Langkau ke kandungan utama

03.01.2019 ( Khamis )Abg adam msk SAM BBST

Assalamualaikum

Akhirnya abg adam pilih SAM BBST (Sek Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi)
Alhamdulillah sebab class mate adam kat sek agama dan sek cyberjaya pun pilih SAM BBST jd adam ok sikit lah walaupun dua2 nya ppuan
kwn lelaki langsung tak ada huhuhuhu harap2 adalah nanti 2nd intake
tapi abg adam jd lega sebab 1 dorm dengan abg anaqi ( anak kwn mama n adam pun kenal juga sebab senior adam masa kat sek agama dan sek cyberjaya juga 1 van)


ambik gambar 3 beradik ni wajib sebelum gi register kat SAM.
 kena abadikan kenangan 3 beradik ni.
yang pakai baju merah tu cam ikhlas tak ikhlas je nk bg abg adam gi msk asrama.
dia punya sedih cam abg adam nk gi oversea yg cam tak balik bertahun2.
disebabkan dah start sekolah jadi semua kena gi sekolah cuma Aufa je mama pontengkan sekolah sebab nk ajar balik sek naik van.
yang baju merah tu siap request kat babah nk ponteng sekolah sebab nak send abg adam tapi takut jd drama dan kebetulan abg habil ada training takraw so babah tak bagi ikut.
tengok muka dah monyok tp monyok2 pun gi juga sekolah dalam terpaksa.


kebetulan tengah tunggu untuk pembayaran asrama.
so kita snap gambo dulu
bior ada moment2 ni berapa byk mama bayar rm asrama , bayar duit makan , beli keperluan barang2 sekolah.
bila tengok gambar ni jadikan sebagai pembakar semangat untuk abg adam belajar bersungguh2.
abg adam kena kuat jiwa supaya bila diletakkan dimana2 abg adam boleh harungi dengan tabah.
mama yakin abg adam boleh !!!
lama juga lah mama kat SAM BBST dari pukul 9 pagi sampai pukul 4.40 petang
penat tu jgn ckplah turun naik tangga
alhamdulillah ALLAH permudahkan semuanya

1. abg adam dh dpt buku teks
2.mama dah tukar loker yang elok sebab loker yg abg adam dpt dan rosak kuncinya dan bersihkan loker.
3.mama dah susunkan baju2 dan buku2 siap tuliskan semua buku dengan nama abg adam, susun atur dengan cantik 
4.lapik kan bantal n cadar
5.tampalkan lencana sekolah dan lencana asrama
6. babah gigih labelkan semua brg2 yang dibeli dikoperasi dengan nama abg adam
masa mama dgn babah kemas katil n loker abg adam, abg adam tengah sibuk dengan orentasi so mama cuma jumpa abg adam masa nk balik dan serahkan kunci loker.


tahniah dari mama , babah , kakak, abg dan adik2
sebab pecah rekod keluarga umur 13 tahun dah duduk asrama
tahniah juga sebab dah jadi sebahagian pelajar SAM
menuntut ilmu ni jihat semoga abg adam kuat ye!
mama dan babah sentiasa doakan abg adam.
kekalkan sahsiah diri yang terbaik


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...