Langkau ke kandungan utama

Mis Aufa

Assalamualaikum

Lama dah mama tak update pasal aufa
aufa dah 2 tahun 1 bln 
dah besar dah aufa tp badan je comel last timbang baru 7.8kg :)
pada 21hb December 2015 aufa kena buat CT scan
nk check balik cys aufa adalah lagi tak
masa aufa baby aufa ada cys 3mm 
2 tahun ubun2 dah tutup so kena buat CT scan
aufa warded pada 20hb December ahad kena msk sehari awal

 pagi isnin 21hb tangan aufa kena cucuk nk  ambik darah n msk air
satu lagi tu nak bubuh ubat mengantuk
nak buat CT scan aufa kena tidur
sobbb...sobb paling sedih aufa kena berpuasa dari kol 4 pagi
ikut jadual ada 2 org termasuk aufa buat CT scan baby umur 10 bln
disebabkan aufa 2 tahun jadi kena dulukan bby 10 bulan
nak nangis dari kol 4 pagi spai kol 11pagi aufa kena berpuasa
tak henti2 aufa merengek nk tek ma...tek ma  *nak tetek mama
ditarik2 tudung mama diselak2 tudung mama 
hanya ALLAH je yg tahu kesian tengok aufa lapar n haus
babah bawak aufa jalan nak pisahkan dengan mama klu tak sure merengek nak menyusu... lagi ler terharu aufa nampak kedai nak air nak popok *nak keropok 
puas pujuk puas ajak main bagi aufa leka
puas abg habil ajak main 

kol 11 aufa kena makan ubat tidur
aufa makan senang je sebab aufa dah lapar n haus
tak lama aufa dah tertidur boleh tahan gak ubat ni cepat sangat buat aufa tidur
kemudian doktor cucuk ubat tidur lagi kat tangan aufa
so kol 11.30 aufa dah msk bilik CT scan 
mama je yg dibenarkan msk
waduhh gerun bila msk bilik CT scan pertama kali seumur hidup mama
tp mama tak leh lama lepas letak kan aufa terus doktor suruh keluar

 abg habil dengan aufa
sayang abg habil dengan aufa
kesian tengok adik kena cucuk kat tangan
terima kasih abg habil sebab tolong mama n babah lekakan aufa
kasih seorang abg

 mama snap gambo dgn aufa
masa ni abg habil n babah dah balik
kol 12.30 aufa masih belum sedar

doktor pantau nadi n oksigen aufa
mama kacau2 juga aufa mintak aufa bangun
tp doktor tak bagi biar aufa sedar sendiri
bila dah betul2 sedar baru boleh bagi air or makan
jika masih mamai2 lagi jgn bagi
kol 1.15 aufa baru sedar terus mama belikan aufa air kotak
habis 1 air kotak susu
bila spai ward terus aufa makan 1 mangkuk bubur nasi
lapar sunggu aufa 
next appoitment 25hb Feb 2016

tengok lah telatah aufa bila mama nak snap gambor
suka sgt buat muka comel dia tu sampai pejam2 mata
alhamdulillah aufa dah boleh biasa kan diri bila kakak aimy tak ada belah pagi sebab gi pra sekolah
mak mira kata dah tak tanya kakak2 lagi dah
pagi2 pun senang nak gi rmh mak mira
dah boleh gi sendiri dah siap boleh ketuk rumah mak mira
pagi2 mesti suruh cepat nak gi rmh mak mira
pastu dah tak nak makan ubat dengan mama
nak makan dengan mak mira
aufa still kena makan ubat asid folic, vitamin dan ubat tuk tulang
syukur alhamdulillah aufa cam kanak2 lain yg sebaya dengan dia
cuma badan aufa comel je tu yg dia nampak cam baby2 lagi
dah gi taman sendiri dah ..
dah boleh main buaian n panjat tangga nak main gelongsor
cuma mama pantau je bkn apa takut jatuh 
dah pandai baca doa msk tandas
dah pandai bagi salam
dah pandai baca doa tidur 
dah pandai baca doa makan
bab merajuk memang no 1
disebabkan aufa n aimy ni beza 2 tahun
dia org  memang rapat n kakak aimy pun dah pandai mengalah dengan adik
syukur alhamdulillah aufa makin sihat!!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...