Langkau ke kandungan utama

Sessi persekolah 2015

As salam
12.01.2015 anak2 dah mula bersekolah
klu ikutkan jadual asal anak2 msk sekolah 05.01.2015 tp disebabkan belah2 pantai timur banjir so persekolahan ditangguhkan 1 minggu

 tahun 2015 4 org anak mama msk sekolah
kakak husna dah tingkatan 2
abg hafiz darjah 6
abg adam darjah 3
abg habil darjah 1
tahun 2015 kakak husna je tak ganti baju cuma beli kasut n stokin baru je
abg hafiz n abg adam beli sepasang setiap satu
cuma abg habil je semua  baru almaklum ler org baru nak msk sekolah
saiz seluar abg hafiz 26
abg adam 24 
tp saiz abg habil 25 huhuuh adik lagi besor dari abg
 sessi bergambor adalah aktiviti wajib setiap kali nk msk sekolah
walaupun guna hp yg cameranya tak canggih asal bergambo
mama lupa nak charge hp mama so gunalah hp yg ada
 memandangkan mama kena simpan cuti tuk aufa
n ramai juga kawan2 mama yg bercuti jadinya mama tak dpt ler nak cuti
babah gantikan mama handle anak2
kredit gambor dari ibu wani yg tengok adam ghazi kat sekolah
sekali tolong mama handle abg habil
kebetulan babah kat sekolah agama handle pasal yuran abg adam
terima kasih kat ibu wani sebab belanja abg habil buah tembikai
abg habil ok je sebab dah 2 tahun sekolah kat Pra masa umur 5 dan 6 tahun
so nampak gaya abg habil tak kekok
cuma soalan abg habil nape cikgu byk ganti2
maksudnya setiap kali lonceng berbunyi cikgu lain yg masuk heheheh
syukur alhamdulillah balik sekolah pun tak jadi masalah boleh urus semuanya sendiri.
petang gi sekolah agama babah kata habil ok 
cuma habil kata sekolah agama makan murah :)
habil cuma mengantuk je kat sekolah agama siap habil tido
lepas tu kawan habil kejutkan habil bila masa rehat
tak pelah mula2 sekolah memang macam tu nanti lama2 akan ok
doa mama moga anak2 mama semua rajin2 gi sekolah n rajin belajar
jadi manusia yg berguna kepada agama bangsa n negara amin...
Selamat bersekolah kepada semua murid2 di SK Cyberjaya SMK Cyberjaya n seluruh Malaysia

Psstt: Menteri pendidikan Malaysia dtg Sk Cyberjaya kol 11 pagi n SMK Cyberjaya kol 1 tengahari !!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...