Adam oh Adam & habil oh habil ~ kuku kaki part 2


Assalamualaikum
Sambung balik kes kuku habil... kuku kakinya sipi je nak tercabut habis ..doktor ckp kuku tu akan tertanggal sendiri tp dah msk 3 hari kuku tu tak mau lak tanggal2. Nak dijadikan citer hari ahad time tu babah n kakak husna tak ada sebab babab sibuk handle nak beli barang utk hari keusahawan. Dlm kol 6.30petang tiba2 mama dengar habil menangis meraung sekuat hati. Adoiiii time2 babah tak ada kat rumah time tu ler habil meraung sekuat hati. Mama pun apa lagi cuak ler bila dengar anak meraung rupany2 kaki habil kawan dia tak sengaja pijak. Adoiiiii berdarah lagi menitik2 ting tong kejap kepala mama. Menangis lah habil sekuat2nya sampai suara tak ada, lagi ler gamat rumah aimy pun sama gak menangis ...makcik seorang ni bila org nangis dia pun sama nangis. Mama pun pujuk ler pelan2 bg air supaya lega sikit, mama nak lap darah habil tak bagi. Mama terus call babab... kuatkan speaker bila dengar suara babah je habil pun mula reda menangis... tup2 nengok dah tertido dgn baju n seluar kotor dgn kaki yg tak serupa kaki kotor gak.
Dlm kol 7.15 babah n kakak sampai... lega hati mama sebab bila babah ada kat rumah sikit sebanyak boleh kawal keadaan.
Lepas maghrib je tiba2 abg adam mengadu mata dia gatal sesangat... mama pun tengok ler adehhh mata abg adam bengkak merah .... mlm tu gak babah bawak abg adam n habil ke klinik ibu sinar. Bila sampai rumah je dua2 dpt MC 2 hari (isnin n selasa). Nengok habil cam baru nangis..rupany2 kuku kaki dia dah tercabut tu sebab berdarah byk.. lepas tu lak dah bernanah so kena cuci... meraung sungguh2 sampai 3 org handle babah n 2 nurse. Babah kata sampai sakit pinggan sebab tenaga habil kuat sesangat.Elok ler dua2 dpt MC so senang mama nak tinggalkan kat rumah sebab ada abg adam. 
Mata abg adam bengkak sebab abg adam sensitif dgn habuk2 n benda2 kotor. Sebenornya abg adam ni bkn jenis out door abg adam jenis in door tp disebabkan semua adik beradik main kat luar dia pun nak main gak kat luar so kena habuk or tak cuci tangan dah gosok mata so bengkak lah mata. Abg adam ni memang kerap sesangat bengkak mata lain pesen sikit abg adam ni.

gambor buat kenangan2
 *kan dah kena balut

 *dgn muka2 sekali jadi sembab effect mata bengkak



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Hafiz@Bacaan Yasin n solat berjemaat PSRA Sek Agama Dato Ahmad Razali

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL