Langkau ke kandungan utama

13/1/2019 Send Adam balik SAM BBST

Assalamualaikum

11.01.2019 (Jumaat) ikut jadual asrama SAM BBST pelajar boleh balik kerumah.
alahai baru duduk asrama 1 minggu dah boleh balik.
happy lah abg habil bila tau abg adam nk balik, bukan je abg habil yg happy Aimy dan Aufa pun suka.
ialah kan itu lah  perasaan bila rindu dengan adik beradik.
benda ni akan ambik masa, moga anak2 mama kuat.
tugas mama lah nak ambik abg adam, kalau nk tunggu babah ambik abg adam sure lambat.
sehari sebelum balik abg adam dah call mama, happy suaranya cam tak sabar nk balik.
hari sabtu mama byk habiskan masa uruskan rumah
uruskan baju2 kotor abg adam siap cadar, sarung bantal,selimut bawa balik untuk di basuh.
pastu mama tlg abg adam cari maklumat untuk karangan bahasa english.
kena siapkan kerja rumah hari sabtu juga sebab hari ahad dah nak balik kg mama.
balik kg sebab sepupu mama kawin
tak pergi cam tak best lah sebab sepupu rapat
kalau ikutkan mama kena dtg sehari sebelum majlis, kata org jawa kena datang rewang tlg2 apa yang patut sebab sepupu rapat.
Syukur mama ada abg2 kakak2 adik yg kat kg kira mama wakilkan adik beradik mama datang rewang. cam tu pun boleh kan??
almaklum ler mama kan duduk jauh sangat kikikiki kalau lah pakcik mama baca sure mama kena marah anak buah hantu.
kalau tak sempat rewang datang kondangan pun boleh  jgn tak datang sudah.
kondangan tu maksudnya datang masa pengantin tengah berarak, kira majlis hari terakhir. Time tu kenalah salam kaut tak bagi kira tak manis lah, kira tu tradisi org jawa.
.

lagi pun yg kawin sepupu mama lelaki  sulung , tunggal lelaki dan anak terakhir yg kawin.
jadi majlis sure lah meriah habis habisan
kalau tak meriah tak jawa namanya
siap ada kompang, dikir barat dan bakar mercun malam siang 
jadi wajib datang sebab next2 pakcik mama dah tak buat kenduri kawin lagi.
kalau ada pun tunggu cucu kawin,tunggu belas2 tahun lagi
selamat pengantin baru Junaidi bin Jemari dan pasangan
akak doakan moga berkekalan hingga ke jannah
masa majlis kawin ni lah dpt jumpa sepupu sepapat yg lain
jumpa saudara mara
sah2 lah saudara mara jauh tak kenal mama
tak apalah mama faham tahu2 jelah mama jenis dibelakang tabir

lepas majlis direct gi rumah abg mama, singgah sebab
nk tumpang mandi
nk tumpang rehat
nk tumpang solat
nk tumpang makan
nk tumpang tukor baju
nk tumpang lah apa yg boleh di tumpang hehehehehe
dapat jumpa mak sekejap pun jadilah
borak pokpekpok pek

dalam pukul 4 terus bertolak ke SAM BBST sebab nak hantar abg adam balik asrama
biasalah budak baru dok asrama 1 minggu dah tak biasa lagi dengan jadual padat asrama
mood swing2 mood sedih dan macam2 lagi
ayat abg adam 
tak nak dok asrama
tak nak sek kat SAM BBST
tak nak jadi budak tingkatan 1 nk jadi budak darjah 6 je best 
alahai anak ... sessi luahan rasa bermula
abg habil bila tengok abg adam sedih dia pun ikut sama sedih
abg habil pun tak suka abg adam dok asrama
masing2 meluahkan rasa


inilah jihat ke jalan ALLAH
kena kuatkan semangat
kuat kan jiwa
nak belajar kena berkorban
abg habil pun kena kuatkan semangat, kena redho abg adam nak dok asrama sebab nak belajar
mama pun sedih sebab pisah dengan anak2 tahu semua ni demi masa depan
Insya Allah kita sama2 kuat bg semangat dekat abg adam
perasaan itu akan berlalu ikut peredaran masa
lama2 nanti abg adam akan sesusaikan diri dok asrama dan abg habil akan sesuaikan diri bila abg adam tak ada kat rumah
moga moment ni anak2 mama akan ingat
so  dua beradik ni melepaskan kesedihan masing2 
nangislah puas2 nak,  ...nangislah pada hari ni jgn anak2 mama nangis di masa akan datang.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...