Convocation kali ke 53 Politeknik Ungku Omar Part 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari2 yang di tunggu telah tiba, abg hafiz akan convo pada 20/08/2025 (Selasa). Abg Hafiz  gi awal  18/08/2025 (Isnin) sebab nak ambik baju n, ambik gambor preconvo dan nak attend convo abg Danish pada 19/08/2025 sessi pagi.Kami bertolak ke Perak pada 19/08/2025(Selasa) dalam pukul 11 pagi kira santai2 je gitu. Kakak Husna tak ikut sebab intern, abg Habil pula kat asrama.

Kami makan tengahari kat Teratak Tempoyak Gopeng

Makanan :

nasi putih 5x

 Ikan patin tempoyak perak ada taugeh 1x

 sotong goreng tepung 1x

ayam goreng 1x

 telur dadar 1x

ulam2

Air :

 air teh O 1 jug

total  RM 90.00

Ni lah homestay ZamNoni terletak kat Ampang Baru Ipoh. Kira2 dlm 7 minit nk ke Politeknik Ungku Omar.1 mlm sewa RM 200, sangat selesa dekat dengan econsave, kedai makan n kedai runcit. Rumah yg besar, lengkap semuanya aircond setiap bilik, disediakan mesin basuh siap sabun, kelengkapan dapur beras,bawang,garam kicap,sos dan lain2 lagi. Puas hati sangat2 dan tuan rumah juga baik dan sentiasa bagi kerjasama. Kami menyewa 3 hari 2mlm jadi total RM 400.

Kami sampai di homestay Zamnoni ni pada pukul 2.45 petang, memasing dah penat jadi petang tu kami semua rehat n prepared baju2 untuk convo besok, tema baju biru .Abg Hafiz sampai dekat homestay 11 malam,sebab tolong kakak Nabila snap  gambar preconvo kawan2 yang order photographer dengan kakak Nabila. 

Makan malam kami dekat Restoran Nawfal Seafood. 

Makanan :

Nasi 3x

Siakap 3 rasa 1x

Kailan ikan masin 1x

Tom yam seafood 1x

Telur dadar 1x

Chicken cop tuk Aimy 1x

Chicken ham tuk Aufa 1x

Air :

Teh O ais 1 jug

Limau ais O

Total RM 91

20/09/2025 seawal 7 pagi dah keluar dari homestay, terkejar2 nak cari bunga bouquet segar untuk abg Hafiz, sebab nak cepat mama ambik jelah dengan harga RM 50, rezeki abg dapat bunga yang banyak siap patung lagi dengan harga yg sangat berbaloi.Mama beli kat tepi masjid byk gerai2 yg jual sampai rambang mata.
Mama dan abah apa lagi lah seawal 7.20 snap gambo dalam campus PUO untuk babah selepas 28 tahun dan mama selepas 25 tahun selepas kami meninggalkan PUO. 20/09/2025 Kami berdua datang balik untuk menghadiri convo anak kami yg ke 2.
Dulu abg masuk time covid so kami berdua tak berpeluang untuk masuk ke PUO, bila dah boleh face to face kami hanya hantar abg ke rumah sewa sahaja.
Terima kasih kat abg adam sebab jaga adik2 ppuan Aimy n Aufa sementara mama n babah masuk dewan.

Alahai anak 25 tahun yg lepas arwah nenek tengok mama convo PUO yang ke 28, sekarang mama tengok anak mama sendiri convo PUO yg ke 53. Sebak ada, hiba ada, gembira ada macam2 lah emosi flash back dlm kepala otak mama. Mama proud dengan abg sebab abg telah membanggakan mama n babah. Abg dapat Pingat Ketua Jabatan Diploma Elektrik dan Elektronik Politeknik Ungku Omar dengan CGPA 3.79 Tahniah abg.

Babah bangga tau dengan abg, sebab bukan senang nak sampai ke tahap ini. Anak bujang babah hebat!! ialah kan kalau bukan ibu bapa  yg nak puji tak kan nak harapkan jiran sebelah pulak yg puji anak kita. 

Alhamdulillah abg dah convo
Majlis habis dalam pukul 11, terus mama n babah cari tempat makan
masa ni control sebab nk ambik gambor, sebenornya mama n babah dh lapor sangat bak kata org sekarang dah tergedik2 perut.
sebab masa nk masuk dewan cuma makan kuih 1 biji dengan 2 teguk air mineral.Tak tau lah nape time dlm dewan tu pulak terasa lapar sangat huhuhuhu.

Ahmad Hafiz Adly bin Mohd Hisham
Aktiviti seterusnya sessi bergambar

Politeknik Ungku Omar kami kembali dan hanya bawak 4 dari 6 orang anak kami. Tempat yang banyak kenangan yang manis

Babah convo PUO yang ke 25 Jabatan Perdagangan  , mama convo PUO yang ke 28 Jabatan Elektrik, abg Hafiz convo PUO yang ke 53 Jabatan Elektrik. Jadi boleh taukan anak lelaki akan ikut sapa? hahahahha mestilah ikut mama kan!!
sebagai pembakar semangat untuk adik2
gambar kenangan abg dengan classmate Irfan
Syukur alhamdulillah abg dikurniakan kawan2 sejati yg baik sanggup menghadiri majlis convo abg. Kira tulang belakang yang sentiasa berkongsi rahsia, berkongsi masalah, berkongsi suka dan duka  dari mereka kecik lagi. Tadika sama, sek rendah sama, sek agama sama, sek menengah sama 1 kelas lagi. Terima kasih pada Danish, Fahmy n Nabila. Jadi photograper untuk hafiz. Mereka ber 3 adalah anak2 kawan mama yg mama kenal sejak baby lagi. Semoga kalian semua sentiasa dilindungi ALLAH, dijauhi dari kejahatan manusia juga kejahatan syaitan, dijauhi dari penyakit yg berbahaya dan cemerlang didunia dan di akhirat. Terima kasih sentiasa ada dengan abg hafiz


oklah nanti sambung part 2
dah panjang lebar dah coretan kali ni

-mis darman-


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Sambutan hari lahir babah

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL