Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Permata hijrah part 2

Imej
Assalamualaikum Kami sekeluarga dah mula mengamalkan penjagaan mata dgn menggunakan barangan permata hijrah. Setiap hari babah akan spray mata anak2 mama dgn menggunakan pearl extract, satu kali belah pagi dan satu kali belah malam. Sepatutnya lepas spray kena gunakan terapi mata tp disebabkan anak2 pepagi sibuk nak gi sekolah so waktu malam jelah kami gunakan. Klu cuti baru gunakan terapi mata ni belah siang. Cam biasa mesti mama ambik gambor heheheh buat kenangan2. Cop!!! sebelum mama lupa ada kawan mama tanya mana beli permata hijrah ni. Lepas mama jadi FBI means tanya soalan kat babah cam pegawai polis so maklumat yg mama dpt. Setiap hari selasa ada org dari permata hijrah akan dtg ke Menara Maybank bukak booth kat situ. Babah dpt rega murah lah setiap barang RM 100 klu rega sebenornya satu barang RM 120.00. Disebabkan permata hijrah bukak kat booth so dpt ler rega staff Maybank.Gitulah alkisahnya..  *dah cam power ranger pun ada *hihih cam robokop pun ada

Permata Hijrah Part 1

Imej
Assalamualaikum Hari ni memandangkan mama free, mama nak update pasal  barangan permata hijrah. Rezeki anak2 mama abg adam n abg hafiz dpt bantuan RM 100.00 setiap seorang jadi mama menfaatkan sebaik mungkin utk beli barangan utk kegunaan anak2 mama. Kira bantuan RM 100.00  mama n babah tak gunakan utk beli benda2 lain. 2 barang dari permata hijrah iaitu 1 .Terapi mata harga RM 100.00 2.Pearl Extract * 1 kotak ada 2 botol dimana satu spry kat mata belah pagi n satu lagi spry utk belah mlm. RM 100.00 *terapi mata ni utk membantu saraf2 mata  *pearl extract ni utk menyegarkan mata Selain itu mama juga menyediakan air carrot utk anak2 mama, stock dlm peti mesti ada. Mama juga titik kan mata anak2 mama dgn air zam2 . Mama n babah hanya berusaha selebih nya TAWAKAL.

Mis Aimy 1 tahun 2 bln

Imej
Assamualaikum Nak juga!! nak juga!! nak juga upload gambor Mis Aimy 1 tahun 2 bln...Maaf sayang mama bkn sengaja mama lupa sebenornya. Ni dah mama teringat mama upload ye ! *tadaaaa... ni lah dia gambar  bdk umur 1 tahun 2 bln. Gambar ni dia ambil pd 02.12.2013 time shopping baju sekolah utk abang2. Tak mau duduk diam berjalan tak henti2. So mama pun apa lagi ler msk kan ler dlm troley dengan harapan Aimy akan dok diam... hampa!! still juga nak berdiri dan berpaut :). Saya dah 1 tahun 2 bln baru boleh pakai skirt. Nak pecah rahsia!! skirt pun longgar2 siap mama jahit kiri dan kanan. Mama teringin sgt nak nengok Aimy pakai skirt punya pasal. Klu tertarik confirm boleh tertanggal huhuhu...

Dr Hassan Pakar Mata Az Zahrah Bangi

Imej
Assalamaulaikum Ok seperti yg mama janjikan, mama sambung balik pasal anak2 mama kena jumpa doktor Pakar Mata kat Az Zahrah Bangi. Nama doktor ni Dr Hassan tp tak ingat nama penuh dia sebab ada nama cina. Ok seawal kol 8 pagi mama dah bertolak dari rumah sebab nak dpt no 1 hihihih.... yes!! confirm jd keluarga pertama utk jumpa dgn doktor bkn apa senang awal2 pagi dah keluar n tak yah menunggu lama sgt. memang confirm kedua2 belah mata adam rabun. Doktor check mata adam, n saluran air mata tak tersumbat n mata adam tak ada masalah yg besar hanya rabun sahaja. Doktor nasihat supaya anak2 mama byk makan sayur-sayuran dan buah-buahan . Kenapa adam akan keluarkan air mata terutama masa tengah makan /mengunyah? Doktor ckp sebab otot dan kelenjar2 bergerak menyebabkan mata adam akan mengeluarkan air mata. Mata kanak2 akan complete bila berusia 11-12 tahun . So kes adam doktor mintak biarkan dulu sebab adam masih kecik lagi so tunggu sehingga umur adam 10 tahun.

Dugaan awal tahun 2013

Imej
Assalamualaikum Pembuka tirai 2013 anak2 mama abg hafiz n abg adam disahkan rabun n masalah serius adalah abg hafiz ada masalah mata lazy eye. Pd perancangan awal mama memang nak bawak abg adam gi jumpa doktor pakar mata Az-Zahrah Bangi sebab cikgu abg adam perasan mata abg adam kerap keluarkan air mata * bkn sebab nangis ye! , paling ketara keluar bila abg adam tengah makan. Appointment jumpa doktor pakar mata pd 12/1/2013.  Ketentuan ALLAH, setiap tahun babah n kakak memang akan tukar cermin mata, jd sementara tunggu babah ambik cermin mata mama borak2 dgn kakak2 manis tu tanya pasal mata abg adam. Kakak2 manis tu memang cadangkan mama jumpa pakar mata. Kakak manis tu pulak mempelawa abg adam check mata tup2 bila check confirm mata abg adam rabun. Uikkk mama heran nape abg adam tak ckp... mama pun apa lagi suruh lah habil check.Habil rabun gak tp sikit sgt so mama tak ler risau. Lagi tersentap hati mama bila keputusan abg hafiz teruk sgt +325 utk sebelah kiri n 175 utk sebelah k

Anak2 msk sekolah 2013

Imej
Assalamualaikum Sorry sgt sayang sebab mama baru berkesempatan nak update pasal anak2 mama msk sekolah.Bkn mama sengajakan tp mama sibuk sesangat sejak2 akhir ni. Mama sibuk handle lab yg non stop pagi petang, dgn kelas tutorial dgn PC yg byk buat perangai dgn replacement n add student * last2 minute baru nak add baru nak replacement. Sebenornya byk dlm tahun 2012 mama tak sempat nak update tak pe2 ada masa nanti mama selit2kan lah hihihi 2013 adam masuk tahun 1 dan habil pra sekolah 5 tahun. 2hb mama n babah cuti nak hantar adam msk darjah 1 n habil prasekolah. Pagi2 senang anak2 mama diuruskan cam biasa habil ler org pertama yg siap dgn pantas dan bersemangat. 2013 kakak husna msk 6 bestari (*turun kelas), abg hafiz 4 rajin, abg adam 1 yakin n habil pra 5 yakin. Mama tak memberi harapan yg tinggi pada anak2, belajar lah sebaik mungkin harap jangan tertinggal jauh sangat. Mama n babah dulu pun bkn lah antara pelajar2 yg berada di kelas pertama or sentiasa dpt no awal2 dlm kelas.