Reunion Ex Student Voc 2015@Akar Beach Resort PD 05.04.2015

 As salam
seperti yg dijanjikan ari ni mama sambung balik aktiviti minggu lepas
satu masalah pulak nak bawak balik TV besor 48 inci 
naik kereta citra dgn 8 penumpang
adoii puas lah babah susun dengan beg yg banyak sebab nak direct terus ke PD n nak bermalam kat sana
akhirnya dpt ler mskan tv tu tp kesian kat anak2 sebab tak selesa
ikutkan boleh je kalau nak tumpang bas MMU 
tp sebab kami nak direct ke pd n nanti menyusahkan staff2 lain jadi babah bawak gak ler naik kereta
anak2 ok je suka sebab dpt tv baru
anak2 pun ok jelah bila ajak balik pun tak meragam sebab janji akan mandi kolam lagi kat PD
kami semua bergerak dari A famosa dlm kol 2 lebih n singgah solat sekejap
3 kali berhenti nak hilangkan mengantuk tp tak boleh
akhirnya mama bawak kereta dari RnR melaka spai ke Pekan PD
percaya tak? hehhehee  bangga sungguh !!!

ini banner yg kawan mama design
20 tahun mama tak jumpa kawan2 mama
Sekolah Vokasional Ampangan Seremban
tahun 93 n 94
Mama ambik jurusan Pengurusan Perniagaan (PPN)

 spai kat Akar Beach Resort kol 5 lebih cam tu
sepatutnya kol 3 petang kira dah lambat
tp tak pe sebab dah bayar pukul berapa pun kita leh check in
bila dpt msk bilik je ALLAH leganya rasa
babah,kakak husna, abg hafiz, abg adam n abg habil terus landing kat katil n pasang astro..
anak2 mama bila dah dpt tv emm akan duduk statik 
cuma 2 beradik  aimy n aufa aduhaiiiii ada je benda dia nak buat main
merengek2 nak main cawan n piring
aimy tengah marah kan aufa jgn kacau kakak nak buat air milo
mama sempat ler check rega 1 piring   berharga RM 10 cawan pun sama RM 10 kalau pecah naya lahhhh
aimy lak suka angkat2 cawan ... aufa lak suka main piring
sudahnya aimy melalak sebab aufa kacau
bila dah melalak tangan pun cepat jalan dirampasnya piring
turn aufa lak melalak... riuh rendah dibuatnya
kakak n abg2 cool je mata pandang tv cam tak ada perasaan langsung dan tak rasa terganggu dengar adik2 bergaduh siap2 melalak2
memang sungguh2 kakak n abg2 melepaskan dendam tengok tv
malam pulak sempat attend dinner je
itu pun tak sempat mama nak snap gambo
sebab aufa meragam merengek2 je tak henti
dalam pada masa sama gigi mama pun buat hal lagi
tak kan nak telan ubat tahan sakit je
Kwn mama mintak babah bacakan doa tuk majlis reunion 
anak2 yg lain pun dah penat so lepas makan terus naik bilik
mana tak penat sehabis tenaga dicurahkan kat A famosa hehehe
rancangan awal mama nak tidurkan aufa n aimy n anak2 lain tengok tv
emmm spai kesudah sampai ke pagi mama tak turun joint kawan2 mama
sebabnya aufa melalak2 tak henti2
sampai babah laung azan n baca doa2 yg sepatutnya..itu kisah aufa
kisah mama lak walaupun dah telan ubat tahan sakit sebab mama tak tahan sgt 
gigi mama tak mau gak lega2... adoiii bertambah ganda sakit bila aufa meraung sekuat hati
kol 12 barulah aufa dpt tido dgn aman kol 12 tu gak ler gigi mama lega
ada gak ler kejap2 aufa merengek n meragam lepas tu sambung tido balik
kol 7.45pg mama kejutkan pun aufa tak leh nak bukak mata 
penat menangis ... lagi pun tempat baru pada aufa kata babah adalah benda yg ikut aufa... 

 gambo babah dgn anak2 sarapan pagi
mama semestinya sibuk handle aimy n aufa
dpt kupon 2 sarapan je.. tp kawan mama bg lagi 3 kupon so tuk habil babah bayar RM 8.00
aimy n aufa free 
oklah sarapan pagi kat Akar Beach Resort menu sama je kat mana2 tempat penginapan
anak2 semua dah besar2 so dia org ambik sendiri pilih makanan ikut selera masing2

 cam biasa posing dulu 
anak2 tema purple
mama n babah tema hitam
kalau resort2 mama sukalah sebab baju anak2 mama tak kotor
tp kalau pantai2 mama kurang sikit sebab melekit , panas , rimas n gatal2 sebab pasir
habil ada gak request nak gi pantai
tp mama tak bg kalau nak mandi better mandi kat kolam

 3 beradik ni masuk 3 acara
tp satu pun tak menang
x pelah bkn rezeki kita
lagi pun just for fun n enjoy

acara kepit bola..
dah besar2 dah anak2 kawan mama termasuk ler anak mama heheheh
antara kawan2 mama semuanya mama lah yg ramai anak seramai 6 org 
x kisah lah dah rezeki mama dpt ramai anak
nak halang2 pun bkn kerja mama
semua ketentuan yg mahal Esa
kalau ikut babah kalau boleh nak tiap2 tahun mama mengandung :(

kol 10 lebih cam tu acara habis
mama masuk acara baling belon air
syukur dpt no 3 
tp yg kelakarnya mama siap jatuh terduduk lagi
adoiiii sakit lagi pinggul mama
tp mama control lah... malu sehh 
sebab sebelum ni pinggul mama memang sakit sejak opreration ari tu memang mama tak leh nak buat kerja kuat2 sgt... tetiba lak jatuh adoiiii !!!
masa ni anak2 lelaki dah basah kuyup dh dlm kolam
terima kasih kat babah, bagi mama peluang n bagi mama masa sosial dgn kawan2 mama... masa ni babah take care aufa n aimy
cam nilah gambar selepas 20 tahun :)
ni bergambar dgn semua batch 93 n 94
ada gak yg mama tak kenal n mama tak ingat
tp mereka2 kenal mama adoiii heran tul..
harap maaf ye!! almaklum ler anak ramai byk urat2 yg putus.. lelagi lepas operate 5 jam agaknya byk ubat msk dlm otak ni.. byk benda mama kena remind balik huuhuhu
Insha Allah moga Allah perkenankan doa mama ni
kali ke 2 aufa mandi kolam lagi...
hati mama sebenornya risau takut aufa selesema n batuk

tengok !!! cuba teka sapa ni?
confirm abg habil
abg habil ni suka sgt buat kerja2 yg extrem
mama yg risau.. bkn apa kiri kanan ada org lain ada kanak2 lain
suka hati je terus lompat setingginya sure air akan memercik 
seronok tak ingat..
tak ada sifat timbang rasa sungguh
siap mama ugut buat lagi mama naik bilik
baru lah berhenti kalau tidak kesian kanak2 lain
suka benor bila dpt msk air
siap ajak lawan dgn babah, abg hafiz n abg adam sapa lama menyelam
layankan je!! bagi peluang kat anak bagi dia org happy
siap mama pesan nak sekolah hari Isnin jgn buat perangai!!!

mama pun suka dengan gambor ni
ni mama dpt hadiah sebab msuk cara baling belon air dpt tempat ke 3
nape mama suka gambar ni sebab... mama dpt bergambar dgn class mate mama selepas 20 tahun
bergambar sekali dgn babah 
mama bagi 1000x like ler :)
yg belah kiri tu Asrul nama dia nama glamer nya sendut 
yg belakang babah lak Kamarul nama glamer dia lak sorai
dah berjaya2 dah kawan2 mama... hebat2 mereka ni

last sekali ambik gambor beramai2
saat2 ni lah sedih nk berpisah dgn kawan2
memasing akan balik ke rumah memasing n menjalani kehidupan seperti biasa
harap silatulrahim antara kita akan berkekalan
moga dimasa akan dtg kita dpt berjumpa lagi
kol 2.30pm bergerak dari Pd ke Cyber
sebelum tu singgah makan n solat
bagi anak2 kenyang dulu ... confirm memasing dlm kereta ZZZZZZZZZZZZZ 
aman bahagia
Spai rumah kol 5 lebih... 
maka bermulalah episode mencuci baju yg  berlonggok2 :)



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Hafiz@Bacaan Yasin n solat berjemaat PSRA Sek Agama Dato Ahmad Razali

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL