Langkau ke kandungan utama

cam nilah perasaan bila anak gi berkhemah

Assalamualaikum

Huwaaaa.... jam dah kol 12.05mlm mata mama tak leh nak lelap teringatkan kakak husna kat sek. Hari ni kakak husna ada perkhemahan kat sek. Adehh pertama kali kakak husna gi khemah n pertama kali mama kakak berpisah dgn family (berpisah sendiri tanpa mama babah or adik beradik lain). Kakak dah makan ke? kakak tido dgn sapa? tido kat mana (khemah or kat kelas sebab hujan dari kol 3 sampai mlm ni tak henti2)? kakak ok ke? tido kol bape? kakak tido lena ke? huhuh macam2 soalan dlm pala mama. Babah kat sebelah mama ni relax je, mama gak terkebil2 ingatkan kakak.Boleh ke kakak tido tanpa bantal oren dia? boleh ke kakak bangun awal huhuhuh.
Kol 2.30 petang td mama, babah, abg hafiz, abg adam, habil n aimy send kakak kat sekolah, Anak2 mama yg lain memasing dlm hati ada taman lelagi abg adam (mama! adam rasa cam nak nangis je tinggalkan kakak kat sek!) ingat adam je ke? mama pun sama !!!!!
Semalam mama ambik time off semata2 nak gi dengkil beli tshirt n seluar track kakak, dari kol 3 samapi kol 5.30petang, tu lah penangan bila dah ada anak dara citarasa dah tak sama dgn citarasa mama. Malam lak keluar lagi sebab nak cari tudung warna hitam, kat dengkil tak ada so kena gi warta bangi, dari satu kedai kesatu kedai syukur last2 dpt gak. Kakak nak berkhemah kat sekolah je bkn nk gi jalan2 huhuhu risau mama takut tak ckp baju n seluar sebab kan skrg musim hujan. Td sebelum gi sempat kakak makan cheese tat yg mama order dari kawan mama khas utk kakak sebab mama tahu kakak suka sgt makan cheese tat. Itu pun mama paksa makan klu tak emmm sure tak nak makan sebab excited sgt nak gi berkhemah. Bab makan  nasi pun kena paksa gak klu tidak di paksa confirm 100% nasi tak di jamahnya. Macam nilah perasaan NENEK agaknya bila nak berpisah dgn mama dulu (maksud mama klu mama nak kemana2 tido rumah abg ke rumah kakak ke or masa mama msk asrama masa tingkatan 4-5 n masa mama kat poly n bila mama kawin dgn babah).Tak dpt mama nak bayangkan perasaan tu!!!!!
Mama harap kakak selamat kat sek n kakak dpt menimba pengalaman. Insyallah mama upload gambor kakak n kawan2. Mlm ni tak sempat sebab mama lupa bawak card reader. Cop2 habil asyik tanya kakak je !bila kakak nak balik...bila kakak nk balik  last2 tido sendiri hihihihih klu kakak ada bergaduh je bila kakak tak ada asyik tanya.
oklah dah mata mama tak leh nak lelap mama nak sambung lipat kain yg berbakul2.

seperti yg dijanjikan 07/11/2012 baru mama sempat nak upload gambor kakak.

*sebelum gi kena makan aiskrim malaysia dulu

*muka happy nak gi camping

*adik2 pun nak posing gak hantar kakak sampai sekolah

*mamat pakai baju biru ni sebenornya sedih ahhahaha

*jumpa kawan kakak mimi namanya

* tak habis2 senyum!!!

*kakak dgn kawan2


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...