Langkau ke kandungan utama

Kongsi # Gelang tangan emas VS Doktor Muslimah

Mama diperkenalkan dgn majalah SOLUSI pada tahun 2010 pada bln 4 sebulan sebelum mama nak mengerjakan umrah pada Mei 2010. Majalah SOLUSI ini diperkenalkan oleh kakak mama ialah kak SITI DAZIAH. Byk manfaat bila baca majalah SOLUSI, byk manfaat dan benda2 faedah dlm majalah ni. Byk benda mama terlepas pandang, kadang mama tahu tp buat2 tak tahu !! Ok mama nak kongsi email dari pembaca dlm majalah SOLUSI bln ni isu ke 34 isu khas sempena Ramadan dan syawal.

Sy begitu meminati ruangan Tanbih yg ditulis oleh Ustazah Noraslina Jusin kerana setiap artikelnya pasti memberi kesan yg tersendiri kp pembaca. Begitu jg dgn tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin, hingga tiap2 patah perkataan yg ditulisnya sy cuba hayati satu persatu.

Bersyukur kepada ALLAH kerana insan-insan yg istimewa dan berbakat ini terus dilimpahi idea dan ilham daripadaNya utk sama2 berkongsi dgn kami para pembaca yg dahagakan ilmu.Solusi isu 32 dlm kolum Tanbih, bertajuk "DARURAT BKN SEMUDAH ITU" tulisan Ustazah Noraslina benar-benar menyentap hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.
Pengalaman sy mendapatkan rawatan kehamilan di klinik dan hospital kerajaan sejak anak sulung hingga anak yg ke 3 seolah2 menjadi 'igaun ngeri' buat sy hingga skrg. Bukannya masalah masa menunggu yg lama atau pun khidmat layanan yg diberi kurang memuaskan, sebaliknya sy menerima "sentuhan" tangan drp doktor yg berlainan jantina.

Tidak dinafikan ketika itu, sy masih berada dlm keadaan jahil dlm berpegang kpd konsep darurat.Jd sy menyimpulkan tidak mengapa mendapat rawatan doktor lelaki sepanjang tempoh kehamilan. Namun, ada juga rakan yg bertuah kerana mendapat sentuhan doktor muslimah sepanjang kehamilan dan proses bersalin berlaku di hospital kerajaan. Syukurlah.
paling tidak dpt sy melupakan apabila doktor lelaki yg memasuhkan ubat ketika proses induce bg mempercepatkan kelahiran. Walaupun ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukan ubat induce itu berlaku.Malah, ketika di dlm bilik bersalin pn, sy perasan ada 2 org doktor pelatih lelaki berada berhampiran sy dan melihat aurat sy ketika hampir hendak bersalin!.

Semoga ALLAH mengampuni dosa sy dan suami ketika itu kerana tidak berusaha mendapatkan rawatan dri doktor muslimah dihospital swasta.Namun, ketika mengadungkan anak yg ke 4 pd tahun lepas, sy berazam tidak akan membenarkan diri disentuh oleh doktor lelaki sepanjang kehamilan. Harapan itu disuarakan kpd suami dan alhamduliallah suami sgt memahami rasional disebalik permintaan sy itu.

Ujian ALLAH dtg lagi, ketika memasuki trimester ketiga kehamilan, perniagaan sy dan suami benar2 merosot dan kami menghadapi masalah kewangan yg agak serius. Sy agak buntu kerana hasrat di hati ingin bersalin dgn mendapatkan rawatan drp doktor muslimah seperti tidak dpt dipenuhi kerana caj di hospital swasta agak mahal. Sebaliknya jika bersalin di hospital kerajaan, bayaran yg dikenakan sgt berpatutan, namun kita tidak boleh memilih doktor.

Akhirnya, sy membuat keputusan utk mengadaikan gelang tangan, satu2nya emas kesayangan milik sy, dgn harapan dpt bersalin di hospital swasta dn berbidankan seorang doktor muslimah. Alhamdulillah, akhirnya sy berjaya melahirkan seorang puteri dgn mudah, ditemani suami yg tak putus2 memberi semangat sepanjang proses kelahiran.Sejak hamil, sy sudah berniat, andai bayi yg dikandungkan seorang puteri, biarlah dia menjadi seorang pakar perbidanan. Semoga ALLAH membantu sy dan suami utk mendidik anak perempuan kami ini berjaya menjadi doktor pakar OBSTETRIK dan GINEKOLOGI apabila dewasa kelak. Biarlah pengalaman sy dirawat doktor lelaki tidak dilalui oleh ibu2 hamil yg lain.Semoga lebih ramai wanita dpt menceburkan diri dlm bidang perbidanan, sekali gus menunaikan fardu kifayah.

Sehingga kini, bayi sy sudah berusia 3 bln dan membesar dng sihat. Namun, gelang emas kesayangan itu masih belum dpt kami tebus. Biarlah gelang emas itu terus dlm lipatan sejarah kerana ALLAH telah mengurniakan seorang puteri yg sy impikan selama ini.
Hati sy terubat ketika membaca artikel ustazah Noraslina Jusin kerana sekurang2nya sy sudah memilih utk melakukan yg terbaik utk mendapat zuriat yg berkat.Hati juga terubat kerana sy telah berusaha sebaik mungkin utk memastikan diri hanya disentuh oleh doktor wanita muslimah sepanjang tempoh kehamilan sehingga kelahiran bayi.

Sejujurnya sy agak kecewa kerana masih ramai diluar sana yg sempurna penjagaan auratnya sepanjang masa, namus tewas ketika mendapatkan rawatan sepanjang kehamilan dan bersalin dgn doktor laki atas alasan darurat. Ada yg berkata "dgn doktor lelaki lebih mudah dan lebih lembut layananya."doktor tu pun dan tak hairan dgn kita, sebab dia dah naik lali".Pelbagai alasan yg diberi utk menghalalkan keadaan.
Harapan sy, agar isu ini dpt dilupas dgn lebih lanjut dlm keluaran yg akan dtg.

Aqim_amin@yahoo.com

@copy paste dari MAJALAH SOLUSI ISU KHAS SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL ISU NO 34 ANDAINYA INI RAMADAN TERAKHIR LAYAKKAH KITA BERHARI RAYA? MUKA SURAT 7


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...