07.12.2018 Mak usu belanja makan

Assalamualaikum

07.12.2018 Jumaat mak usu adik mama tetiba wasap ajak makan kat saba cyberjaya
hoyehh cam org mengantuk disorongkan bantal
mama ok je jadinya petang mama tak yah masak gantung kuali.
tapi babah tak dpt joint sebab babah dipaksa OT.
jadinya mama lah kena drive bawak 6 orang nak ke saba
restoran saba ni depan Dpulze je, kira dari MMU ni tak sampai 10 minit 
masalahnya nak cari parking ya ampun 4 kali mama pusing nak cari parking yg sesuai
almaklumlah mama ni nampak je cam tera bawak kete tapi nak parking pun ambik masa
dah ler hujan renyai2 tak mau berhenti
syukur kakak n abg2 ni anak2 yang hebat
masing2 tahu tanggungjawab
kakak husna handle aimy
abg hafiz handle aufa 
adam berpimpin tangan dengan habil :)

bila sampai je mak usu sekeluarga dah sampai dengan kawan mak usu
rupany2 mak usu nak surprise kan kawan baik mak usu
jadi kita tak yah sibuk2 acara dia org
so mama n anak2 buat acara sendiri
kita makan bagi habis semua heheheheh
pastinya ambik gambo byk2


ni lah adik mama
anak no 11
selang 3 tahun je umur dari mama
mak usu lom msk 4 siri
mama dah 4 siri jadi boleh congak2 lah berapa umur mak usu :)
dulu dengan mak usu mama kerap je gaduh
sikit2 gaduh syukur dah besor2 ni dah tak gaduh
mak usu lagi glamer kat kg..sebut nama mak usu je semua kenal
cuma sebut nama mama huhu krik..krik... memasing tak kenal
sampai org kampung tanya mak usu ada kakak ke?
adoii tepuk dahi mama


cam 2 org budak ni
jumpa je gaduh 
pantang sikit je gaduh
cuma time tidur je tak gaduh
tapi cuma beza 2 tahun je 


Aimy dengan mak usu
Aimy teringin nak ada mama cam mak usu
sabor je lah dengan Aimy ni
dia tak tau mak usu lagi garang dari mama


snap gambo dengan anak mak usu yang sulung, fahmy nama dia
anak tunggal lelaki dalam adik beradik
yang lain semua berderet 5 orang semua perempuan


kakak husna n aimy sempat snap gambo dgn anak mak usu no 2
comel cam anak cina dina nama dia
adik2 dia entah kemana buat hal memasing
Aufa dah dibuai mimpi so snap mana yg ada jelah
Dina baru darjah 5 jap lagi kalah kakak husn
tq2 belanja makan
next jalan lupa  belanja lagi ye hehhehe




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya