Langkau ke kandungan utama

28/9/2013 Rumah anak yatim Sentuhan Budi Jalan Ipoh KL

Assalamualaikum
Mood berblog dah kembali ... nak update bln sept 2013 punya citer. Pd 28/09/2013 Maybank HQ ada buat aktiviti ke rumah anak yatim sentuhan budi jalan ipoh KL.Sepatutnya babah je gi tp disebabkan anak2 tak pernah gi rumah anak yatim so abah ajak semua termasuk ler mama. Mama gagahkan juga lah sebab seawal kol 5.00pg nak kena bangun n kena berkumpul kol 7.30pagi. Babah kata kena keluar awal sebab tak tau rumah anak yatim tu kat mana. Jadi anak2 semua kena bangun awal bersiap. Mama dah siapkan baju anak2 awal2 beg aimy pun mama dah siapkan. Anak2 mama tinggal pakai je n terus msk kete dan jalan.Aimy je tak mandi sebab masih tido.
Aktiviti kat rumah anak yatim sentuhan budi cam biasa kemas rumah, bersihkan habuk2, ada aktiviti bersama anak yatim main games... lepas tu ada ceramah dari imam muda musim satu tapi mama lupa ler nama imam muda tu :)
Last sekali cam biasa ada sessi penyampian hadiah dan buah tangan utk anak2 sentuhan budi. Maybank bg sumbangan laptop klu tak silap mama 5 buah. Mama ni ikut je lebih tak buat kerja apa pun jadi pemerhati je dlm pada masa yg sama mama handle aimy yg berjalan non stop terasa diri bebas boleh kesana kemari. Bkn apa ramai org memasing sibuk buat kerja dah ler aimy tu comei je orgnya tak pasal2 karang terlanggar or termasuk dlm longkang  kebetulan kawan abah tengah bersihkan longkak tak ke naya.
Cam biasa meh layan gambor2 yg sempat mama snap.... gambor pun tak byk sebab time nak ambik gambor je aimy mesti nak rampas hp mama.


 *aimy dgn kakak kat depan surau R&R  lepas solat subuh n lepas aimy mandi

 *kakak husna dgn salah seorang anak penjaga anak yatim ..nama bby ni hanif heheh 
sama cam nama abg adam hanif

 
 *ini lah banner rumah sentuhan budi

 *aimy pun rajin tolong menyapu

 *susah nak lepaskan penyapu ni

 
 *abg hafiz  n abg habil tolong babah cuci kipas.
abg adam tolong sapu sampah n habuk2

 *ini lah dia imam muda musim pertama

 *nasihat dari imam muda ni bila dengar rasa insaf sesangat
 
*memasing memberi tumpuan ceramah dari imam muda
mama kat belakang sekali tak leh nak duduk kat bawah mama istimewa sikit dok kat kerusi :P


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...