Langkau ke kandungan utama

Saya dah besar !!


Memandangkan dah nak puasa, cam biasa mama jadi tak keruan sebab??? dlm pala nak beli baju2 anak2 mama. Jd bg lah 'kata kunci' kat babah yg tahun ni nak pakai baju warna oren2 kusam gitu utk raya means babah kenalah prepare RM utk baju2 raya hahahhaha. Jadi mama kira2 nak ajak gi lah shopping gitu dlm pala JJ ke SOGO ke tak pun GIANT ke mana2 lah asal ada driver nak bawak mama. Setahun sekali je mama dpt belikan anak2 mama baju2 berjenama, biasanya KIKO itu pun sebab nak raya, kot kat Malaysia ni tak ada raya rasanya tak ada sales2 jualan murah utk baju2 hahahahahh logik tak alasan ni ?Sambil2 borak tu sambil2 ler mama mengemas rumah, kejap kedapur kejap ke bilik kejap msk dapur balik. Jadi anak teruna dan anak dara mama si hafiz n husna pun dengar lah dah telinga dia pun telinga ala2 kuali gak dpt ler dengar segala butir2 yg mama borakkan.

Hafiz: mama! tahun ni abg tak nak pakai baju KIKO lah...KIKO tuk budk2 baby je abg dah besor dah...abg dah sunat abg nak pakai baju SNAIL ke, PUMA ke, BUM ke, tak pun BILABONG !!!
Mama : ha! ternganga sekejap, mama terkesima aduhh baru 8 tahun dah request baju2 berjenama itu satu, ke 2 pehh perasan dah besor tak mau pakai jenama KIKO, ke 3 ada kebenda jenama BILABONG ni tak pernah mama dengar???
Hafiz : Kawan2 hafiz semua dah tak pakai KIKO semua pakai baju jenama org2 besor.
Mama : babah layan ler anak teruna awak ni...
babah : lena dibuai mimpi

Husna : Mama! kakak tak nak pakai baju kurung, kakak nak baju kebaya cam citer PONTIANAK tu!
Mama : bdk kurus tak cantik pakai kebaya, mama seumur hidup cuma ada 1 je baju kebaya itu pun sebab nak konvo.
Husna: dgn muka muncung nya KAKAK NAK JUGA!!!!

*moral of the story : Anak2 mama dah besar dan mempunyai keinginan tersendiri. Lain benor anak2 sekarang bercerita antara satu sama lain, pelek tapi benar itulah realiti nya. Anak2 zaman sekarang lebih maju kedepan berbeza zaman mama dulu. Era 70 nak dibandingkan dgn era 2011 jauh berjuta2 batu. Dulu masa time mama baya2 hafiz n husna mama tak kisah pun raya nak pakai baju warna apa jenama apa boria dgn kakak n adik pun tak pe asal ada baju baru. Masa mama baya2 hafiz n husna tak ada lah pulak mama bercerita mengenai fesyen or jenama baju ialahkan masa tu pusat2 shopping tak ler segah sekarang ni.
Mama kena sedar anak2 mama makin meningkat dewasa, mama tak leh nak anggap anak2 mama kecik2 lagi. Pergaulan mereka dgn kwn2 pun makin luas, tajuk2 cerita mereka pun makin advance bab games, bab artis, bab gosip, bab fesyen, bab citer hantu,bab makanan, bab filem2 terkini waduhhh...semua ada cam ala2 moto ASTRO lak.
Dulu senang je bab pakaian apa yg mama sediakan semua anak2 mama pakai skrg tak leh lagi, masing2 ada selera sendiri. Bab warna lak yg mama sensitif huhuh wajib pagi raya semua warna kena sama klu tak sama mama jadi HARIMAU nanti! full stop tang warna tak leh kompromi dgn mama bab fesyen tu leh mama pertimbangkan ok!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...