Langkau ke kandungan utama

Hafiz@pemain terbaik raqbi sentuh Sk Cyberjaya 10.02.2015 - 11.02.2015

As salam
Abg hafiz msk wakil sekolah raqbi sentuh
10.02.2015 hingga 11.02.2015
gula2 hati mama no 2 ni memang aktif bab sukan2 kat sekolah
itulah keistimewaan yg abg hafiz ada
setiap anak2 memang lain minat dan potensi
jadi mama tahu mana kelemahan dan kekuatan abg hafiz
so mama n babah bagi sokongan dan galakan 
tahniah abg hafiz sebab dinobatkan sebagai pemain terbaik daerah sepang
 gambo ni bertarikh 10.02.2015 selasa hari pertama perlawanan
abg hafiz baru habis lawan
mama tengok sekejap je lepas send adam msk sekolah petang
mama singgah sekejap tengok abg hafiz
hafiz terus gi kelas tambahan kol 2-4 sk cyberjaya
lepas tu naik van attend kelas tambahan sekolah agama kat Dengkil
bertahan, bersabar lak nk tuk tahun ni je kena kerja keras sikit
syukur balik dari kelas tambahan sek agama dlm kol 7 abg hafiz bertenaga lagi tuk solat maghrib n isyak kat surau sambil siapkan kerja sekolah 
Insya Allah abg hafiz boleh buat yg terbaik
abg hafiz sarung jersi no 7
memang hafiz nak sgt no 7 tu... sama lak no kegemaran mama no 7
syukur alhamdulillah tiba2 cikgu bg abg hafiz dpt no 7
hafiz kata doa hafiz ALLAH makbul kan :)
 hari ke 2  pada 11.02.2015 hari rabu
demi nak bg sokongan mama sanggup ambik time off 2 jam
nak tengok abg hafiz main 
gambo ni sebelum games start sempatlah mama snap gambor pemain2 raqbi sentuh Sk Cyberjaya 2015
mama sempat tengok abg hafiz main 1 games je
memang abg hebat menyelamatkan pasukan disaat2 akhir dgn keputusan 10-2 lawan sekolah Kota warisan sepang
 hehheeh mama pun tak nak ler lepaskan peluang snap gambor dgn abg hafiz
gambo ni snap masa mama send abg adam kesekolah
mama gi padang sekejap nak tengok abg hafiz
sempat lah snap gambor ni buat kenangan2
dari tahun lepas lagi cikgu dan kawan2 bagi gelaran kat abg hafiz "JELLY BOY"
sebab abg hafiz boleh elak2 cam jelly itu kata hafiz
tak kisah ler nak gelaran apa pun asal gelaran itu tak memalukan
semoga abg success selalu

gambo lagi dengan sebahagian ahli2 pasukan abg hafiz sebab memasing dah penat dah nak ambik gambo pun dah tak ada tenaga.
cop2 lupa lak .. Sk Cyberjaya dpt tempat no 3 di daerah sepang
tp pemain terbaik adalah dari Sk Cyberjaya ...iaitu
AHMAD HAFIZ ADLY BIN MOHD HISHAM 
tahniah abg hafiz
mama n babah proud with u

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...