Langkau ke kandungan utama

First day Sepak Takraw MSSS 2019 / Sukan Tahunan SMK Cyberjaya / Sukan Tahunan KV Rembau


Assalamualaikum

25/02/2019 Isnin
Kakak Husna Sukan Tahunan KV Rembau
Abg Hafiz Sukan Tahunan SMK Cyberjaya
Abg adam dan abg habil sepak takraw MSSS 2019 
hari isnin dan selasa mama dpt cuti tanpa rekod
so mama boleh lah bg support sukan tahunan SMK Cyberjaya
tahun ni abg hafiz tak masuk acara sebab kaki masih injured gara2 tahun lepas kena tackle dgn membernya time main bola sepak
abg hafiz masuk perbarisan bomba sahaja
hari sukan buat kat stadium MMU
lega hati mama 
kol 8 pagi mama dah terpacak kat dewan 
nk bg support kat abg hafiz

abg hafiz dgn kawan baik dia Aqil
kadang  mama confuce mana satu Aqil
so nama samaran yg mama bg Jiboi sebab nenek Aqil tinggal kat Jiboi :)
jgn marah ye Aqil

video perarakan badan beruniform
syukur alhamdulillah pasukan bomba dapat tempat ke 2 dalam acara perbarisan.

mama pun nak interframe juga
snap gambo sebagai kenangan
berbaloi lah mama bg support dan comment cara berkawad
berpeluh2 mama dibuatnya
mama lak yg over bising dari cikgu
ampun cikgu
sindrom mak2 memang cam gini
excited kalau anak2 terlibat dengan aktiviti

kadet remaja sekolah

 kadet polis

 silat

bulan sabit merah 

Puteri Islam

rumah biru
 rumah kuning

rumah hijau

pukul 9.30 mama dah balik ke rumah
mama nk kemas2 rumah sebab hari isnin mak mertua nk dtg
kemas2 apa yg patut bagi sedap mata memandang

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

kalau ikut hati mama
mama nk berada disetiap aktiviti anak2 mama
tapi apakan daya mama ni penakut nk bawak kete ditempat yang mama tak biasa.
hari ni juga first day kejohanan sepak takraw  MSSS 2019 yang di adakan di Sijangkang

pasukan sepak takraw daerah sepang 2019 bawah 12 tahun
team A
team B
team C

abg habil pakai baju jersi no 10
posisi tekong

alhamdulillah hari pertama pasukan bawah 12 tahun tak mengecewakan
syukur boleh meneruskan perjuangan

untuk pasukan bawah 15 tahun, hari pertama cikgu tak dpt nak snap gambo
tapi cikgu janji akan send gambo pada hari ke 2
cuma cikgu update pasukan bawah 15 tahun kandas awal 0-3 dengan sekolah sukan seksyen 11
tak pe jadikan ini sebagai pengalaman
moga berjaya dimasa akan datang
pada mama asal dapat wakil daerah sepang dah cukup  membanggakan mama

kredit gambo dari cikgu zaini dan cikgu ade

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

sekolah kakak husna kv rembau pun adakan sukan tahunan 
kakak update dengan mama melalui wasap
kakak ambik bahagian lompat tinggi
alhamdulillah dapat no 3
proud with u
alhamdulillah anak2 mama aktif dalam sukan
proud sebab kakak mencipta sejarah kerana membantu menambah markah rumah sukan.
tahniah2 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...