Majlis Khatam Alquran Perdana Tahun 6 (7/11/2023) Mis Aimy Humaira Part 1

 Assalamualaikum

07/11/2023 Selasa Sekolah Rendah Agama Dato Ahmad Razali ada mengadakan khatam Al-Quran Perdana Tahun 6, Daerah Sepang. Alhamdulillah Mis Aimy Humaira salah seorang murid yang menyertai majlis Khatam Al-Quran.

Syukur mama dapat  prepared awal sediakan 10 batang bunga telur dan sumbangan makanan. Disebabkan mama ni tak kreatif dan ditambah dengan kemalasan jadi semua mama main order je kan senang heheheheh.

bunga telur dah siap awal jd mama tambah sikit lah decoration bubuh nama Mis Aimy , moga Mis Aimy gembira. Bunga telur ni mama order dekat https://www.facebook.com/cahaya.petunjuk.397 

kek pisang coklat ni pun mama order juga. kek pisang gebu ni mama order dekat  https://www.facebook.com/miezaira.homemade. Mama request nk bubuh nama Mis Aimy sebagai kenangan yang Mis Aimy pernah joint majlis khatam Al-Quran kat sekolah. Bukan kek pisang je macam2 kek pun dia boleh buat.

Mama bagi sokongan dan semangat je tuk anak2, bagi anak2 happy dan dpt sambut majlis dengan kawan2. Almaklum lah tahun ni kan tahun last Mis Aimy berada di sek rendah. Tahun depan dah masuk sek menangah. Tahun depan dah tak ada sek agama, 1 sessi je so create lah moment sebanyak mungkin dengan kawan2 dan ustaz serta ustazah di sek agama.

next mama updated lagi sebab nak tunggu gambar dari ustazah mana tahu kot ada video yg boleh mama share dlm blog ni

-------------------------------------------------------------------------------

ok mama updated sikit sebab baru dapat WhatsApp ustazah Che Esah hantar gambar sahaja tak ada video

kenang2an Mis Aimy dengan kawan2 dan Ustaz Auliyak  Khatam Al-Quran tahun 2023


Anak soleha mama duduk belakang sekali tengah focus :)

-mis darman-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya