Langkau ke kandungan utama

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum

MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu.

Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri.

Perancangan awal mama just join

1. War cry

2. Sukaneka isi air dlm botol

tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan dart. Bab ni paling kelakar n tak sangka. Sepanjang usia mama ni kan tak pernah lah terlintas nk main dart. Mama jadi bidan terjun gantikan pemain  yg tak dpt nk datang sebab kereta rosak. Setakat cuba2 baling 2 ke 3 kali tu adalah. Niat setuju untuk ganti pun sebab nk dapatkan 1 mata untuk penyertaan sahaja langsung tak berniat nak dpt no 3 no 2 apatah lagi no 1.

Open ceremony 04/08/2025 (Isnin)
War Cry Lamda Laksamana 
proud my self dapat membantu team hall
war cry dpt no 2

dok depan sekali proud 3 dari 4 adalah dari FAIE heehh nk juga promote faculty baru

2nd telematch isi air guna paip
ini lah team telematch lamda laksamana
hoyehh team lamda laksamana dpt no 1
tugas mama hanya isi air je tapi banggalah membantu team walaupun 0.01%,  tangan jari kiri mama sakit trigger finger tapi gagahkan jugalah tangan kiri pengang paip satu tangan isi air. 
Setiap langkah yg kita lakukan walaupun sikit akan memberi impak yang besar

kenangan yg akan diingat sampai bila2
alahai maaf lah che na, tak perasan che na nk tepuk tangan dgn akak
sorry tau!
happy sangat sampai tak perasan bila tengok video ni balik alahai ampun maaf sangat.

kawan baik mama Sharifah Salakiah
dia dh kerja kat MMU ni 25 tahun
mama 24 tahun cuma beza je setahun
tapi kami sebaya hahahaha nk juga 

**********************************************************
3rd day 07/08/2025 Khamis

alahai masa ni tak tau lah nak habaq cam mana lah perasaan mama
semua perasaan ada 
kalau diberi pilihan cam nak tarik diri je
tarik diri malu langsung tak dpt mata
first lawan huhuhu rasa malu sgt sebab baling2 entah kemana steel tip tu pergi
baling2 sampai patah steel tip, baling2 tak kena satu no pun. 
Time tengah lawan lah benda tu nak patah lah
baling2x dart stem tu lah nak tanggal 
tu belum lagi provokasi dari pihak lawan
tapi partner mama, kak mas ni dia memang orang yg pandai control situasi
yang sentiasa bagi support kat mama
first  kalah dengan MU Mahamiru - kuning
second lawan menang - IOTA Inderasakti - ungu
rezeki kalah 1 menang 1
so perlawanan disambung besok 
08/08/2025

Balik rumah termenung sendiri
besok nk buat betul2
baling2 harap ketiga2 steel tip tu masuk
pastu dapat no yg besar2
kena focus jangan malukan diri sendiri
siap mengadu kat babah
 babah bawak balik steel tip terharu sungguh lokong bagi support

*************************************************************
08/08/2025 Jumaat

partner mama kak mas tu hujung belah kanan
double man
mix

hari ke 2 perlawanan dart 08/08/2025
mama makin confident sebab masuk suku akhir
kuatkan semangat 
kena focus
kena tenang
sebab nak kena lawan dgn pemain yg hebat2 
alhamdulillah dari mula hingga habis balingan ketiga2 steel tip mengena
tak ada yg tersasar
 dart stem tak pulak tertanggal bagi kerjasama sungguh
cuma bukan rezeki kami kalah dengan Sigma Samudera - Biru
Tapi kami bangkit kami menang lawan IOTA Inderasakti - Ungu
jadi team Lamda Laksamana dpt no 3
Alhamdulillah, dari niat nk membantu hall dptkan 1 mata tup2 ALLAH bagi 3 mata
terima kasih ALLAH
menang bermaruah 

hoyehh dpt medal
lamda laksamana
We for all
we never fall ching !!!
-mis darman-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...