A Famosa @Family day MMU 2015 04.04.2015

As salam
Coretan family day MMU(MESRA) di A Famosa Melaka
pd awalnya memang tak nak joint disebabkan babah sibuk berniaga kat Uptown
ALLAH perancang segalanya..
Uptown tutup selama 2 minggu bagi laluan pada acara berbasikal dan acara IRON man
tarikh dan masa yg amat tepat sekali so dpt lah joint family dah MESRA
ini adalah percutian kali pertama tuk Aufa ... setahun 4 bulan
dan pertama kali tuk kami sekeluarga ke A Famosa
kalau tak ada family day  sure tak tahu bilanya nak sampai kat A Famosa
disebabkan mama ni ahli Mesra so hanya RM 5 sahaja dikenakan pd setiap ahli keluarga
so total tuk joint mama hanya keluarkan RM 30 sahaja
 seawal kol 8.39pagi kami sekeluarga dh sampai kat pondok jaga A famosa
baru lah habil berhenti bertanya
bila nak sampai!!! bila nak sampai!!
kat pondok ni kena ambik pass  masuk 
ialah kan dah lama sgt tak pergi bercuti sejak mama msk hospital bln 11 2013 so sekarang dah msk bln 4 2015
anak2 bila dan gi bercuti or jalan2 dgn sendirinya mudah bangun pagi n mudah diuruskan tanpa byk masalah heeheh cuba kalau kejutkan nak gi sekolah adoiii ada je alasannya... mama dulu pun cam tu gak hahahaha

 kol 8.52pagi kami dah sampai betul2 kat Water Park A Famosa
mama suka dgn pic ni
tengok anak2 ikut babah dia cam anak itik pulang petang :)
memasing ada tanggungjwab sendiri
kakak husna dah pastinya tolak stroller aufa n bawak beg aufa
abg habil bawak beg mandi
abg hafiz bawak beg makanan aufa
abg adam bawak payung
babah lak pimpin aimy
mama lak hahahahah bawak hp snap gambo

 setiap kali kemana2 sure snap gambo family amat penting
diulangi amat penting
gambo ni kol 9.01am
babah dah tahu perangai mama...ini adalah wajib!!!
MESRA tahun ni warna merah n kami semua pakai baju merah tanda sokongan terhadap MESRA
register nama n dptkan tag n sarapan pagi
kol 9.30 baru water park open

 anak perempuan 3 org ni memula sampai baik je boleh handle
kakak husna dah besar tak ada masalah
aimy mula merengek nak mandi kolam
aufa pulak mula tak mahu dok diam dan turun nak berjalan
adoiii bermula lah episod mama tak menang tangan sobbb...sobbb

 akhirnya....kol 10.01am
dah tak boleh nak dihalang
dah tak boleh berlemah lembut
tak boleh dipujuk
jadinya babah kena lah handle ke lima2 gula2 hati dlm kolam
tengok akhirnya aufa pun masuk juga dalam kolam senyum lebor suka main air
mama sebenornya takut nak bg aufa msuk kolam tp babah kata boleh je
mama kureng sikit nak mandi2 kat sini sebab bilik air jauh n bilik air ramai org 
mama tak selesa nak tukar2 baju
sudahnya mama tak mandi n sentuh2 air sikit2 je
anak2 lelaki tak mau joint sukaneka
memasing dah excited nak mandi
sudahnya memasing tak bawak hadiah apa2..
bila dah jumpa kawan2 rapat seorang kekanan seorang kekiri seorang kat bawah.. babah ler handle aimy n aufa seorang2 coz kakak tak mau masuk air
berselerak anak2 mama
sementara babah handle aimy n aufa sempatlah mama tengok anak2 staff msuk sukaneka dan staff dpt cabutan bertuah
ramai gak sebab combine MMU melaka n MMU cyber
bila babah dah send aufa kat mama bermula lah episode jaga aufa yg tenaga dia luar biasa
dah mandi n tukar baju pun tak henti2 nak berjalan non stop
mama ingat bila dah mandi penat n tido rupa2nya tak mau tido
kol 12.30 tengahari makan so mama makan dulu 
kemudian turn kakak dgn babah lak makan
time ni lah jenuh nak mencari anak2 lelaki nak ajak makan
itu tugas babah mencari anak2 bujang hahahah
bila jumpa abg hafiz .... tak jumpa abg adam n abg habil
jumpa abg adam n abg habil .... abg hafiz pulak hilang 
adoiiiii.... time ni lah nak naik angin
dah ler pada masa sama mama sakit gigi sobbb...sobbb
kalau ikutkan mama time tu gak nak balik je sebab dah ler panas n aufa tak mau dok diam... 
syukur aimy dengar ckp dah tak mau msk air lagi sebab dah tukar baju
tp disebabkan anak2 lelaki request nak sambung masuk air mama pun mengalah ler.. bagi peluang kat anak2 
kakak husna lak nak tunggu spai cabutan bertuah habis... kol 2.00 sambung balik cabutan bertuah... 
memang mama tak memberi tumpuan sgt pun ... ada gak mama ternampak staff2 ambik hadiah cabutan bertuah
mama heboh dengan aufa dan gigi mama yg sakit sobb...sobbb
tetiba babah ckp mama2 cepat2 dapat hadiah...

tadaaaa...
inilah hadiah luck draw yg pertama hoyehhh
gambar ni diambik jam 2.31pm
tv 48 inci jenama haier full hd model LE48M600
kakak husna senyum lebor suka sebab dpt tv
suka hati mama dpt hadiah pertama terus hilang sakit gigi mama
yg dpt saksikan mama n babah ambik hadiah anak2 ppuan je
anak2 lelaki memasing dah hilang dari pandangan 
nak balik kakak n babah yg kena cari adoiiii
dalam kete lagi riuh sebab nak melayan soalan2 dari anak lelaki n memasing merengek2 tak bagi jual tv
sobbbb....sobbbb...
mama telan pil tahan sakit lega sikit tp masih terasa sakit
terus direct ke PD pulak

ok spai sini je next citer pasal reunion mama kat PD Akar Beach Resort





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya