Langkau ke kandungan utama

Bermalam di Al-Zahrah


Assalamualaikum

Seperti yg telah mama janjikan tempohari mama nak sambung coretan 1 family bermalam di Al-Zahrah bersama org baru. Dulu kami berenam skrg dah bertujuh heheh tul ke ada perkataanbertujuh'? belasah jelah asal paham heheheh.

Sebelum mama dan org baru aka baby dibenarkan balik mama kena tahan ward dulu so anak2 mama yg lain termasuk babah kena bermalam kat ward. Reason why nak bagi mama rehat secukupnya dan doc nak tengok keadaan bby sama ada dah berak ke lom klu dah berak baru baby dibenarkan balik.Demi kasih babah kat mama (ceh wahh) babah tak sampai hati nak tinggalkan mama seorang2 kat ward, walaupun nurse boleh handle mama if kalau mama nak mintak apa2 pertolongan just tekan butang je. Mama kesian kat anak2 yg nak sekolah tp babah berkeras gak nak bermalam kat ward sebab babah kata senang dia uruskan if ada apa2 masalah. So cam biasa Al-Zahrah bagai rumah no 2 kami sekeluarga, babah angkut baju, kasut n beg anak2 siap angkut toto selimut dan bantal busuk anak2.

Org pertama yg palinggggggggg suka palingggggg happy dan palinggg ceria adalah kakak husna sebab dia dpt adik ppuan. Abg Hafiz n Abg Adam suka juga siap nak sayang2 adik , tp Habil cam tak ada perasaan langsung heran kot cam mana mama leh ada adik baru heheheh.Lepas makan malam mama pesan kat anak2 mama tidur awal sebab besok nak gi sekolah n besok insyallah boleh ambik mama balik rumah. Mlm mama x dpt tido entah mata ni kenapa lak tetiba tak mau lelap agaknya sebab mama dah tido tadi kot. Babah pun sama gak tak leh tido layan FB je tak henti2 reply FB happy dpt anak ppuan. Akhirnya kol 3 pagi babah dah berdengkur heheheh mata mama gak still gagah ...nak layan tv dah habis siaran akhirnya mama lelap gak mata rasa2nya dlm kol 4 kot !


*kakak yg paling excited

*kakak husna, abg hafiz n abg adam suka dpt jumpa adik, habil bermain dgn dunia dia sendiri


*Empat2 dah tido lena dgn bantal busuk masing2 kakak husna dah berselumbung dgn sponge box



*cak!! baby pun nak tido sama gak









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...