Langkau ke kandungan utama

Adam Hanif dpt msk Pra Sekolah Cyberjaya


Assalamualaikum





Mlm td babah dpt call dari cikgu Zuraidah yg pra sekolah ada kekosongan so nak offer kat Adam Hanif. Emmm mama mengeluh baru je bayar yuran Adam kat cece cam mana ni? babah n mama tanya dan berbincang dgn adam so adam kata dia nak gi Pra sekolah, alasan kawan2 kata adam kata semalam kat sekolah prasekolah best! makan sedap! kawan2 ramai!...ialahkan tempat baru sure best nanti lama2 adam boring kata mama mencelah heheheheh...

Dgn kuasa VETO babah kata send ler adam kat pra sekolah so tiap2 bulan dah jimat RM 180.00 cuma bayar prasekolah RM 10 je lepas tu lak dah jimat bayar yuran cece RM 780.00 cuma bayar kat prasekolah RM 100 je. Mama sebenarnya berbelah bahagi tapi tak pelah kuasa VETO babah lagi kuat n adam pun cam beriyer2 sgt nak gi prasekolah. Semalam masa babah ambik adam kat cece kol 12.30 babah kata muka adam monyok je sebab adam jumpa kawan2 transit dari prasekolah macam2 kawan2 citer tu yg semalam beriyer2 benor nak sekolah prasekolah tapi mama buat tak layan je.

Dah rezeki adam mlm td dpt call dari cikgu n pagi ni mama n babah send adam ke prasekolah. Dlm kete adam kata adam malu nak gi prasekolah ...mulalah mama buat muka kata nak sgt gi prasekolah bila dah sampai adam malu lak huhuhuh. Sebenornya adam tak jumpa lagi kawan2 lama masa kat cece, tup2 bila sampai kat prasekolah org pertama adam adalah NANI so adam terus senyum dah jumpa kawan masa kat cece.

Mama tak mau adam berubah fikiran mama n babah pun tinggalkan adam dgn cikgu Zuraidah, nampak adam tak toleh2 kat mama or babah terus jalan ikut cikgu. Tapi tadi mama pesan nanti kol 12 babah ambik adam naik motor, so adam tunggu babah kat tempat tunggu bas.Harap2 adam tak berubah fikiran lah nak school kat cece klu nak balik ke cece pun boleh gak tapi comfirm babah frust sebab babah cuti ari ni semata2 nak send adam ke prasekolah :)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...