Ahlan Wahsalan Ramadhan Al-Mubarak
Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak. Dikesempatan ini mama nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua . Semoga puasa kita mendapat keberkatan dari yg MAHA ESA . Mama berharap tahun ini mama dpt puasa penuh dan mama diberi kesihatan dan kekuatan emosi dan fizikal . Amin ... Disini mama nak kongsi ilmu tentang puasa yg mama ambik dari majalah SOLUSI isu no 34. DEFINISI Bahasa : Menahan diri Syar ak : Menahan diri daripada makanan dan minum utk suatu jangka masa tertentu . DALIL Al- Quran : " Pada bulan ramadhan , diturunkan Al- Quran yg menjadi petunjuk bg manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yg hak dan yg batil maka sesiapa yg melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa . " ( Surah al - Baqarah 2:185) Hadis : " Diasaskan Islam atas 5 dasar , iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan bahawa Muhammad S.A.W utusan Allah, mendirikan solat , membayar...