Langkau ke kandungan utama

Cengkelak a.k.a terkehel

Assalamualaikum

Minggu lepas mama EL 2 hari dari 26hb-27hb dan ambik 1/2 day pada 25hb sebab apa? sebab gara2 Aimy terkehel bak kata org jawa cengkelak, waduhhh cam mana leh jadi cam tu??? jawapanya biar lah rahsia .........tp yg penting bkn mama yg buat ye!!!. Bila dah terkehel bahu aimy so aimy pun kerap lah mendendangkan lagu2 merdu2 dari rentak balada ganti ke rentak pop dan lama sgt menyanyi tukar lak rentak ROCK huhuhu kesian anak mama.Bila dah start rentak ROCK jadi sapa2 yg dengar pun akan rasa tak keruan. Ni bkn citer pasal AJL mlm tadi Awan Nano menang tp pasal Aimy terkehel bahunya sapa yg buat??????? tanya sama pokok

Dukung salah, riba salah, kiri salah kanan salah asyik merengek je, tido kejap2 jaga bila nak mengeliat mulalah dendangan lagu bermula sebab sakit..dah lah sakit bahu batuk lak pulak anak mama ni, makin byk rentak ler alunan suara aimy . Mama call tukang urut dia free petang khamis je, pada awalnya mama ingat nak gi ke rumah tukang urut kat dengkil tp bila pikir2 balik nak angkut 5 org askar drive sendiri dgn aimy yg tak henti2 merengek n kejap2 menyanyi dan mama pun kena cari rumah tukang urut tu jadi terus mama batalkan hasrat tu n terus mintak tukang urut tu dtg ke rumah. Ialah kan kita yg nak perkhidmatan so kita kenalah ikut time tukang urut tu so last2 petang kol 5.45 baru lah tukang urut tu datang. Jadi nak tak nak mama kenalah malayan ragam dan hati mama pun turut gak nak menyanyi sama dgn aimy..ialah kan normal lah bila ada anak kecik klu bab tak ckp tido bab tak ckp rehat bab tension bab sedih bab hiba dan bermacam2 bab lagi adalah normal bak kata pepatah melayu 'ALA BISA TEGAL BIASA' lelagi bila tengok anak merengek hati mama pun turut gak tak keruan susah hati dan ada masanya mama pun turut gak menyanyi sama sobbb....sobbb...

Cam biasa snap gambar adalah tabiat mama utk disimpan sebagai kenang2an Insyallah boleh anak2 mama tengok.

*aimy kena urut see still menangis


*kasih seorang kakak rasa kesian nengok adik, gambar bergetar bgitu juga getaran di hati mama


*see mata,kening n hidung merah tahan sakit bila kena urut sobb..sobb

Ulasan

Kazman / Sue berkata…
mis.... berapa lama kau tak update ni mis... lama dah aku tgk entri ni... heee3x.... nanti pi kelantan dgn cameron highland kasi update yee...
tu lwe lama sgt aku tak update blog ni huhuh..

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...