welcome to Mis Aimy Humaira bt Mohd Hisham
Assalamualaikum
Syukur kehadrat ALLAH S.W.T mama selamat bersalinkan anak mama no 5 yg diberi nama MIS AIMY HUMAIRA pada 11/10/2011, berat 2.35kg,jam 5.21petang di Pusat Rawatan Islam Al-Zahrah Bangi. Baby comei mama ni keluar genap2 minggu ke 36, dah tak sabor2 nak keluar sgt dah!!!..ok meh mama imbas kembali pada 11/10/2011 sebelum kelahiran Mis Aimy Humaira. Coretan ini adalah khas utk anak2 mama, bila anak2 mama baca so tahu betapa besarnya pengorbanan seorang emak dan betapa kasih sayang mama pada anak2 mama.
Mama tak lena nak tido kejap2 mama terbangun tak selesa nak tido, mengereng kekanan salahnak kekiri pun salah nak terlentang lagi ler salah. Kejap mama tido kat kerusi rehat kejap mama tido sebelah habil kejap mama tido kat bilik semuanya serba tak kena, perut mama kejap2 mengeras mama rasa tak selesa sangat. Mama pujuk hati tak mungkin mama nak bersalin lagi sebab tak keluar tanda2 lagi.
Mama bangun gak nak prepare baju2 utk habil n adam, juga baju sekolah kakak husna n abg hafiz.Lepas tu mama msk kan kain2 kotor dlm mesin basuh, masak air walaupun mama rasa cam tak larat sgt tp mama kuatkan semangat d
an buat keje perlahan2.
Mama kejutkan kakak husna n abg hafiz bersiap utk kesekolah. Mama mintak maaf sebab tak larat nak buat sarapan cuma mama dpt buatkan air milo je. So kakak husna n abg hafiz cuma sarapan milo n roti sahaja. Mama dpt rasakan cam mama nak bersalin ari ni je. So mama dah pesan awal2 kat husna klu mama bersalin ari ni husna duduk rumah ibu wani.
7.30 pagi
Mama rasa berat sgt badan mama ni, kekerapan perut mengeras makin kerap waduhhh mama baring, so adam n habil babah handle mandikan, pakaikan baju n sarapan terus babah send ke CECE. Mama ckp dgn babah ari ni tak yah kejelah send mama gi Zahrah sebab rasanya masanya dah tiba.Sementara babah send adam n habil kat rumah mama kuatkan semangat kemas2 rumah, bungkus sampah, keluarkan kain dlm mesin n msk kan kain lagi. Sempat lah mama jemur kain dan sapu sampah mama buat pelan2 bkn apa nanti klu mama bersalin CONFIRM n SURE dlm tong sampah byk sampah n dlm bakul kain tak jemur n kain tak basuh lagi nanti buat mama tension.
9.00 pagi
Mama sebenarnya teringin nak makan mee hoon sup kat bus stand n kebetulan babah pun belum sarapan so singgah lah sekejap isi perut kat bus stand.Tu lah kan klu teringin mesti tak dpt kedai mee hoon sup tu tutup lak huhuhuh. Jadi mama makan kuih jelah dgn teh tarik je, babah lak makan nasi goreng campur dgn mee hoon goreng n adalah campur sikit sambal. Kebetulan pulak babah nampak petly kawan mama so ajak dia joint makan sekali. Tak lama kemudian enggineer mama n hamdi dtg, selang beberapa minit kwn mama kerul, samsul n fizi pun dtg so mereka semua joint sarapan dgn mama n babah. Huhuhuh masa ni mama menahan contraction sampai ketap2 bibir mama sampai mama berpeluh2, dlm hati bila lah babah nak habis makan huhuhuh.Mama still leh tahan sebab rasa segan lak klu kwn2 mama tahu hehehhe. Tak tahu lah kwn2 mama ni perasan ke idak yg mama tengah menahan sakit. Sambil2 tu Petly citer yg mak dia msk spital kat Serdang, kak sal (kwn mama) dah bersalin semalam 10/10/2011 kat spital serdang dpt bby boy.
10.00 pagi
Mama sampai kat Al-Zahrah Bangi.terus nurse mengarahkan mama ke tingkat 3 tuk buat CTG. pehh buat CTG lagi waduhhh ini kali ke 5 mama buat CTG. Contraction mama tidak menentu dari buat CTG utk 10 minit jadi 30 minit!!!! so mak bidan nak check kat bawah *paham2 jelah. Sah!!! dah bukak 3cm , so nurse pun interview mama." Puan ini anak no berapa"? mama pun jawab " anak no 5". Nurse tengok card merah mama nurse ckp ni baru 36 minggu, ni kena refer
kat doc pakar Dr Noraini ni! Klu anak no 5 dan skrg dah 3cm ni cepat bukak dah boleh bersalin ari ni gak ni. Waduhh dlm pala mama ni dah flash back memory lama masa bersalin anak2 yg lepas. Perut mama memulas2 dgn sakit contraction dgn sakit cam rasa nak berak ya ALLAH macam2 mama fikir.Dgn masalah tak ada bilik kosong kat zahrah dgn masalah nak msk kena bayar RM dulu sebab procedure MMU skrang kena bayar dulu baru claim. Syukur semuanya dpt di selesaikan, dah rezeki Aimy tiba2 ada pesakit keluar so mama dpt lah 1 bilik nama bilik tu AISHA.
12.00 tengahari
Mama check in bilik AISHA, terus2 dtg 2 org nurse mintak mama salin baju, coz nurse nak msk kan 2 tiup cecair utk bg mama berak.Masa ni contaction mama terasa makin sakit tp mama masih leh tahan lagi sebab contaraction tu kejap ada kejap hilang. Tak sempat mama nak rehat dtg lagi 2 nurse tu dgn senyuman manis mintak mama get ready sebab nurse nak cucuk DEXA kat punggung mama utk 1 dos. uikk mama heran persal nak cucuk DEXA? nurse inform sebab kandungan mama baru genap 36 minggu.Doc Noraini mintak Puan dapatkan cucuk DEXA utk 1 dos shj. huhuhuh dlm hati mama 1 dos pun dah sakit, nak tak nak mama kena hadapilah utk menerima cucukan DEXA.
12.45 tenghari
Belum sakit perit DEXA ni nak reda nurse 2 org tu dtg lagi! 'Puan doc mintak puan msk bilik bersalin kat tingkat 1 skrg! uikk nape cepat sgt ?soalan mama. Sebab puan nak bersalin anak no 5 so kebarangkalian utk bukak cepat, lagi pun td dah bukak 3cm. Masa ni lah mama lambat2 nak pakai tudung lambat2kan diri nak berjalan sebab hormon aderelin dah mengalir.
1.00 tengahari
Berdegup kencang jantung mama bila msk bilik bersalin, kat depan pintu je mama dah dengar bacaan surah2 pendek dan zikir yg nurse pasang.klu bolehkan mama tak mau tengok sekeliling sebab kiri kanan ada peralatan cam gunting, pisau dan macam2 lagi ler mama nak terangkan pun susah. Klu boleh mama nak pejam kan mata je n mintak babah pimpin mama. Nurse mintak mama naik atas katil dan baring selesakan diri sebab nurse nak cucuk utk masukan air(ubat utk mempercepatkan contraction *cucuk lagi!!!!).Babah mintak mama cool dan baca doa byk2 tp dlm saat2 cam ni klu boleh mama nak selubung je dgn selimut. Babah perasan mama mengigil mama rasa badan mama sejuk, nurse pun perasan siap nurse ckp aircond 28 darjah je pd sy ni dah panas huhuhuh. Takut sebab kena cucuk utk msk kan ubat kat tangan :)Dalam pala mama ni pun risaukan anak2 sapalah nak ambik husna n aiman kat sekolah, hafiz mama tak risau sgt sebab ibu wani ada boleh tlg ambikan. So mama mintak babah balik ambik husna n aiman dari sekolah lepas tu lak ambik hafiz kat rumah ibu ambik adam n habil kat cece. Mama pesan mintak husna siap2kan baju adik2 n bawak sekali aiman ke Zahrah. Time ni gak ler mama teringat kan mak mama (nenek) huuhuhuh sedih2 .
1.45 petang
Nurse tlg mama ambik air solat guna spray,ambik yg wajib je, lepas tu tlg mama pakai kan telekung sebab tangan kanan mama dah kena mskan ubat. So mama pun solat lah cara org sakit kat atas katil seorang2.
2.15 petang
Contraction makin sakit huhuhu kejap ada kejap hilang.
2.55 petang
Babah sampai, anak2 semua babah letakan kat ward n babah dah siapkan air n makanan kat
ward.
3.20 petang
Contraction makinnnnnnnnnnnnnnnn sakit kejap ada kejap hilang mama pun dah merengek tak tahan. Babah mintak mama baca doa 'LA ILA HAILA ANTA SUBHANAKA INI KUNTUMINAL LZOLIMIN' time hilang contaction lega hati tp time tengah sakit hanya ALLAH je yg tahu. Bagus nurse kat Zahrah ni dia byk bagi dorongan kat mama, usap2 perut mama bg lega lembutjenursenya lepas tu lawa2 lak tu :).Nurse mintak mama mengereng kekanan biar baby d
pt byk oksigen n lepas tu biar bukak cepat. Klu dah tak selesa mengereng belah kiri lak. Agaknya nurse kesian tengok mama kot nurse tanya puan nak apidural ke? or puan nak bius biasa? dlm pala mama kot apidural karang lepas bersalin payah so mama kata bius biasa jelah.emmm cucuk lagi tp kat punggung belah kiri waduhhh belah kanan penangan DEXA tak hilang lagi dah kena cucuk kat belah kiri lak.Mama terima jelah tempuh gak dah tak leh nak mengelak (kali ke 3 cucuk ).Lagi satu bab yg mama takut bila nurse keluarkan air kencing nak tak nak kena tempuh gk huhuhuhu
3.45 petang
Fuhhh makin sakit tak terkata kejap ada kejap dtg. Tup2 mama rasa cam basah je huhuh rupa2nya air ketuban mama dah pecah. Nurse kata uikk cepatnya puan air ketuban dah pecah? dlm hati mama cepat???? sakit ni yg menanggung rasa lama je!!! Geram hati mama dlm saat2 cam ni babah leh berFB??? tp tu lah mama kena faham babah boring, lapar n haus org yg menunggu lagi terasa lama kan? nak tak nak mama
redha jelah .....
5.00 petang
Nurse yg pantau mama nak check bawah, dah 6 cm contraction jgn ler ckp hanya org yg mengalami je tahu cam mana sakitnya.Kejap mama kekanan kejap mama kekiri, semuanya serba tak kena ..dlm saat2 cam nilah kesabaran perlu ada.
5.15 petang
memang mama tak tahan, mama ckp kat nurse mama rasa nak berak dah tak tahan sgt. Boleh lak nurse tu suruh tahan n mskan tangan dia bg tahan baby jgn bg keluar. Mama kata nape nak tahan2 ni nurse kata tunggu doctor jap lagi doc sampai. Sabar2 itu perlu rasa nak marah je sebab baby dah nak keluar main tahan2 lak. 3 kali mama kata mama tak tahan dan rasa nak keluar, tup2 doc noraini sampai terus nurse tu lepaskan tangan dia, syukur doc noraini sempat pakai separuh je sarung tangan mama dah tak tahan tak push pun terus bby keluar..dgn pantas doc sambut. Syukur sesangat terus mama rasa lega ................... mata mama terus layu yg mama rasa cuma kat peha mama kena cucuk (kali ke 4 cucuk) dan mama dengar anak mama nangis n doc ckp bby ppuan. Lepas tu mama tak tahu apa2 dah ....
*hamper dari Al-Zahrah
*bilik Aishah ward utk mama ...under Doc Noraini
tadaaaaa.... welcome to Mis Aimy Humaira
nanti ada masa free mama citer pulak pasal bermalam di Al-Zahrah ye!!!!
Ulasan