Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2025

Convocation kali ke 53 Politeknik Ungku Omar Part 3

Imej
  Assalamualaikum Part 3 21/18/2025 (Khamis), seawal pukul 8.30pagi kami dh check out dari homestay.Sebab rancanganya kami nk gi sekinchan nak tengok kapal terbang, nak makan mentaram n nak merasa pegang padi. Tapi sebelum tu sarapan dulu  kat Taman Cempaka Restoran Kak Limah.Restoran yang mampu milik untuk pelajar2 PUO.  makanan :  beehoon,mee goreng, ayam goreng   roti telur  roti kosong 3x nasi lemak Air : Teh tarik 3x Teh ais 1x Sirap 1x Limau O ais 1x Total RM 38  next meneruskan perjalanan ke sekinchan lalu jalan dalam, kononya nak menikmati permandangan kampung2. Itu semua angan2 je sudahnya bila masuk kereta anak2 semua dibuai mimpi termaksuk lah mama sekali. Kesian babah memandulah seorang2 nyambil ditemani lagu LEMAN. Anak kan bila berjaga x sudah2 sakat menyakat, bergaduh nyaris2 nak bertumbuk walaupun dalam kereta. Yang abg sakat adik yg adik balas balik , ada yg merajuk ada sentap makan dalam diam seribu bahasa. Tapikan bila tido elok...

Convocation kali ke 53 Politeknik Ungku Omar Part 2

Imej
  Assalamualaikum Part 2 Bila mama tengok gambor ni cam flash back tajuk cinta mama n babah hahhahah. Tapi jalan ceritanya lain sedikit cuma tajuk yg sama   Apa2 pun semuanya adalah aturan ALLAH S.W.T. Mama n babah sentiasa mendoakan yg terbaik untuk anak2 mama. Mama punya impian nk jadi mak mertua dari syurga yg diimpikan oleh setiap pasangan anak2 mama. Kena ada impian dan niat yang baik moga ALLAH makbulkan aamin2x. Secara jujurnya gambar ni nampak sweet dan ada auranya tersendiri. selepas selesai sessi photographer,perut dah lapar nasi babah ajak makan dekat kedai nasi kandar JK Pekan Lama. Abg Hafiz masih stay kat PUO sambung bergambar dan nak settlekan beberapa perkara cam nk pulangkan jubah, submit resit, jumpa kawan2 dan macam2 lagi. Mama pesan dekat abg hafiz belanja best friend makan tengahari.  Sampai je ramai sungguh orang beratur emm mama ni dh penat ala2 mak datin dengan cermin mata hitam x maulah  beratur apa kelas hahahhaah Tugas mama cop tempat duduk...

Convocation kali ke 53 Politeknik Ungku Omar Part 1

Imej
Assalamualaikum Alhamdulillah hari2 yang di tunggu telah tiba, abg hafiz akan convo pada 20/08/2025 (Selasa). Abg Hafiz  gi awal  18/08/2025 (Isnin) sebab nak ambik baju n, ambik gambor preconvo dan nak attend convo abg Danish pada 19/08/2025 sessi pagi.Kami bertolak ke Perak pada 19/08/2025(Selasa) dalam pukul 11 pagi kira santai2 je gitu. Kakak Husna tak ikut sebab intern, abg Habil pula kat asrama. Kami makan tengahari kat Teratak Tempoyak Gopeng Makanan : nasi putih 5x   Ikan patin tempoyak perak ada taugeh 1x   sotong goreng tepung 1x ayam goreng 1x  telur dadar 1x ulam2 Air :  air teh O 1 jug total  RM 90.00 Ni lah homestay ZamNoni terletak kat Ampang Baru Ipoh. Kira2 dlm 7 minit nk ke Politeknik Ungku Omar.1 mlm sewa RM 200, sangat selesa dekat dengan econsave, kedai makan n kedai runcit. Rumah yg besar, lengkap semuanya aircond setiap bilik, disediakan mesin basuh siap sabun, kelengkapan dapur beras,bawang,garam kicap,sos dan lain2 lagi. Puas h...

Hari Raya Aidil Adha 2014 ~ Aufa 10 bln

Imej
Assalamualaikum Raya AidilAdha 2014 hari raya pertama tuk aufa. Balik n9 dulu utk menjalankan tanggujawab sebagai seorang anak tazkirah dari babah. Mama ikut je tak ada masalah ok je sebab next balik sepang. Mcm biasa sebagai menantu sulung dan anak sulung membantu di dapur. x byk yg mama dpt bantu aufa nak berkepit je. Solat sunat Hari Raya AidilAdha sama2 kat masjid. Disebabkan kelam kelibut punya pasal jdi x sempt nak snap gambor 1 family. a bg2 posing, mama mintak maaf sebab mama lupa bwk songkok dgn sampin.  cam ginilah klu tak prepare awal huhuhuh Solat 1 family memang wajib arahan dari babah. Babah handle 3 bujang mama lak handle 3 gadis sunti :) syukur aimy n aufa tak byk ragamnya dpt lah mama solat dgn tenang. Cam rutin hari raya haji, lepas solat kami makan2 lepas tu babah gi tengok jiran buat korban bawak anak2 tengok org sembelih lembu. Pelajaran alam utk anak2 mengingati peristiwa mengapa ALLAH turunkan perintah utk korban. Kisah Nabi ada...

04.12.2018 Aufa demam panas

Imej
Assalamualaikum 04.12.2018 sehari sebelum birthday Aufa demam dan badan AUfa panas sgt. Bila Aufa demam sure lah mama kena ambik cuti jadi mama dengan kakak husna bawak Aufa gi KK Dengkil tak apalah demi Aufa, mama dan kakak sanggup parking jauh2 adalah dlm 1km siap pakage berbukit dan panas terik. sampai awal 8 pagi siap kol 11 pagi. A ufa kalau demam memang mama takut sebab akan lembik sungguh bila nurse check panas 39 jadi panas yang tinggi kat situ juga nurse bagi ubat demam siap2 sebelum jumpa doktor Aufa dah mula muntah2 bila check tonsil Aufa dah merah sangat n Aufa perlu makan antibiotik bila anak demam mama masak bubur so anak2 lain pun kena lah makan bubur juga. Bila Aufa demam mama tak boleh lama2 kat dapur sebab Aufa nak melekat je. sobb...sobb... itu kisah 04.12.2018 tapi hari ni 24.12.2018 Aufa demam balik siap selesema, batuk dan mata siap bertaik mata, panas dalam. Disebabkan mama dah tak ada cuti lagi jadi kakak dengan abglah yang mama...

Sambutan hari lahir babah

Imej
  Assalamualaikum 16/08/2025 Walaupun dh lepas tanda kasih sayang dan men ghargai mama n anak2 sambut hari lahir babah  pada 16/08/2025 (Sabtu).   Memandangkan babah dan aufa dh makin sihat, abg habil pun dh free lepas sibuk dengan latihan dan pertandingan sepak takrwa MSSS.Semua ada dapat lah kami berkumpul sama2. Mama kena duty untuk MMU open day dari pukul 9-4 petang walaupun mama kerja arrangement semua kakak husna yg buat untuk reservation. Jadi kami semua sampai dan terus duduk dah tak yah pening2 kepala nak cari tempat duduk yang selesa. Vanue : Giggles & Geeks Cyberjaya Kek : Mak mira (pengasuh aimy n aufa) Tema : Hijau Masa : 8 malam RM : Mama video sebagai kenangan snap gambar sama2 adalah wajib ini memang dh jadi cam peraturan klu tak ambik cam menyalahi undang2 hahahah memasing dah tahu perangai mama kalau tak ambik gambar boleh jadi isu paling berbahaya hahahah. Apa2lah satu hari nanti bila tengok balik gambar2 yang ada baru anak2 mama akan faham. snap ga...

Celebrate birthday big bos - Maybank Shah Alam

Imej
  Assalamualaikum  15/08/2025  Colleague big bos surprise sambut birthday big bos. Kira belated birthday, syukur alhamdulillah dikelilingi oleh orang2 yang baik. Babah share video surprise, alahai sebak n sayu. Terima kasih kepada semua staff Maybank sekyen 14. Sangat dihargai dan disayangi. Terima kasih atas doa kalian untuk my laling. Semoga kalian semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH dari kejahatan manusia dan kejahatan syaitan serta dijauhi dari penyakit2 yg berbahaya. Aamin2x -mis darman-

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Imej
Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

Imej
  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Vanue : Restoran MURNI Cyberjaya Bouquet : Abg hafiz n kakak husna Tema : Maroon Masa : 6.30 petang RM : Babah Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg...