dari syurga yg diimpikan oleh setiap pasangan anak2 mama. Kena ada impian dan niat yang baik moga ALLAH makbulkan aamin2x.
Secara jujurnya gambar ni nampak sweet dan ada auranya tersendiri.
selepas selesai sessi photographer,perut dah lapar nasi babah ajak makan dekat kedai nasi kandar JK Pekan Lama. Abg Hafiz masih stay kat PUO sambung bergambar dan nak settlekan beberapa perkara cam nk pulangkan jubah, submit resit, jumpa kawan2 dan macam2 lagi. Mama pesan dekat abg hafiz belanja best friend makan tengahari.
Sampai je ramai sungguh orang beratur emm mama ni dh penat ala2 mak datin dengan cermin mata hitam x maulah beratur apa kelas hahahhaah
Tugas mama cop tempat duduk itu namanya kerja berpasukan.
Tugas beratur mama serahkan dekat babah sebab imam kan kena selalu kat depan hahahah ni kalau babah baca mesti mama akan dapat 1 jelingan maut hahahhaah.
Tugas ambik makanan mestilah abg adam, tugas 2 gadis berilmiah pula cari kerusi yg kosong untuk pastikan semua orang dapat duduk.
Makanan :
nasi kandar ayam goreng 3x
nasi kandar kambing 1x
nasi kandar rendang ayam 1x
Air:
Teh ais 4x
limau ais kosong 1x
Total RM 50.00
Selesai je makan, kereta kena saman sebab tak bayar parking. Iyer sudah lah bayar je lah guna apps nanti.
simpan gambar ni buat kenangan dan boleh jadi cerita dengan anak2.Dalam kereta tak sudah2 cerita saman parking kena bayar mahal RM 15.00. Ikutkan babah tak yah layan nak membayor biorkan je tp mama ni tak boleh akan risau terlebih. Nengok kalau lepas 7 hari kena bayar RM 20 makin lambat makin naik harga. Bab2 ni mama serahkan dekat anak sulung mama senang cerita. Itu gunanya ada anak ramai boleh mama bahagi2 tugas.
Dah penat dan berlengas badan lelagi dah makan nasi kandar duduk dlm kereta yg ada aircond mata ni kan dh cam nak kena tongkat dengan batang lidi. Memang target nak balik ke homestay cepat je.
Dah penat dan berlengas badan lelagi dah makan nasi kandar duduk dlm kereta yg ada aircond mata ni kan dh cam nak kena tongkat dengan batang lidi. Memang target nak balik ke homestay cepat je.
Sebab dah penat petang tu kami berehat je kat homestay
abg hafiz sampai homestay dalam pukul 3, Nabila rushing nak balik Cyber sebab nak hantar kanta kamera.
**************************************************************
mlm 8.30 mama gi ke rumah classmate PUO, rumah kawan mama kat Bercham kira2 dlm 17 minit perjalanan. Babah tak ikut sebab ada class online mengaji jadinya mama gi dengan anak2 jelah. Kawan mama Shidah jemput datang rumah dia siap sediakan mee goreng dan jelly kelapa. Ajaib abg adam memang pada asalnya tak makan mee goreng dengan alasan rasa kapur tp entah nya bila makan mee goreng yang shida masak terus dia jatuh hati. Siap suruh mama beli mee cam tu idok lah mama nk melayan mana lah nak cari malam2 mee cam tu.
Classmate belah kanan tu nama dia Shida, yg kiri Adah.
Alhamdulillah panjang umur mama dapat jumpa kawan2 selepas 25 tahun.Syukur kawan2 mama semua jadi orang2 yg hebat. Shidah keja kat TNB Ipoh, Adah pulak kerja kat IPG.
Mama n Shidah pernah menyewa sama tapi tak ingat sem berapa huhuhu.
Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi.Gitu lah kan dh lama tak jumpa kawan ambik dekat pukul 12 baru mama n anak2 balik. Itu pun lepas dapat isyarat mata dari abg hafiz ajak balik. Isyarat mata yang entah keberapa kali hahahhaha
Seronok sungguh bila dapat jumpa kawan2 lama, pastinya tajuk tak lari mengibas cerita2 lama, khabar2 kawan2, perbezaan PUO lama dengan sekarang dan macam2 lagi lah.
Dulu masa mama belajar semua baik lelaki dan perempuan akan naik basikal. Kira basikal ni pengangkutan utama PUO. Adalah beberapa buah moto itu pun boleh dikira dengan beberapa buah kereta. Rata2 semua naik basikal, kedai basikal pun tumbuh bak cendawan. Bila datang balik selepas 25 tahun ramai pelajar2 naik moto dan kereta nak cari pelajar naik basikal dah tak ada, kalau ada yg naik basikal mama tengok bangla nak gi kerja hehehehh. Zaman berubah kan... ialah anak mama sendiri pun bawak kereta ehheheheh.
Banyak2 jabatan kat PUO paling glamer Jabatan Perkapalan. Jabatan Elektrik dan Jabatan Perdangan hujung kalau nak balik ke asrama kena lalu Jabatan Perkapalan yang semuanya adalah lelaki. Jadinya gadis2 ayu dan gadis berilmiah kena lah ayu2 masa lalu kat Jabatan Perkapalan hahhahahaah. Sapa dpt pakwe perkapalan kira hebat lah sebab surely dpt pakwe kaya almaklum lah dpt belayar ke oversea gitulah harapan2nya. Tapi mama terkecuali sebab masa mama study mama dh bertunang dulu dengan babah. Jadinya tak ada sapa pun nk tackle mama sedih !!!
Setia tau tak de lah nak cari pakwe lain
nak cari nahas buat lah perangai kenalah menghadap 7 org abg2 mama lom lagi menghadap pendekar Darman hehehehhehe.
Oklah nextlah sambung
part 3
-mis darman-
Ulasan