Langkau ke kandungan utama

Penyampaian hadiah abg habil dan Majlis anugerah Sek Agama Dato Ahmad Razali Dengkil (PSRA)

Assalamualaikum
21.11.2018 Rabu
Pihak sekolah mengadakan majlis penyampaian  hadiah Kejohanan KATMO MSS Selangor bawah 10 tahun 


Alhamdulillah syukur moga abg habil ikut jejak abg adam sampai peringkat Negeri.
Hadiah dan sijil disampaikan oleh guru kelas abg habil dan cam biasa cikgu sepak takraw iaitu Cikgu Ade
terima kasih cikgu sebab memberi kepercayaan dan dpt cungkil bakat abg habil.
untuk abg habil tahniah dari mama dan abah 

****************************************************************
belah petang pula
keputusan PSRA telah diumumkan pada 19.11.2019 (isnin)
tp disebabkan keputusan sampai lambat dan ibu bapa hanya boleh mengambil keputusan pada pukul 5.20petang jadi mama rancang akan ambik pada 21.11.2018 (Rabu)
Alhamdulillah abg adam dapat ustaz yang baik ustaz bagi tau keputusan adam melalui whatsap. Syukur sgt2 dan mama rasa macam nk lompat bintang tinggi2 sebab abg adam dapat MUMTAZ


kredit gambar dari ustaz Azrin
terima kasih ustaz snap kan gambar
pada awalnya babah tak dpt nak cuti sebab cuti babah tinggal satu hari  je sebab akan digunakan masa adam konvo pada 22.11.2018.
disebabkan babah kurang sihat babah ambik mc itu pun babah ambik mc kat shah alam sebab babah demam.
jadinya kenalah tunggu babah sampai baru lah dpt pergi ke sekolah agama sama2.
tu pun kira dah lambat sebab qatam al quran dah mula
babah pakai je lah baju kerja Maybank hehheheheh
hari bahagia bab pakaian tak menjadi masalah
walaupun babah kurang sihat babah gigihkan juga datang 
sebenornya tak tau pun masa majlis anugerah PSRA MUMTAZ ibu bapa yang akan menyampaian anugerah kepada anak2.
syukur sgt2 sebab babah ada dan sama2 meraikan moment tu sama2 :)


syukur alhamdulillah
tahniah dari mama dan babah juga adik beradik abg adam
terima kasih sebab membahagia kan mama dan babah


seramai 32 pelajar dari Sek Agama Dato Ahmad Razali mendapat MUMTAZ
jadi pihak sekolah memberi hadiah dengan membawa pelajar yang mendapat MUMTAZ ke Langkawi secara percuma pada 02.12.2018 hingga 04.12.2018
dari 32 pelajar yang dpt MUMTAZ seramai 13 orang dari Sekolah Keb Cyberjaya ( 2 lelaki dan 11 perempuan) dan selebihnya adalah pelajar dari Sekolah Keb Dengkil


anugerah pengawas pusat sumber
2kali abg adam naik pentas.


intan payung anak lelaki bungsu mama pun ambik anugerah juga
abg habil dapat anugerah 
1.tempat ke 3 dalam kelas
2.pengawas sekolah
tahniah dari mama
syukur2 sgt2 sebab anak2 mama mengembirakan mama dengan babah
syukur2 alhamdulillah  mama dpt cabutan bertuah dpt hamper besar 
babah pun dapat gak heheheh dpt minyak masak 2.5 liter
syukur kepada ALLAH atas rezeki yang diberikan 


adam mengambadikan gambar kenangan dengan guru kelas 6 Syafie
ustaz Auliyah
terima kasih ustaz atas segala ilmu yang ustaz curahkan
maaf sebab hari2 adam datang lambat sampai sekolah agama pukul 4 petang
sebab ada kelas tambahan UPSR
kerap juga adam tak datang sekolah agama sebab sibuk dengan persediakan dan latihan takraw peringkat daerah dan negeri
terima kasih ustaz sebab tak jemu2 buat kelas tambahan sampai malam
halalkan segala ilmu yg ustaz curahkan



cam biasa moment2 indah mama tak kan lupa snap gambo
moga anak2 mama ingat akan moment2 dengan mama dan babah
doa mama dan babah sentiasa mengiringi anak2 mama
salam sayang dari mama


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...