Langkau ke kandungan utama

First puasa di tahun 2011~husna n hafiz demam

Hari ni hari pertama puasa tahun 2011 (01/08/2011 Isnin).Actually mama risau sebab dari hari ahad husna n hafiz demam. Husna dah kurang sikit cuma tinggal batuk2 je, husna mengadu tekak dia sakit sangat. Cuma hafiz je dari malam td tak kebah2 badan dia panas je.

Time sahur mama kejutkan jugalah husna n hafiz suruh bersahur.Kebetulan mlm tadi hafiz dah pesan mintak kejutkan sebab besok hafiz nak puasa. Bkn mama nak paksa berpuasa cuma ambik je sahur klu tahan teruskan klu tak tahan tak pelah boleh berbuka.Lagi pun ada baki2 makanan time sahur, mee goreng, cempedak goreng dgn air milo. Mana tahu bila cuaca matahari dah ada n lepas makan ubat lepas sahur anak2 mama jadi segar dan sihat. Babah suruh gak solat subuh walaupun husna n hafiz liat gak tp atas kuasa VETO babah anak2 mama buat gak. Mama pujuk anak2 mama, doa byk2 kat ALLAH mengadu kat ALLAH, mintak kat ALLAH biar husna n hafiz baik demam. Bila dah baik nanti boleh puasa, lepas tu nanti kita boleh cari baju raya sama2 ye!.Bkn babah nak dera husna n hafiz tp ini adalah salah satu cara babah n mama nak supaya anak2 mama tak lupa solat, walaupun dlm keadaan sakit.

Jadi pagi ni husna n hafiz tak sekolah sebab panas tak kebah2 lagi lelagi hafiz. So mama cadang nak send anak2 mama ke klinik lepas habis kelas kat lab mama dlm kol 12 gitu. Memang kat rumah ada stock ubat cuma nak dptkan MC je nanti nak submit kat sekolah. Petang ni tak sekolah agama sebab sek agama dah awal2 bagi cuti. Mama dah request kat engineer mama yg ptg ni mama nak ambik 1/2 day coz mama nak monitor anak2 mama sebab hafiz ni klu demam memang kena diberi perhatian lebih ada sejarah kena denggi. Walaupun husna n hafiz tak sekolah mama masih menjalankan tanggugjawab mama ambik Aiman kat sekolah kol 1.30pm nanti. Tangan kiri mama still lagi bengkak tp nampak kurangnya dah. Lenguh masih ada lagi huhuh nak angkat tangan pun sakit, tu lom lagi nak mengereng belah kiri. Insyallah mama leh tahan, rasa lain benor lak kali ni sebab sebelum2 ni pun lenguh2 gak tp tak ler seteruk kali ni. Jgn risau mama kuat dan boleh buat kerja2 lab dan kerja2 rumah cam biasa buat pelan2. Insyallah ALLAH akan permudahkan tugas2 harian mama.

Pada anak2 mama moga tabah dan sabar dgn setiap penyakit yg ada. Ini baru sikit dugaan dari ALLAH. Mama tahu husna n hafiz berlumba2 nak puasa penuh, dgn dugaan ini moga anak mama jadi muslim n muslimah yg kuat..amin..



*tak larat sgt

*doktor check hafiz

*turn husna lak

*dua2 berselimut sejuk..

Lepas balik dari jumpa doc hafiz berbuka dgn air milo je tu pun setengah, kakak masih boleh bertahan tp merengek2 gak lapar. Syukur kakak berjaya gak habiskan puasa walaupun demam.Adam lak berbuka kol 12 tengahari buat anak2 mama semua buat setakat mana yg mampu.

Hari pertama berbuka puasa dgn air milo utk anak2, kopi utk babah n air mangga utk mama. Nasi putih+kari ayam+mee goreng+ayam percik n sayur campur, kuih lak ada 3 jenis bingka tepung, kaswi n satu lagi mama lupa apa nama kuih tu :D. Syukur first puasa mama dpt ikut babah gi solat terawih sebenornya mama malas nak gi klu ikut kan nak ZZzzzz tp kan cam mama ckp kuasa VETO babah lebih kuat dari mama hehheh so mama pun ikutlah. Syukur berjaya gak mama selesaikan solat terawih 8 rakaan n witir 3 rakaat walaupun diganggu oleh habil yg panjat2 badan mama time mama sujud, mengah juga lah mama sujud lelama tunggu habil turun. Next turn babah lak take care habil :)



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...