Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kisah sana sini

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Imej
Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Long Service Award 23 Years

Imej
  Assalamualaikum 08/09/2023 (Jumaat) Sembang Santai 2023 With the Presiden and Top Management MMU.Happy mestilah mama happy sebab rasa dihargai, rasa diperlukan, rasa diraikan, rasa disayangi, rasa terharu, rasa sebak, rasa bangga, dan macam2 rasa bila disatukan rasa happy sangat2. Impian yang mama angan2 dah tercapai walaupun tak 100percent tapi kira bersyukurlah sebab President dengar isi hati mama. Terima kasih President MMU   YBHG. PROF. DATO’ DR. MAZLIHAM MOHD SU’UD. Mungkin pada sesetengah staff tak ada makna tapi pada mama sangat2 bermakna. Suka duka,perjalanan hidup, perkahwinan, melahirkan anak2, membersarkan anak2 hingga sekarang semuanya di MMU. Banyak memory banyak sejarah tercipta di MMU. Ini adalah impian mama, impian setiap orang tak sama dan kita manusia pun tak sama, kehendak dan keperluan kita pun tak sama. Kepuasan setiap manusia juga tak sama. Pada mama syukur itu perlu atas apa yang kita dapat sebab semua kan aturan dari Allah dan DIA jua yang menger...

Mengundi 2023 Sabtu 12/08/2023 ~ petik rambutan 13/08/2023

Imej
  Assalamualaikum 12/08/2023 Sabtu Undi 2023, rakyat 6 buah negeri kena turun mengundi. Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. Awal2 pagi mama dah angkut Aimy n Aufa balik kampung. Kakak husna n abg hafiz mengundi kat Cyber, habis sahaja mengundi kakak rushing balik Negeri Sembilan dengan babah. Abg hafiz lak rushing balik kg bukit bangkong dengan abg adam n abg habil. walaupun awal  pagi dah ada kat kampung tapi mama gi mengundi belah petang heheheh aci tak? Lagi pun pagi hujan, pastu mama tungu kakak mama sampai dari Bukit Jalil.Dah rancang awal nk gi mengundi sama2 kiri dan kanan saluran ke 2 lahir tahun 70an yg tengah saluran ke 3 lahir tahun 60an. Lepas mengundi kami gi pusing2 kampung. Ya Allah rasanya berpuluh tahun tak mengeliling kampung teruja  sungguh. Banyak perubahan yang berlaku kat kampung mama ni. snap gambo dekat sekolah rendah, kat sekolah ni lah kami adik beradik bersekolah. Banyak sangat kenangan kat sekolah ni....
Imej
  Assalamualaikum 26/3/2022 Sabtu Majlis menyambut menantu perempuan kakak mama ( kak siti )dah dapat menentu perempuan sebabnya abg sarip dah nikah hoyehhhh. Anak sedara mama abg sarip dah nikah 2 minggu lepas (12/3/2022), jadi giliran pihak lelaki buat majlis pulak awal2 pagi mama kerah anak2 termasuk babah bersiap2 awal sebab lepas majlis rushing nk balik kampung kat negeri sembilan. Majlis dekat Surau Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil, tema warna pink masam   sebelum gi rumah kakak mama,  kita sarapan dulu kang tak ada yg bising lapor2  tadaaa tema majlis pink masam jadi warna nak dekat2 pink masam boleh je lah jadi bila dah sampai tak kan nk duduk diam je kan so kena lah tolong apa2 yg patut. Kebetulan goodies tak siap lagi sebab gara2 planing tak jadi so mama tolong lah apa yang patut. Yang depan tudung warna coklat tu lah kakak mama kak siti nama dia. Cantik kan kakak mama ada tak iras2 mama? mestilah ada kan..dah adik beradik. disebabkan mama rushing nk balik ...
Imej
  Assalamualaikum 25/3/2022 (Jumaat) Convocation Appreciation Tea and Farewell Party for Vice President Terima kasih banyak2 President atas jemputan untuk menghargai staff yang bertugas ketika konvo. Walaupun hanya bertugas selama 4 jam je, dapat juga jemputan, berbunga2 rasa hati tanda dihargai oleh bos :). Venue tepi tasik siap ada itik dan angsa, permandangan yang sangat cantik dan bersih. Kalau buat majlis birthday,weeding, photoshoot memang sesuai sangat. Tema majlis baju putih, seluar biru dan tudung pastel. mama pun nak selfie, hujung tu tasik cantik sangat macam biasa dengan best friend mama nice sangat tempat ni, dengan sinaran cahaya matahari petang, tak sabar nak makan sebenornya. Sebab macam2 makanan ada hehehehe masa ni President MMU tengah bagi ucapan, mama snap je lah dari jauh Dalam kepala mama ni nanti bila dah free2 boleh sambut birthday dekat tasik ni, dengan rumah dekat sangat boleh je jalan kaki.Kalau OOTD pun cantik sebab pengcahayaan yang bagus dan perse...

Duty Convocation MMU 2020-2021

Imej
Assalamualaikum 21/3/22 (Isnin) duty MMU Convo Mama duty under security handle pelajar2 MMU yang nak convo.Seawal 7.30 pagi mama dan sampai dekat Dewan. Sebak sebenarnya berada dalam dewan, sebab membayangkan seoalah2 anak2sendiri yang nak convo. Walaupun bukan anak mama yang naik pentas tapi mama dah sebak. Pastu dengan ucapan dari President MMU yang menusuk ke kalbu. Masa ni lah mama berangan2 adalah seorang anak mama convo atas pentas tu suatu hari nanti amin2x. Ini lah perasaan setiap parent bila berada dalam dewan ketika majlis konvokasion sedang berlangsung. Pelajar2 semua gembira sebab dapat menamatkan pembelajaran diperingkat Diploma atau ijazah. Menitis air mata ibu dan ayah melihat anak mereka berada dipentas, tanda bangga seorang ibu dan ayah tanda penat lelah mereka terbalas. Mama cuma duty 4 jam sahaja iaitu sebelah pagi, sebab sebelah petang mama ada lab session. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan teratur, cacat cela sikit tu biasalah lah walaupun dah bersedia ...
Imej
  Assalamualaikum Coretan minggu lepas 19/03/2022  Abg mama buat majlis menyambut menantu perempuan. sebenornya ada majlis perkahwinan yg lepas2 nanti ada masa mama updated ye! Tahniah untuk abg mama Ahmad Daud n kak Hamidah sebab dpt menantu perempuan sulung. Walaupun majlis menggunakan perkhidmatan katering, dimana tak yah nk penat2 rewang cuma dtg melengang cantik2 dan datang cuma makan je tp penat tu sama je.  Biasalah makcik2 yg over excited, sibuk dengan melayan tetamu sedara mara sepupu sepapat, sibuk dengan bergambar, sibuk kehulur kehilir. Pagi2 mama dah bersiap2 nk ke Mantin. Perancangan nk datang hari jumaat terpaksa di batalkan sebab gara2 kakak husna kena kerja sampai tengahmalam. Kebetulan abg hafiz ada presentation ..jadi tak mau bg anak2 stress mama pun kata tak pelah pagi2 sabtu kita bertolak ke Mantin. Babah tak dpt joint sebab kena kerja, jadi mama lah gi dengan anak2 seramai 6 orang.  Selamat pengantin baru buat anak buah acik Ammirul dan Syidah.A...

Welcome back

 A ssalamualaikum Bersawang dah blog ni last rajin tulis blog pada April 2019 sekarang dah March 2022. Almost  3 tahun dah tak menulis. Byk kenangan 3 tahun berlalu pergi, entah lah tak tahu kenapa mama terus berhenti berblog. Mungkin  ada sosial media cam FB, Ig dan tik tok kot. Tapi setakat ni mama cuma ada FB je. Kenapa mama berminat balik nk berblog ni semua gara2 anak sedara mama lah Idham. Soalan pertama dia 'dulukan acik ada blog ?'.Tetiba mama baru teringat blog mama yg dh lama mama tak jenguk. Jadi hari ni kuatkan semangat tengok balik tapi tup2 lupa dah passw adoiii satu masalah nk ingat balik. Last reset passw jelah kan senang. Sebenornya ada perasaan menyesal dalam diri mama ni, kenapalah terus berhenti berblog? Byk kenangan cerita pasal anak2 pasal keluarga , PKP, covid, tak dapat balik kg dan macam2 lagi tidak ni blog kan sebagai kenangan. Terlajar perahu boleh diundur telajak masa emmm ini lah akibatnya menyesal tak sudah.          ...

pak mertua meninggal

Assalamualaikum 22.02.2019 (jumaat) Mama dpt call dari babah kol 2.08petang yang abah (p mertua) dah meninggal. Ketika babah call mama dah sampai office babah pesan mama siap2 kemas baju hari ni juga kena balik kg mama baru je send aufa rumah mak mira, dan send aimy ke sekolah abg habil lak dah naik van gi sekolah agama. abg hafiz dan abg adam masih belum balik dari masjid. mama lak masih menunggu cikgu Rohimi (cikgu yg handle takraw bawah 15 tahun) send email borang MSSS yang mama perlu dptkan sign dari pengetua SAM n kena submit sebelum hari ahad pagi. tepuk dahi sekejap mama, tak tau nak buat apa dulu sebab byk benda urgent nk kena uruskan. mama tarik nafas mama terus balik rumah, ambik aufa dan kemas baju. sepatutnya mlm ni kat sek agama ada bacaan yassin tuk murid2 yg nak ambik UPKK abg habil dah siap2 bawak baju melayu  rancangan awal abg habil tak balik petang n stay kat sekolah agama babah dari office akan direct ke sekolah agama kita m...