Langkau ke kandungan utama

Party birthday Adam Hanif kat Fraser Hill part1

Assalamualaikum

Seperti yg dijanjikan sempena family day lab staff foe bg tahun 2013 so tumpang sekali besday party utk adam yg ke 7. Seawal kol 10 pagi kami semua dah berkumpul kat depan FOE dan sebanyak 13 buah kereta berkonvoi ke Fraser Hill.Kali ke 2 utk mama, babah dan kakak husna ke Fraser Hill dan kali PERTAMA utk abg hafiz, abg adam, abg habil dan aimy sampai ke Fraser. Perjalanan yg amat mengerunkan dan menakutkan sebab jalan mendaki yg bengkang bengkok dan kiri kanan jalan hanya pokok2 hutan. Sebelum jumpa jalan bengkang bengkok tu hapy sebab permandangan cantik menghijau lelagi bila jumpa empangan air lepas tu jumpa air terjun chiling. Babah bawak kete pelan2 takut kat depan ada kete lain, so sambil2 tu menikmati permandangan pokok2 hijau yg segar2, sekurang2nya ini adalah salah satu terapi untuk kesihatan mata.
Kol 4.20petang kami sekeluarga and the geng sampai kat Resort TM kat Fraser Hill. Lepas memasing check in dan rehat utk melepas kan penat kami semua kena turun utk aktiviti petang kol 5. Memandangkan hujan turun dengan lebat so aktiviti pedajal kawan2 di batalkan. Meh ler layan gambor masa aktiviti petang

 makan magie paling laju

 *mama msk acara minum coke paling laju so kakak ditugaskan jaga adik

 *makan aiskrim pulak

 *makan coklat ..seksa sebab melekat2 kat gigi

*ya ampun!!! gas keluar kat hidung perit sungguh!!!

Lepas habis acara memperkenakan kawan2... semua balik bilik masing2 n jumpa lepas solat maghrib.Lebih kurang kol 8.00 kami semua berkumpul utk menyambut besday adam dan ada beberapa aktiviti memperkenakan kawan2 lagi sambil2 tu makan bbq.

Meh layan pulak gambar2 besday party adam 
 
*kek request dari adam MU FC

 *terima kasih kat mieza sebab buatkan kek special utk adam siap service tip top

 *bdk baju hitam tu pun excited gak nak tiup lilin
 
 *muka suka sebab nak tiup lilin...cepat!! angin kat luar tu kuat sgt....

*tang ambik gambar ni WAJIB ok!!!!  klu tak mama tak mau makan hahahahahah 

 *request dari adam nak topi tuk kawan2

 *juga nak goodies

 *adam dpt hadiah dari geng2 JJCM FOE terima kasih semua!!!

*muka bdk puas hati !!! sayang abg adam

ok memandangkan mama update time kelam kabut ni so nanti bila mama ada masa mama sambung balik ye!





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...