Langkau ke kandungan utama

First day sekolah dlm tahun 2012


Assalamualaikum

Selamat datang 2012 ini bermakna bertambah 1 angka lagi. Kakak Husna dah msk darjah 5 n abg Hafiz darjah 3, manakala Adam Hanif dah 6 tahun , Gogon mama aka Habil dah 4 tahun kejap je masa berlalu. Tiap2 tahun ayat mama bila msk tahun baru "KEJAP JE MASA BERLALU " heheheheh.

Hari ni juga hari pertama sekolah dlm tahun 2012, anak2 mama Husna n Hafiz dgn pergi sekolah semua serba baru dari pakaian, kasut , stokin, beg dan buku2. Syukur alhamduliallah mama dpt sediakan semua kelengkapan walaupun dengan budget yg sederhana. Adam Hanif cam tahun lepas mama still letak kat sekolah lama iaitu CECE SRI PERDANA, adam dpt gak ler beg baru, kasut baru n stokin baru. Ahmad Habil pun sama gak still kat CECE SRI PERDANA sudah pastinya beg baru, stokin baru dan kasut sekolah baru pun habil dpt.Moga anak2 mama ada semangat nak gi sekolah utk menimba ilmu. Moga jadi anak yg berguna kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Mama ingatkan bila mama tak ada anak utk tahun ni yg msk darjah 1 mama tak perlu lah risau or pening pala nak memujuk dan bagi semangat tp benda ni pagi tadi mama alami juga. Mama memerlukan emosi yg kuat kesabaran yg tinggi juga memerlukan tenaga yg kuat utk melawan kerenah serangan dan desakan dari AHMAD HABIL BIN MOHD HISHAM. Habil pagi2 dah bangun awal dan dgn sendiri nya gi bilik air.Heran mama bkn kakak husna n abg hafiz yg bersemangat nak gi sekolah tapi Ahmad Habil yg beriyer2 nak gi sekolah. Pagi2 dah berebut baju, seluar , stokin , tali leher n kasut siap meraung sekuat2 hati sampaikan Aimy terbangun. Satu kerja mama nak cari baju2 lama abg hafiz nasib ler ada seluar dan baju lama. Bila dah mama pakaikan baju sekolah siap berstokin dan berkasut bagai terus habil gi minum n makan roti mama ingatkan habil nak gi cece rupa2nya habil nak gi sekolah kakak. Waduhhh satu perkara lagi yg buat mama perlu sabar ialah habil tak mau gi CECE.

Time babah nak send kakak n abg , habil pun org pertama yg keluar rumah siap dgn beg sekolah angry bird dia lepas tu siap baling botol susu dia dgn alasan dia dah besor tak minum susu kat sekolah.Nak tak nak babah pun bwak ler sekali habil yg babah tak sangka memang betul2 habil nak ikut kakak n abg siap nak turun sekali so babah tak bagi apa lagi ler ahmad habil pun nangis ler syukur babah sempat perasan habil bukak pintu kete klu ler tak perasan sure habil dah jatuh dari kete.

Sampai rumah menangis2 tak sudah2 pujuk dgn aiskrim n terus mama send kat cece emmm sama gak kat sana pun melalak. Lepas send abg adam n send adik aimy mama pujuk habil pelan2 siap mama bwkan aiskirm milo pelan2 habil gi sekolah walaupun kat muka penuh dgn air mata. Kesian habil bersemangat sungguh nak gi sekolah. Tunggu ye sayanggg lagi 3 thn lagi ye habil leh sekolah .



*nengok kat tangan ada RM siap mintak kat babah


*penuh semangat nak gi school tp akhirnya kena send kat cece gak!


Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
comelnya adikkkkk:):)
huhu comei memang commeii kak..klu dah melalak 1 apartment dah tahu tu ahmad habil nangis
Kazman / Sue berkata…
semangat anak2x jangan di padammm....

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...