Langkau ke kandungan utama

06.01.2019 (Ahad) Kakak Husna register Diploma KV Rembau

Assalamualaikum
Khamis 03.01.2019 send abg adam ke SAM BBST.
Jumaat 04.01.2019 abg adam dibenarkan balik rumah sebab nak uruskan beberapa document dan beberapa keperluan yang lain.
syukur babah masih cuti so babah lah ambik adam kat SAM lepas solat jumaat.
Jadinya hari ahad 06.01.2019 kena hantar  abg adam awal sebab nk hantar kakak ke KV Rembau.
sebelum masuk waktu solat, lunch sama2 kat salah tinggi tp mama lupa entah apa nama restoran tu ampun.


snap gambo kat masjid besar salak tinggi lepas solat zuhur.
sementara tunggu babah, snap gambo adik beradik ni.
yang baju putih tu mesti nk duduk sebelah baju purple.
abg habil berat nak pisah dengan abg adam.
moga anak2 mama sentiasa dlm rahmat ALLAH
diberi kesihatan yang baik dan dijauhi dari penyakit2 berbahaya.
dijauhi dari kejahatan manusia dan kejahatan syaitan.


kena ada gambo 1 family mama dgn babah pun nk inter frame juga hehehehehe.
kan complete gambor ni 8 orang 4 lelaki dan 4 perempuan.
bila dah send abg adam kat SAM BBST dan settlekan beberapa perkara terus direct ke Rembau sebab nak kena sampai sebelum pukul 4 petang.
Babah pun apa lagi pecut bawak kete sebab dari Salak Tinggi pukul 2.30petang huhuhuh.
Syukur kami selamat sampai kat KV Rembau lagi 10 minit sebelum pukul 4 petang.
Sebelum nk register dan buat pembayaran mama dan babah kena check dulu result kakak sem 4.


Alhamdulillah kakak layak sambung DIPLOMA PP dengan jayanya.
ujian BM SPM kakak dpt A dan sejarah SPM kakak lulus.
 Insya ALLAH lagi 2 tahun kakak habis diploma.
syukur sgt sebab kakak tak ada C.
Purata keseluruhan 3.76 pencapaian yang membanggakan.
tahniah dari mama, babah dan adik2.
Mama yakin kakak boleh. 
biarlah apa org kata kakak bodoh pun yang penting mama dan babah sentiasa akan beri yang terbaik untuk kakak.
maafkan jelah mereka2 yang sentiasa mencari salah kakak
ingat pesan mama ALLAH kan ada!
teruskan usaha, doa dan tawakal
jgn tinggal solat dan baca alquran.
Insya ALLAH kejayaan milik kakak.
buktikan pada mereka2 itu budak bodoh ni satu hari nanti boleh berjaya.


muka masing2 muka penat
lepas ambik result akak terus direct buat bayaran yuran
tp disebabkan parent wajib kena dengar taklimat, jadi kena bg kpd 2 kumpulan.
babah dan anak2 lain ikut babah dengar taklimat so dpt rehat sebab duduk.
mama dgn kakak lah handle semua.
lepas bayaran yuran, kena gi bayar koperasi pastu kena gi ambik document diri, pastu gi bayar yuran asrama, yuran mengaji baru lah mama dpt duduk. 
penat jgn cakap lah.
bila dah settle semua, so kena angkat barang2 ke asrama kakak.
so tu tugas anak2 lelaki
mama dh tak larat dh nk angkat2 dah.
lelagi melayan aufa meragam nk itu ini.
sakit kaki mama sebab byk berjalan dan turun naik tangga.
diam tak diam dah pukul 6 so kena bergegas balik sebab nak gi solat asar.
lepas solat dekat masjid sebelah KV terus direct balik ke cyber.
kol 10 mlm juga lah sampai rumah sebab singgah solat maghrib dan makan malam.
Syukur alhamdulillah urusan dipermudahkan.
terima kasih ALLAH bg peluang dekat mama dan babah menjalankan tanggungjawab amanah yg diberikan kepada mama dan babah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...