Langkau ke kandungan utama

CSR Maybank SMKDN Sek Men Keb Dusun Nanding ~ Pelajaran Alam anak2

Assalamualaikum

Pelajaran alam utk anak2 ialah di  program sekolah khas CSR Maybank. 
Ikut babah ada program CSR kat Sek Men Dusun Nanding.Sek khas utk anak2 lembab n anak2 syndrome down.
Babah dptkan 1 gerai utk kakak husna.
Kakak suka sgt dah lama x gi berniaga. Adik2 pun dah sama minat dgn kakak berniaga.


* gula2 hati mama tengah berniaga

Tugas memasing abah dah bagi. 
Kakak handle bahagian brooch dgn camera Polaroid
Abg hafiz handle bahagian air mineral+kotak+100 plus
Abg adam n Abg habil handle bahagian mainan.
Mama handle aimy n aufa.
Syukur alhamdulillah air abg hafiz laku sgt lelagi air mineral habis semua... tahniah abg hafiz.
Bahagian kakak brooch dgn Polaroid pun ramai yg serbu terutama pelajar2 ppuan n cikgu2 ppuan.
Bahagian abg adam n abg habil pun ramai gak anak2 cikgu n anak staff maybank yg serbu.
Overall tahniah dari mama n babah.
Babah dan sibuk handle program.Sambil2 berniaga ada persembahan dari pelajar2 khas nasyid dan bacaan alquran dari pelajar lembab dan tarian dari pelajar syndrome down.  
Ceramah dari Imam muda 
Start kol 7.30 habis kol 1.00ptg.
Berhenti sekejap di masjid tuk solat zuhur n kakak nak bersiap ada hi tea kat hotel IOI under pengawas SMKC.
On do way balik cyber hantar kakak dulu.

Pelajaran alam
*Anak2 mama berasa bersyukur sebab dianugerahkan ALLAH dengan sempurna tubuh dan badan n otak yg sihat.
*Anak2 dengan sendirinya berasa hairan pelajar2 syndrome down dan pelajar2 lembab boleh mengaji boleh menghafal dan berani membuat persembahan seperti kanak2 normal. Jadi anak2 mama boleh fikirkan tentunya pelajar2 yg normal  boleh buat lagi baik jika belajar bersungguh2 dan fokus.
*Twist hati2 anak2 mama bila tengok je pelajar2 khas berasa simpati.
*Belajar beradab dgn org ramai.. bila pelanggan dtg kegerai ucapkan salam, bila pelanggan bagi duit ucapkan terima kasih.
*Beradab dgn sabahat2 babah, bila jumpa org yg lebih tua hendak lah salam.
*Belajar kira2 pulangkan baki pelanggan
*Bertanggung jawab dan bersatu hati menyediakan barangan jualan setup gerai dan mengemas barang2 berniaga dan sama2 angkat barang jualan.

Semoga pelajaran n tunjuk ajar mama dan babah berguna utk dimasa akan datang.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...