Duty Convocation MMU 2020-2021
Assalamualaikum
21/3/22 (Isnin) duty MMU Convo
Mama duty under security handle pelajar2 MMU yang nak convo.Seawal 7.30 pagi mama dan sampai dekat Dewan. Sebak sebenarnya berada dalam dewan, sebab membayangkan seoalah2 anak2sendiri yang nak convo. Walaupun bukan anak mama yang naik pentas tapi mama dah sebak. Pastu dengan ucapan dari President MMU yang menusuk ke kalbu. Masa ni lah mama berangan2 adalah seorang anak mama convo atas pentas tu suatu hari nanti amin2x.
Ini lah perasaan setiap parent bila berada dalam dewan ketika majlis konvokasion sedang berlangsung. Pelajar2 semua gembira sebab dapat menamatkan pembelajaran diperingkat Diploma atau ijazah. Menitis air mata ibu dan ayah melihat anak mereka berada dipentas, tanda bangga seorang ibu dan ayah tanda penat lelah mereka terbalas.
Mama cuma duty 4 jam sahaja iaitu sebelah pagi, sebab sebelah petang mama ada lab session. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan teratur, cacat cela sikit tu biasalah lah walaupun dah bersedia awal mesti ada benda yang diluar jangkaan. Syabas kepada semua staff MMU yang bertugas dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan pantas.
keadaan dewan awal pagi masih kosong
staff2 MMU tengah sibuk melakukan persiapan sebelum majlis bermula. Ada yang perlu sampai seawal 6 pagi.
with my best friend kena duty sama2
Ulasan