Langkau ke kandungan utama

19.11.2018 Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum Sk Cyberjaya Abg adam ~ Perlawanan KATMO bawah 10 tahun abg habil ~ Tandom Banting abg hafiz

Assalamualaikum

Aktiviti anak2 mama 
Hari ni 19/11/2018 (Isnin) Sk Cyberjaya telah mengadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum.


Alhamdulillah abg adam tersenarai sebagai penerima anugerah.
Memandangkan babah tinggal satu je cuti khas tuk konvo abg adam pada 22/11/2018 jadinya mama datang seorang diri tanda sokongan kepada abg adam.
Majlis bermula pukul 8.30 pagi
Abg adam dapat 2 anugerah
1. Murid cemerlang sahsiah lelaki tahap 2
2.Anugerah Khas MSSM (sepak takraw)




mama doa moga impian dan cita2 abg adam tercapai
next year 2019 dah tingkatan 1

*********************************************************************************
Pada masa yang sama abg habil ada perlawanan Katmo di Sek Sukan Seksyen 11 Shah Alam dalam Kejohanan KATMO MSS Selangor bawah 10 tahun. Abg Habil team B. Tanda sokongan pada abg habil sebab ni adalah kejohanan pertama bagi abg habil time rehat babah sempat tengok abg habil di sekolah sukan. Kebetulan tempat kerja babah dah dekat dengan sekolah sukan tu so babah pun tak lepaskan peluang


Girang sungguh hati bila babah datang siap bawakan air.Lagi ler berbunga2 hati bila babah siap tengok habil main.Walaupuan babah tak boleh lama kat sana sebab bekejar nak masuk office sekurang2nya ini langkah pertama untuk menjadikan abg habil anak yang hebat di masa akan datang.Anak ohh anak Insha Allah mama dan babah akan beri sepenuh sokongan atas aktiviti yang anak2 mama minat. Nak tergelak pun ada mama sibuk update pasal abg adam, babah lak sibuk update pasal abg habil.
Alhamdulillah team abg habil sempat sampai suku akhir lawan dengan tema kelang. Syukur dpt no 3, kira terbaik pada awal pembabitan abg habil.


Team Sepang bawah 10 tahun
bila cikgu share gambo ni terkejut pada awalnya sebab mama tengok anak mama yang paling besor
abg habil 10 tahun tapi berat dah 53kg
harap bila dah joint katmo ni abg habil boleh kuruskan badan :)
mama doakan moga abg habil berjaya dalam sukan dan pelajaran.

****************************************************************


 Anak bujang seorang ni lak pergi ke TANDOM kat Banting.
pagi2 masa babah send abg adam n abg habil ke sekolah abg hafiz ikut sekali sebab ada parent member tolong hantarkan ke TANDOM.
Pada awalnya berat hati nk benarkan abg hafiz n the geng kesana, sebab ni pertama kali abg hafiz nk berjalan dengan kawan2nya seramai 3 org plus abg hafiz 4 org.
sebelum mama n babah benarkan mama buat CSI dulu bila dah puas hati baru  benarkan, dengan beberapa syarat2 yang kena dipatuhi

1. update sentiasa dengan mama 
2.sentiasa send gambo
3.jangan lupa solat
4.jgn buat benda yang bukan2
5.jgn hilangkan kepercayaan mama n babah 
6.pastikan klu nk mandi kat tasik kena ada safety guard

belanja kesana mama n babah tak risau sebab abg guna duit sendiri. Abg ni rajin jaga bola or jadi penyelamat bila ada perlawanan bola kat mmu ni.Selain tu abg hafiz ni pandai berjimat duit belanja sekolah simpan n suka bawak bekal ke sekolah.
Doa mama moga selamat pergi n selamat balik ye
nanti share pengalaman kat sana n kita boleh pergi satu family
enjoy your holiday !!!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...