Hiba

Assalamualaikum

Semalam 11/12/2012 Aimy genap 1 tahun 2 bln, hari ni hari pertama Aimy mama send ke rumah cik NOR. Atas nasihat doktor mama dah tak send Aimy lagi ke cece sebab Aimy kerap demam + batuk dan selesama. Antibodi Aimy tak kuat cam kakak n abg2 so jalan terbaik keluarkan Aimy dari cece.
Pagi tadi kol 8 mama send Aimy dgn kakak husna n abg habil adehhh... Aimy meraung tp mama kuatkan semangat n tak pandang belakang pun terus mama gi keje (dlm pada yg sama kakak husna muka dah sedih ..mlm td siap melelehkan air mata bila mama kata besok nak send adik kat rumah cik Nor.).Pagi ni mama tak panaskan pun enjin kereta terus je mama gi tempat kerja. Sobb...sobb smpai parking FOE mama termenung sekejap nak tenangkan fikiran sambil mama dengar radio huhuhuhu.
Reason mama hantar Aimy awal supaya :

  1. Aimy dapat biasakan diri
  2. Tidak menyusahkan cik Nor bila bln Januari nanti (bila Januari nak send sure Aimy melalak2 je sekurang2nya bila time skrg ni ada anak2 cik Nor boleh agah2 ajak main)
  3. Bagi kakak husna, abg hafiz, abg adam n abg habil ketenangan so tak gaduh2 antara satu sama lain nak take adik aimy.
  4. Bagi kakak rehat sebab penat handle adam, habil n aimy
Harap2 Aimy ok kat rumah cik Nor.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Hafiz@Bacaan Yasin n solat berjemaat PSRA Sek Agama Dato Ahmad Razali

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL