kaunselor masalah rumah tangga :)

As salam

Adoiii lepas mama post mengenai balik raya dan mama inform setiap tahun hari raya puasa or hari raya haji mama balik rmh m mertua dulu jadi persoalan. Pagi2 mama dh dpt email tanya apa petua apa rahsia boleh setiap kali raya boleh balik rumah m mertua dulu?
heheh x ada rahsia or petua pun..memang secara jujurnya pd awalnya kami bergilir2 tp kesian kat big bos 2 hari seblum raya kena balik n9 tolong apa yg patut lepas tu besok nk raya mlm tu balik sepang 2 hari lepas tu balik semula ke n9 ke tak penat!!
So mama sendiri yg bg cadangan tiap2 tahun raya n9 baik raya puasa or raya haji senang. Lagi pun isteri kan kena ikut suami hehehehhe. Bertuahnya mama sebab ramai adik beradik, ramai abg2 ramai kakak2 ipar so setiap kali raya abg2 n kakak2 dah siapkan semua. mama balik 1 family just relax2 je tak ada buat keje apa2 pun berbanding balik n9.
Setiap org lain caranya klu boleh bawak ler berbincang elok2 dgn pasangan. Mama kira beruntung sebab n9 tak ler jauh mana pun dekat je sebelah negeri selangor.Setiap org lain situasinya ...
Kita sekarang kira bertuah sebab ada kenderaan boleh ulang alik ada jalan raya yg elok walaupun jem kira insha allah ler family dlm keadaan selamat dan selesa. Berbanding time2 org2 terdahulu nak balik kg jenuh naik bas lompat2. x kisah ler kete buruk ke or kete kecik ke kira dah bersyukur keluarga kita tak kena hujan dan panas.
Lagi pun zaman sekarang dah moden ada wassap/message/fb/telegram macam2 lagi ler yg boleh kita berhubung dgn mak, adik beradik, sepupu sepat dan saudara mara.Boleh bincang klu nak berkumpul bersama2 adik beradik.
Kalau pasangan kita jauh cam johor n pulau pinang mama rasa elok gilir2.Klu dah raya puasa kat johor raya haji kat ppinang pulak. Next tukar pulak raya puasa kat ppinang n raya haji kat johor kan molek cam tu !!! klu tak boleh juga tak puas hati boleh buat raya puasa dulu kat pinang lepas tu raya ke johor tahun depan lak raya johor dulu lepas tu raya ppinang. Klu tiap2 tahun nak raya pertama kat johor tiap2 tahun nak raya pertama kat ppinang bak kata org nismilan osah lah memasing ponting an diri sendiri. x dapek den nak nolong doh.. :)
dlm perhubungan suami isteri kena byk berbincang klu tak puas hati bagi tahu klu rasa tak selesa byk saluran yg boleh kita gunakan. Inform melalui message fb ke wassap ke or tulis surat ke dari kita ckp belakang mengenai pasangan kita semata2 benda2 remeh. 
Sebagai pasangan pun kita kena tunjukan contoh yg baik pada anak2. Anak2 akan ikut apa yg kita buat. Takut2nya klu asyik balik belah isteri je next anak2 pun akan ikut balik belah isteri je jadi belah kita tak balik langsung. Cari kata sepakat tuk kebaikan bersama yg penting kedua2 kena redha n ikhlas.
Mama pun byk dpt kan nasihat dari kakak2 n kakak2 ipar mama.Klu kakak2 ipar mama boleh setiap raya kat kg mama nape mama x boleh cam tu ! so mama byk belajar dari permerhatian dan pengalaman kakak2 ipar. Nape kakak2 ipar boleh jaga nenek dgn baik sopan santun lemah lembut dgn mak mertua nape mama tidak ?
Jgn disebabkan benda remeh temeh kita dgn pasangan bergaduh.!




 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya