Langkau ke kandungan utama

Abang Adam KESSUMAS 2023 Pahang

 Assalamualaikum

04/09/2023 (Isnin) Abang adam kena berkumpul dekat Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Alam seperti yang telah ditetapkan dalam surat dari Ketua Penolong Pengarah  Bahagian Pendidikan Islam.




cam biasa sebab nak ke Shah Alam, kena naik motor dengan babah, kali ni turn abg adam pulak create moment2 indah dengan babah naik motor. Moga pengalam abg adam naik motor dengan abah akan abg adam ingat sampai bila2. Kenangan ini yang akan abg adam ingat sampai abg adam kata kematu bontot adam hahahahah.  Naik motor senang elak jem,lelagi hari Isnin dengan banyak kereta.
Mama simpan kenangan2 ni untuk tatapan anak2 mama dimasa depan, dapat tengok  dan dijadikan bukti pengorbanan babah nk  bagi anak berjaya. 


Kontigen selangor berkumpul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sebanyak 3 buah bas akan membawa semua atlet ke Universiti Malaysia Al Sultan Abdulah Pahang Darul Makmur

Kontigen Selangor KESSUMAS 2023, hantar 6 pasukan
1. Bola Sepak
2. Bola Jaring
3. Sepak Takraw
4. Ping pong
5.Bola Tampar
6.Badminton


terima kasih ustaz Syah share gambar dengan mama sebagai kenangan2an. Mama harap anak mama berjaya dan memberi mata kepada kontigen selangor. Buat sehabis baik semoga adam dapat main dengan baik dan tak ada kecederaan. Good luck kontigen Selangor.

kontigen Selangor merah menyala penuh gagah

Selangor The Red Giant


Abg adam hantar  gambar ketika Perasmian Kessuma Peringkat Kebangsaan 2023. Ikutkan hari ahad abg adam mula rasa nak dema dan selesama. Mama dah risau dah tu yg mama suruh abg adam makan ubat selesa dan ubat demam. Masa bertolak pagi badan panas cepat2 mama  suruh makan ubat dema dan selesama  supaya dalam perjalanan dalam bas boleh tido. Tengok gambar cam abg adam dah ok. Mama tawakal moga urusan abg adam dipermudahkan.

live perasmian KESSUMAS 2023 boleh ditonton di FB Majlis Agama Islam Pahang.

-misdarman-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...