Langkau ke kandungan utama

Bukan rezeki abg adam Sepak Takraw MSSM 2023

 Assalamualaikum

10/08/2023 hari last pemilihan MSSM 2023 takraw 

1 berita gembira dan 1 berita sedih



berita gembira syukur abg habil dapat menyertai kontigen negeri selangor U15, berita sedihnya abg adam tak dapat untuk menyertai kontigen negeri selangor U18. Awal2 memang juru latih pun dah bagi tahu 3 pemain feeder akan di buang, tapi tak sangkalah salah seorangnya adalah abg adam. Tak pelah bukan rezeki abg adam ada hikmah semuanya. Abg adam kena balik ke SAMBBST dan kena duduki peperiksaan pertengahan tahun dan memberi tumpuan untuk KESSUMA sepak takraw 2023 kontigen negeri selangor.
Kecewa memang abg adam kecewa, sebab abg adam tunggu 5 tahun untuk sertai MSSM. 
Itulah perasaanya bila kecewa
kena juga rasa perasaan kecewa 
kena juga rasa perasaan gagal
dunia ni keras rasalah semua perasaan itu
jadi next kalau gagal lagi tak ler terasa sgt

abg adam dah rasa sertai kontigen MSSM selangor U12 tahun kali ni biarlah abg habil yang rasa perasaan itu, perasaan menyertai kontigen selangor .

sebab apa abg adam tak dapat?
bukan nk salahkan tekong tapi semua ni kan kira nak dijadikan asbab
abg adam tak ada skill baling bola kepada tekong
abg adam posisi feeder
 abg adam dpt team tekong kaki kiri
jadi bukan killer yang kena baling bola tapi feeder yang kena baling
jadi abg adam gagal disitu 
selama abg adam berkecimpung dalam area sepak takraw abg adam tak pernah ada team tekong sepak belah kiri
kata sepakat dari jurulatih abg adam digugurkan dari kontigen MSSM selangor


as a parent hanya boleh bg kata2 semangat dan sokongan supaya abg adam tidak terus down.
belajar dari pengalaman 



2 beradik ni mama dah pesan awal2 ambik  gambor dengan pengulas STL En Azlan Mubin. Pengulas STL ni pun idola anak2 mama. Semua ni pengalaman, cari lah pengalaman sebanyak mungkin. Moga anak2 mama terus maju jaya 

-misdarman-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...