Dugaan Minggu ke 33, 1 hari

Assalamualaikum

Semalam 21/9/2011 (Rabu) kandungan mama 33 weeks 1 hari, kekerapan contraction semakin cepat huhuhu...mama rasa perut mama mengeras dan mama rasa cam nak berak pun ada huhuhuh. Makin kerap dan mama rasa makin sakit tp kesakitan itu dpt mama tahan.

Syukur mama ada pengalaman masa habil dulu so babah terus bawak mama ke Zahrah pagi semalam dan terus mama dibawah ke tingkat 2 utk buat CTG. Tahu tak apa tu CTG? ok meh mama terangkan, mama pun tak tahu apa nama penuh CTG tp tu hehehe tp mama kena baring kat katil lepas tu perut mama akan dipasangkan dgn 2 alat satu utk dengar denyutan jantung baby dan satu lagi utk mengetahui kesakitan contraction mama. Nanti keputusan itu akan keluar ala2 graf kat alat tu. dari graf tu le doktor akan mengetahui berapa % kesakitan contraction.

Lepas buat CTG mama kena buat pulak test urine means test air kencing. Kenapa test air kencing? utk memastikan sama ada mama ada keputihan atau tidak kerana disebabkan keputihan juga boleh menyebabkan contraction.

Lepas tu mama kena jumpa doktor, iyer mama ada contraction n tp jantung baby dlm keadaan stabil means baby dlm keadaan baik. Mama bersih dari keputihan so mama dikehendaki mengambil satu cucuk utk mengurangkan contaction ( mama lupa apa nama cucuk tu nanti mama check balik). Selain itu mama kena makan beberapa jenis ubat, sebab masa skrg tidak sesuai utk mama bersalin sebab baru 33 weeks. Paling elok bersalin weeks 36-40, tp klu dah ketentuannya keluar awal nak buat cam mana so get ready je lah. Sebab mama dah ada sejarah bersalin kan habil weeks 35. So kebarangkalian utk bersalin awal kali ni adalah tinggi. Mama kena monitor jika still ada contaction lagi means makin kerap mama kena dptkan cucuk 12 jam sekali yg dipanggil DEKSA (tak tau ejaan tul ke idak tp bunyinya cam gitu lah ) tujuan nya adalah utk menguatkan paru2 baby. Ya ampunnn...!!! pengalaman mama dpt cucuk DESKA huhuh sakit sgt cucuk kat punggung lak tu !!! sampai mama nangis ..nasib ler cuma 2 kali je cucuk tp dlm jarak masa 12 jam sekali. Sabar lah sayang!!! jgn ler keluar awal dok diam2 dlm perut mama, bila dah weeks 36 nak keluar sila lah. Jgn keluar awal2 tau!!!

So atas nasihat doktor mama kena
  1. makan ubat
  2. jgn angkat benda2 berat
  3. byk kan rehat
  4. byk kan minum air putih
  5. jgn bawak kete
boleh ke mama ikut semuanya ni? bab byk kan rehat, bab jgn bawak kete huhuhuh.

Hari ni 22/9 mama dah janji dgn member2 lab nak masak nasi lemak, mama kuatkan gak ler kudrat dan semangat utk masak nasi lemak sebenornya first time masak nasi lemak sebab yg rajin kedapur babah kot suruh masak simple2 tu boleh ler huhuhuhuh. Open house utk lab staff syukur semuanya berjalan dgn lancar walaupun pada awalnya nasi lemak mama keras kurang air tp atas pertolongan KAK NOR dpt ler diperbaiki nasi lemak tersebut siap kawan mama NURUL mama mintak tlg tengok nasi lemak tu. Mama gerun takut cemas macam2 ler perasaan sebab dah ler 1 periuk besor lak tu tak pernah masak nasi sebanyak tu walaupun masak nasi biasa huhuhu. Syukur bila kwn2 makan feedback kata sedap terkedu mama sekejap apa lagi dlm hati berbunga2 hahahahahha siap say terima kasih byk2 kat KAK NOR, klu ikutkan hati mama nak je buang nasi lemak tu n masak balik tp tu kan bak kata pepatah jgn malu bertanya ..malu bertanya sesat jalan hehehheheh.

Mama attend gak ler majlis open house lab staff FOE sebab mama dah janji, walaupun contraction masih ada lagi kena lawan gak ler harap bby mama boleh bertahan lama dlm perut ni. Doa mama moga urusan mama dipermudahkan dan semua selamat amin...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Kejohanan Sukan Tahunan 2023 SK Cyberjaya Kali ke 17

Bulan kemerdekaan ~Sekolah Kebangsaan Cyberjaya