Convocation kali ke 53 Politeknik Ungku Omar Part 3

 Assalamualaikum

Part 3

21/18/2025 (Khamis), seawal pukul 8.30pagi kami dh check out dari homestay.Sebab rancanganya kami nk gi sekinchan nak tengok kapal terbang, nak makan mentaram n nak merasa pegang padi.

Tapi sebelum tu sarapan dulu  kat Taman Cempaka Restoran Kak Limah.Restoran yang mampu milik untuk pelajar2 PUO. 

makanan :

 beehoon,mee goreng, ayam goreng 

 roti telur 

roti kosong 3x

nasi lemak

Air :

Teh tarik 3x

Teh ais 1x

Sirap 1x

Limau O ais 1x

Total RM 38 

next meneruskan perjalanan ke sekinchan lalu jalan dalam, kononya nak menikmati permandangan kampung2. Itu semua angan2 je sudahnya bila masuk kereta anak2 semua dibuai mimpi termaksuk lah mama sekali. Kesian babah memandulah seorang2 nyambil ditemani lagu LEMAN.

Anak kan bila berjaga x sudah2 sakat menyakat, bergaduh nyaris2 nak bertumbuk walaupun dalam kereta. Yang abg sakat adik yg adik balas balik , ada yg merajuk ada sentap makan dalam diam seribu bahasa. Tapikan bila tido elok je aman bahagia sandar menyandar cam tak ada apa2 yg berlaku. Cam tu lah anak2 mama.

tadahhhh
tup2 pukul 11.45 sampai Warung Amai Mentarang, eh dh sampai !! gitulah ayat cam ala2 terkejut.Sampai awal 15 minit sebab warung tu bukak kol 12. Tapi tak apalah lepak2 kejap bila dh kol 12 baru order makanan. Masa kami sampai kira kami lah pelanggan pertama. Tempatnya tepi rumah sahaja, bawah pokok kelapa sawit suasana kampung.

Makanan :
Nasi 6x
Ikan gerut 3 rasa 1x
kailan ikan masin 1x
sambal sotong 1/2kilo masak sambal 
mentaram bakar 1/2 kilo
telur dadar 1x
Air
Air teh O 1 jug
Total RM 147

Disebabkan tak puas makan mentaram mama beli mentaram hidup 1 kilo kat tepi jalan dengan harga RM 30. Seterusnya misi nak tengok kapal terbang hahahahah. Heran sungguh Cyberjaya dekat dengan KLIA dan kampung mama pun belakang KLIA je cam lah tak pernah nak tengok kapal terbang. Dengarnya kapal terbang kat sekinchan ni lain sikit. Nak tengok apa yg lain, angan2 dpt pegang kapal terbang.
hampa lah kami semua
kapal terbang Sekinchan dah kena pagar
jadinya ambik lah gambor dari jauh buat kenangan yg kami semua dh sampai

padi tengah hijau lagi 
ada juga yg baru nk ditanam
cantik pemandanganya suka mama dengan suasana yg byk angin
snap gambar berdua dgn babah ni wajib kalau tak boleh jadi perang dunia ke 3 hahahhaha
Selepas solat mama nak pegang sendiri pokok padi
percaya tak dh berumur ni baru mama dpt pegang padi 
impian nak pegang padi kuning tapi tak ada rezeki
dpt rezeki tepi masjid ada sawah, mama pun mintak abg adam snap sambil  jaga mama takut mama tersungkur kedalam sawah
pernah nampak pokok padi kuning tapi tak dapat nak pegang time tu kat kedah nk pegang kang takut jatuh dlm parit sebab tebing tinggi
hahhaah posing ala2 cam dalam citer hindustan berlatar belakang padi menghijau. Dengan angin yg sepoi2 bawah pokok kelapa, bangau2 kat tepi sawah, terima kasih lah yang melayan mama hehhehehe. Dua remaja berilmiah emm bila hp kat tangan tak de lah nk menikmati pemandangan. 
last location warung cendol
cendol biasa 2x
abc 2x
cendol pulut 3
beehon sup 1x
RM

ok dh selesai jom lah balik ke Cyberjaya
Alhamdulillah syukur kami sampai dalam pukul 5.20ptg
nk rehat, nak settlekan kain
besok nk keje
-mis darman-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Sambutan hari lahir babah

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL