Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sepak Takraw

Suku akhir sepak takraw KESSUMA Selangor vs Perak

Imej
  Assalamualaikum 06/09/2023 Rabu, hari ke 3 KESSUMA.  Selangor layak untuk masuk suku akhir, jadi kena lawan Perak.  bukan rezeki untuk Selangor dan bukan rezeki abg adam nk bg mata kepada Negeri Selangor. Selangor kalah dengan Perak. Tak pelah menang kalah adat lah dalam permainan. Yang penting pada mama ialah pengalaman. Pengalaman dapat pergi tempat orang, pengalaman jumpa kawan2 baru jadi kena luaskan networking, pengalaman lawan dengan negeri2 lain. Pengalaman tu amat berharga jadi tak boleh dijual dengan duit. Abang adam dh sampai ke tahan wakil selangor pun mama dah bangga dengan anak mama. Mama tahu adam dh buat yg terbaik dan lawan pihak lawan hingga ke titisan yang terakhir. Abg adam dh henyak sampai lunyai. Apa2 pun itukan semua rezeki. Lawan kalah mati bila lawan perak kalah so untuk hari ke 4 dan ke 5 abg adam cuma jadi penyokong untuk sukan2 yang lain.  Habis KESSUMA ni kena focus dekat trial SPM yg tak lama lagi. Good job abg adam -misdarman-

Sepak takraw KESSUMA 2023 Group D (Selangor vs Johor) - (Selangor vs Melaka)

Imej
  Assalamualaikum 05/09/2023 (Selasa) Hari pertama pertandingan KESSUMA 2023,hari ni semua acara telah bermula. Mama just excited dengan sepak takraw je sebab anak mama main. Selain dari sepak takraw mama tak ambik tahu ( nampak sgtkan pentingkan diri sendiri heheheh) tak kisah lah apa org nk ckp as long mama just nak tahu team anak mama menang ke kalah. Jadual perlawanan dah diwar2kan dekat Fb Jabatan Agama Islam Pahang, jadi senang mama nk tahu pukul berapa team sepak takraw nak lawan. Selangor kumpulan D dengan Johor dan Melaka. Jadi pagi2 mama dh tengok FB Jabatan Agama Islam Pahang dengan harapan adalah live cam MSSM tapi hampa dah awal2 dah mention tak ada live untuk setiap perlawanan. Hampa lah hati mama tak dpt lah nk tengok anak mama main.  Result Selangor vs Johor  Johor menang 2-1 Team abg adam menang 2 lagi team kalah petang Selangor vs Melaka Selangor menang 3-0 jadi besok 06/09/23 Selangor vs Perak dengar cerita team Perak kuat apa2 pun tawakal je yang penti...

Abang Adam KESSUMAS 2023 Pahang

Imej
  Assalamualaikum 04/09/2023 (Isnin) Abang adam kena berkumpul dekat Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Alam seperti yang telah ditetapkan dalam surat dari Ketua Penolong Pengarah  Bahagian Pendidikan Islam. cam biasa sebab nak ke Shah Alam, kena naik motor dengan babah, kali ni turn abg adam pulak create moment2 indah dengan babah naik motor. Moga pengalam abg adam naik motor dengan abah akan abg adam ingat sampai bila2. Kenangan ini yang akan abg adam ingat sampai abg adam kata kematu bontot adam hahahahah.  Naik motor senang elak jem,lelagi hari Isnin dengan banyak kereta. Mama simpan kenangan2 ni untuk tatapan anak2 mama dimasa depan, dapat tengok  dan dijadikan bukti pengorbanan babah nk  bagi anak berjaya.  Kontigen selangor berkumpul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sebanyak 3 buah bas akan membawa semua atlet ke Universiti Malaysia Al Sultan Abdulah Pahang Darul Makmur Kontigen Selangor KESSUMAS 2023, hantar 6 pasukan 1. Bola Sepak 2...

Latihan Pusat Kontigen Negeri Selangor (KESSUMA) 2023

Imej
Assalamualaikum 29/0/2023 (Selasa) Demi anak, tanda sokongan babah ambik cuti 1 hari n mama ambik cuti 1/2 hari untuk hantar abg adam ke MITS Klang dekat Seksyen 35 Alam Impian Shah Alam. Pertama kali nak ke MITS Klang rasa jauh, yang confuce nama MITS Klang tapi terletak kat Shah Alam.  Abg adam ada latihan pusat persedian untuk kejohanan Sukan Sekolah Agama Menengah Agama Malaysia (KESSUMA). kebetulan sebab rushing tak dpt lah mama nk buat sarapan pagi. Lagi pun babah dah bagi lampu hijau sarapan dekat luar. Apa lagi mama horey lah hehheheehh. Disebabkan pertama kali nak ke seksyen 35 jadi babah kata sampai kat MITS baru kita cari kedai makan. So tak ada pilihan sarapan lah dekat mamak bistro nasi kandar. cam biasa babah n mama bagi kata2 sokongan dan dorongan dekat abg adam. Sambil2 tu updated lah sikit pasal MSSM abg habil. Suprise rupanya bukan  babah yang bayar, rupa2nya anak sulung mama yang bayar. Terima kasih kakak belanja  moga rezeki kakak makin bertambah dan...

MSSM Sepak Takraw 2023 Regu Kumpulan U15 Naib Johan

Imej
  Assalamualaikum 24/08/2023 Abg Habil bertolak ke Kedah untuk kejohanan Sepak Takraw 2023. Abg Habi mewakili U15 Hari pertama (25/08/2023) Jumaat Selangor vs Penang - 3-0 Hari ke 2 (26/08/2023) Sabtu  Selangor vs Putrajaya - 3-0 Selangor vs Kelantan 2-1 Suku akhir Selangor vs Johor 2-1 Hari ke 2 (27/08/2023) Ahad Semi final Selangor vs Negeri Sembilan  2-1 Hari Ke 3 (28/08/2023) FINAL Selangor vs Perak 1-2 Regu Kumpulan SELANGOR -NAIB JOHAN Kami berdua kawan sepermainan  Rauf wakil N9 U18 Habil wakil selangor U15 jumpa di Kedah untuk kejohanan MSSM Sepak takraw 2023 -misdarman-

Kejohanan Softball MSSD Sepang 2023 Johan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya ~ Mis Aimy Humaira

Imej
  Assalamualaikum 12/07/2023 Rabu kejohanan softball MSSD 2023  Sepang bertempat di KV Salak Tinggi.  Mis Aimy pagi2 dah bangun bersemangat nak lawan softball. Mis Aimy dah besar jadi dia semua buat sendiri, siap awal2 semua kelengkapan. Babah dh beli kan kasut bola baru, seluar baru, stokin baru dan cover lutut baru.   Cikgu pesan kena datang awal sebab tumpang kereta mama Ayra. Sebelum matahari keluar abg hafiz dah hantar ke sekolah. Syukur abg hafiz ada sementara cuti sem. aktiviti wajib, abg hafiz yg snap gambo. Abg hafiz dah tahu dah perangai mama, klu ada apa2 aktiviti mesti snap gamba hehehhehehe Terima kasih byk2 cikgu snap gamba Mis Aimy. Cikgu Hazu pun tahu ye perangai mama. Snap gambar adalah wajib heheheheh. walaupun mama tak pesan apa2 pun cam seolah2 cikgu Hazu tahu isi hati mama dan share dlm group whasap. Pasukan Softball SK Cyberjaya 2023 Syukur Alhamdulillah Kejohanan Softball MSSD Sepang 2023 Kemenangan telah dimiliki oleh Sekolah Kebangsaan C...

Sepak takraw MSSM 2023

Imej
Assalamualaikum 24/08/2023 Khamis Abg Habil akan bertolak ke Kedah untuk perlawan sepak takraw MSSM.Pagi2 kena ikut babah naik motor untuk ke Sek Sukan Seksyen 11. Awalnya abg habil tak mau naik motor nak abg hafiz hantar tp babah berkeras juga suruh naik motor. Kalau naik kereta sure sampai lambat sebab nk ke shah alam jem waktu2 pack hour. Kalau naik kereta kena awal pagi2 jadi tak dapat lah nak bersarapan sama2 dengan mama, babah, kakak, abg dan adik2. Kalau naik motor boleh selit2 cepat sampai. Creatlah moment2 indah dengan baba naik motor, ada pengalaman dengan babah naik motor dalam perjalanan yang jauh. Syukur anak mama ni dengar cakap. pengalaman ini lah yang akan abg habil ingat sampai bila2, lelagi bila babah dah tua, kenangan ini yang akan tersemat dalam minda abg habil. abg hafiz yg snap gambar ni dah tahu dh tugas mesti wajib snap gambar untuk semua aktiviti  moga abg habil dapat main dengan baik, moga team abg habil memberi kebanggan untuk pasukan SELANGOR. moga tidak...

Bukan rezeki abg adam Sepak Takraw MSSM 2023

Imej
 Assalamualaikum 10/08/2023 hari last pemilihan MSSM 2023 takraw  1 berita gembira dan 1 berita sedih berita gembira syukur abg habil dapat menyertai kontigen negeri selangor U15, berita sedihnya abg adam tak dapat untuk menyertai kontigen negeri selangor U18. Awal2 memang  juru latih pun dah bagi tahu 3 pemain feeder akan di buang, tapi tak sangkalah salah seorangnya adalah abg adam. Tak pelah bukan rezeki abg adam ada hikmah semuanya. Abg adam kena balik ke SAMBBST dan kena duduki peperiksaan pertengahan tahun dan memberi tumpuan untuk KESSUMA sepak takraw 2023 kontigen negeri selangor. Kecewa memang abg adam kecewa, sebab abg adam tunggu 5 tahun untuk sertai MSSM.  Itulah perasaanya bila kecewa kena juga rasa perasaan kecewa  kena juga rasa perasaan gagal dunia ni keras rasalah semua perasaan itu jadi next kalau gagal lagi tak ler terasa sgt abg adam dah rasa sertai kontigen MSSM selangor U12 tahun kali ni biarlah abg habil yang rasa perasaan itu, perasaan me...

Kem Latihan Persiapan Pasukan Sepak Takraw MSSM 2023

Imej
  Assalamualaikum 08/08/2023 Selasa, babah ambik cuti nak hantar hero2 ke SMK Bukit Gading. Nak support minat anak jadi kami as a parent ikutkan sahaja. 2 orang anak bujang kami dpt pemilihan utk MSSM abg adam U18 dan abg habil U15. Abg Habil mama tak risau sgt sebab masih tingkatan 3 tapi abg adam ni mama risau sebab nk SPM pastu terlampau aktif sangat. Bukan mudah untuk sampai ketahap ini, byk dah yang abg adam korbankan. Abg adam banyak tinggal kelas sebab pertandingan MSSD pastu MSSS dengan latihan pusat dengan latihan persiapan MSSM lagi. Ikut kata coach nk buang lagi 3 pemain harap abg adam buat betul2 sebab abg adam korban kan peperiksaan pertengahan tahun. Itu belum lagi dengan aktiviti2 lain yg abg adam joint yang perlu ponteng kelas. Mama n babah ikut je kehendak dan kemahuan abg adam sebab abg adam tunggu saat ni dh 5 tahun. Mama n babah tak boleh tegah, sebab semua keputusan di tangan abg adam jadi mama restu n redha. Bulan 9 untuk KESSUMA dan bulan 10 trial SPM.  ...

Pemilihan KESSUMA 2023 ( Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia)

Imej
  Assalamualaikum 03/08/2023 Khamis Abg adam ada pemilihan KESSUMA sepak takraw.Jadinya lepas je habis pemilihan MSSM, mlm tadi rushing hantar  abg adam balik SAMBBST. Penat pemilihan MSSM belum habis dah nak pemilihan SESSUMA Awal2 pagi abg adam call bagi tahu  nk bertolak ke SAM Tanjung karang.Anak bujang seorang ni tak boleh ditegah jadinya mama ikut sahaja. Bukan apa tahun ni abg adam nk ambik SPM sebab terlampau aktif buat mama takut. Biasalah sindom mak2 kan. Hanya satu yg mampu mama buat berdoa dan terus berdoa untuk kebaikan, mama doa semoga semua anak2 mama berjaya didunia dan di akhirat. Jangan disebabkan terlalu aktif pelajaran entah kemana. Kalau boleh biar seimbang pelajaran dan sukan gambar kenangan mlm2 hantar balik ke SAMBBST  sebagai PA kepada anak2 dan juga sebagai penasihat no 2 mama sentiasa akan dptkan maklumat terlebih dahulu untuk share dgn babah. Syukur abg adam berjaya untuk menempatkan diri dalam pasukan KESSUMA selangor yang akan diadakan d...

02/08/2023 Pemilihan sepak takraw MSSM 2023

Imej
  Assalamualaikum Hari ni 02/08/2023 (Rabu ) abg adam dan abg habil terpilih untuk pemilihan takraw MSSM yg diadakan di SMK Bukit Gading Gombak Semalam  petang 01/08/2023 abg hafiz rushing ambik abg adam kat SAMBBST. Kesian abg adam habis je kelas petang rushing berkemas balik cyber. Bukan apa kalau lambat mesti jalan dekat area kota warisan tu jem teruk sebab time orang balik dari kerja.  mama wakilkan abg hafiz ambik abg adam sebab mama ada latihan memanah. Kalau tak joint cam rugi sebab time ni jelah mama nak berlatih. seawal jam 6.50pagi abg hafiz dah hantar ke SMK Cyberjaya. Abg adam tumpang cikgu Fikri sebab ada pelajar SMK Cyberjaya juga tersenarai nama untuk pemilihan MSSM.  Abg habil sekolah sukan memang hantar sendiri ke Gombak . Kat SMK Bukit Gading baru abg adam akan jumpa adik dia abg habil. Mama n babah tak henti2 berdoa moga abg adam n abg habil terpilih. Ikutkan 2023 adalah tahun akhir abg adam sebab tahun ni nk ambik SPM. Abg habil ada masa lagi Insh...

Takraw MSSD Adam dan Habil dan KAMIL peringkat Negeri Selangor

Imej
  Assalamualaikum 2023 Abg Adam dan Abg Habil terpilih untuk mewakili Sepang sepak takraw U18 dan U15. Syukur tahun ni mama dibantu oleh abg hafiz untuk handle adik2nya ketika ada latihan di SMK Putra Perdana / Dewan Serin Cyberjaya dari 17/7/2023 hingga 21/7/2023. Abg Hafiz cuti sem selama 2 bulan dia lah yang mama harapkan untuk hantar dan ambik adik2nya.  Jadual Abg Adam pack sangat sebab ada pertandingan kemahiran amal islami peringkat negeri selangor 2023 pada 21/7/2023 hingga 22/7/2023.Rabu 19/7/2023 Abg Adam kena balik ke SAMBBST untuk latihan Tajhiz Jenazah (L).Terpaksa lari sekejap dari latihan pusat takraw. Alhamdulillah  abg Adam n team JOHAN dan abg Adam dapat anugerah khas moderator Tajhiz lelaki terbaik. berbaloi rasanya dengan kerja keras yang abg adam curahkan.. gambor dari FB SAMBBST sijil lom lagi bubuh nama kena bg pengetua SAMBBST untuk bubuh nama :) belah kiri U18 belah kanan U15 tapi biasalah adik lagi besar n lagi tinggi dari abg saingan tuk daerah ...

Tahniah abg Habil - Naib Johan MSSD dan Tempat ke 3 MSSS

Imej
Assalamualaikum 04.03.2019 (Isnin) Abg habil ada penyampain medal dan sijil semasa perhimpunan sekolah. tahniah dari mama alhamdulillah, syukur impian abg habil nak ambik medal cam abg adam tercapai, dulu selalu tengok abg adam je ambik medal dan sijil kali ni abg habil dapat rasa perasaan itu. terima kasih byk2 dekat cikgu ade sebab share gambo  cikgu sekali kan penyampaian hadian sepak takraw MSSD dengan MSSS   Sijil dan medal disampaikan oleh Guru Besar SK Cyberjaya wakil sepak takraw MSSD dan MSSS semua happy dapat medal dan sijil orang kuat sepak takraw sudah semestinya cikgu ade belah kiri yg pakai baju biru dan cikgu zaini yang pakai baju oren hitam belah kanan. tahniah dan tahniah teruskan usaha di tahun2 akan datang

hari ke 4 Kejohanan Sepak Takraw MSSS 2019

Imej
Assalamualaikum Hari ke 4 Kejohanan Sepak Takraw MSSS 2019 hari terakhir disebabkan hari ke 3, perlawanan antara regu dah kalah jadi hari ke 4 dah tak ada perlawanan abg adam rehat je lah n tengok lah kawan2 lain main kebetulan babah cuti sebab nak handle urusan pencen arwah atok selesai sahaja urusan babah terus direct ke Sijangkang excited nak tengok anak main takraw babah snap gamba abg adam n abg habil pesanan mama bila jumpa anak2 jgn lupa snap gambo babah pun dah faham perangai mama senang je nak gembirakan hati mama heheheh abg habil muka cam tak bermaya ini semua adalah learning tuk anak2 mama kuatkan semangat walaupun penat tapi kuatkan semangat untuk terus berjuang update dari cikgu bawah 12 tahun juga tak ada rezeki nak meneruskan perjuangan adalah acara regu jadi bwh 12 hanya mendapat tempat ke 3 berpasukan abg habil ambik madel dan sijil  tahniah abg habil dpt no 3 dalam acara berkumpulan ikhsan gambo dari ...