11/10/2013 Happy birthday Mis Aimy Humaira

Assalamualaikum
Happy birthday Mis Aimy Humaira turn 2.. jap je kan Aimy dah 2 tahun insyallah tahun depan dah nak dpt adik dah :). Insyallah kita sambut birthday kat kg ahad ni ye! mak usu n wak midah akan prepare besday Aimy sekali dgn besday kakak anis *advance besday n buat majlis makan2 sempena kakak anis dpt cuti dari PLKN.
Mama selalu berdoa moga anak mama jadi anak soleha berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aimy dah 2 tahun dan cam bdk besar dah... dah boleh main kat taman sendiri, dah leh buat semua benda sendiri. Aimy dah tak nak makan kat pinggan plastik semua nak ikut cam kakak husna. Yang mama tak sangka Aimy dah pandai pakai seluar sendiri ...mulut pun boleh tahan berceloteh n byk tanya. Aimy ada kakak n ramai abg2 so Aimy cepat belajar... dah boleh menyanyi n dah boleh baca doa makan n doa tido.Klu bab nyanyi abg hafiz yg ajar, klu bab baca doa makan abg habil, bab baca doa tido abg adam yg ajar. Kakak husna lak ajar bab dlm bilik air.Ha!...Aimy pun dah pandai gosok gigi sendiri, klu nak mandi wajib basuh kepala bubuh syampu berendam dlm besen n kena bubuh sabun dlm air bg byk buih.... itu kakak husna yg ajar. Satu lagi bab suka main bola tu abg2 yg ajar. 
Bab baju pun dah pandai nak pilih sendiri, kadang baju lain seluar lain warna.... kadang suka pakai baju abg habil baju bola. Mama ikut jelah.... dah malas nak tegah2..klu tak meraung tak sudah2.Tengok mood Aimy kadang nak ikan rambut kadang tak nak.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Hafiz@Bacaan Yasin n solat berjemaat PSRA Sek Agama Dato Ahmad Razali

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL