Langkau ke kandungan utama

Abg Hafiz balik PUO ~ Sem 5

 Assalamualaikum

29/08/2023 (Ahad), abg hafiz balik ke PUO untuk sambung sem 5.Alahai anak memang sedih bila pembantu mama ambik. Next jadual mama back to normal, ada abg hafiz senang mama nk suruh.

Abah dan kakak tak ada 28/08/2023 Sabtu dah bertolak ke Johor attend majlis bertunang kawan kakak. Abah layankan jelah anak dara kesayangan sambil boleh jumpa adik babah kat kota tinggi. 


Pagi sabtu kami sarapan sama2 sebelum babah dan kakak gi Johor. Sambil2 tu dengar luahan rasa anak2, babah pun bagi sikit pesanan dekat anak2. Ahad time abg hafiz balik perak babah n kakak tak ada jadi kami kumpul sama2. Missing abg habil, hero mama kat kedah.
babah ajak sarapan kat dengkil, kat port baru kedai abg Jo namanya. Puas hati lah sebab roti telur nya besar, nasi lemaknya berasa sungguh dengan santan. Ramai sungguh pelanggan syukur kami dapat lah juga tempat duduk.
Bawak 2 kereta sebab babah n kakak terus nak ke johor n abg hafiz lah yg bawak mama, abg adamm aimy n aufa balik ke Cyber.


alahai anak, sebak hati mama bila abg nak balik Perak. Moga Allah jaga abg kat sana, jaga diri belajar elok2.Kami semua sentiasa doakan abg kat sana. Abg ni anak yg baik, ringant tulang tapi ada juga tak dengar kata lelagi bila time nak main bola or futsal. Kaki abg dah le ACL tapi tetap juga nak main bola, risau mama. Tapi tulah salah mama juga, sebab mama yg bagi abg beli kasut bola baru alahai...


anak no 6 ni memang rapat dengan abg hafiz, sebab masa aufa membesar abg hafiz kesian tengok aufa keluar masuk hospital. Abg hafiz lah yang take care sangat dekat aufa. Mood sedih nak pisah dengan abg, abg pun sedih nak tinggalkan adik2.
Kuatkan semangat, ada cuti nanti abg balik cyber, lagi beberapa bulan je lagi abg nak habis sem 5 next abg intern kat Cyber.

Tahniah abg hafiz sem 4 pointer masih anugerah dekan. Terima kasih mengembirakan hati mama. Belajar elok2 dan kuatkan semangat ye!


Bye2 sayang mama
Insha Allah cuti2 nanti kita jumpa lagi

-misdarman-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...