Hot n roll versi mama
Assalamualaikum
hoyehhh suka2x
jadi mama buat hot roll kegemaran anak2
balik dari kerja terus mama buat
barang2 memang dah sedia ada ari ahad dah beli kat maydin presint 15
comot hot n roll mama ni
almaklum ler buat sambil dukung aufa meragam sebab selesema
tu pun abg hafiz n kakak husna bantu mama
sampai hangus roti prata
ok mama nak share buat senang je
bahan2
1.roti prata mama guna jenama kawan
2.mayonis mama guna jenama saji
3.cheese
4.serbuk cili
5.serbuk lada sula
6.sosej
panaskan roti prata kat kuala leper bagi masak
terbalik kan n sapukan dgn mayonis
pas tu tabur sebuk cili sikit kot nak pedas bubuh banyak
taburkan serbuk lada sula
tabur cheese
letak sosej yg dah direbus
bila roti prata nampak cam dah masak gulung
dah siap boleh dimakan
ikut suka lah roti prata boleh bubuh dgn serunding
boleh juga bubuh pisang n bubuh dgn coklat chip
boleh gak bubuh daging/ayam cincang
ikut suka citarasa memasing
ikut tekak kakak husna dia tak suka letak sosej kakak suka cuma bubuh mayonis, serbuk cili, serbuk lada n cheese yg byk
kalau abg hafiz lak nak bubuh serbuk cili byk2
abg adam lak dia suka letak serbuk lada sula byk2.. kalau makan telur pun suka sgt bubuh lada
abg habil lak tak mau letak serbuk cili tak suka pedas
aimy lak dia suka sosej je
emm cam gitulah kalau ikut selera anak2
dah mama buat sendiri jadinya kena ikut lah tekak anak2
kira berbaloi lah buat sendiri sekali buat je mama buat 10 keping sekali hadap
kalau beli 1 RM 3.90 kali dgn 10 dah RM 39.90
boleh buat berkali2
kat cyber ni prata mahal RM 5.00 bila ada GST RM 5.30
better beli kat Mydin baru RM 3.90
boleh buat bento tuk anak2 kesekolah
meh ler try sedap sgt
yg penting anak2 suka!!!
Ulasan