Dugaan puasa hari ke 6 n 7~mama demam

Assalamualaikum

Hari Jumaat badan mama dah rasa x berapa nak sedap dan asyik bersin je,tp mama kuatkan semangat gak gi keje sebab ada DEMO MicroP project. Sampai rumah sempat lah mama cuci pinggan n prepare makanan utk berbuka. Pala mama pun dah nenong2 dah huhuh tp demi anak2 mama kuatkan semangat. Lepas je berbuka dan solat maghrib mama terus tido tak larat sungguh badan mama ni sendi2 badan rasa sakit sgt. Mlm kol 12 mama terjaga badan mama rasa gigil2, babah suruh makan panadol n ubat selesama bg lega sikit hidung yg tersumbat. Tido mama tak lena sebab perut mama asyik2 mengeras je pala pun rasa pening sebab tak henti2 bersin. Waduhhh rasa sakit perut mama setiap kali bersin. Babah ajar mama doa "LAILAHAILAANTASUBHANAKAINIKUNTUMINALZOLIMIN" mohon moga dikurang kan kesakitan yg mama alami.

Baru mama nak lelapkan mata Hafiz pulak menangis meraung sekuat2 hati, terkejut mama nape rupa2nya hafiz pun demam gak badan panas tp hafiz nangis sebab telinga dia sakit. Kol 4.30 pagi hafiz tak henti2 nangis babah pun bawak hafiz gi Al-Zahrah Bangi, dlm waktu2 cam gini mana ada klinik2 berdekatan yg beroperasi 24jam so babah tak ada pilihan gi lah Bangi. Dlm keadaan yg tak bermaya mama kuatkan semangat buatkan kakak husna air milo dan panaskan lauk sama2 bersahur dgn husna, sambil2 tu husna tlg mama ambikan ubat asid folic dan vitamin. Pala mama still lagi berat dan perut mama kerap mengeras cam mama dah nak bersalin pulak.

Kol 6.00 babah sampai rumah, doc ckp telinga hafiz ada effection bengkak sikit tu sebab sakit sangat.Mama rasa ni gara2 telinga msk air time kat rumah m usu ari tu. Syukur mama ada anak ppuan yg ringan tulang tlg mama letak pinggan2 kotor kat sinki, msk kan kain kotor dlm mesin basuh, jaga adik hafiz, adam n habil,terima kasih kakak husna!!! Pagi ni babah kena kerja wajib attend, tp terlambat sikit sebab babah kurang tido, kesian babah!!

Terima kasih kat kakak husna walaupun puasa byk tlg mama, terutama mandikan adik habil, cebuk kan adik habil, pakaikan pampest n baju, bg adik makan, buatkan adik2 air, lipat baju sendiri,sapu sampah dan basuh pinggan yang banyak tu. Terima kasih kakak sebab faham situasi mama. Hafiz ari ni tak puasa sebab demam, tp hafiz boleh makan ubat sendiri tanpa guide dari mama. Mama rasa makin lama perut mama kerap mengeras, lelagi lepas bersin...babah mintak mama berbuka tp mama tak nak sayang sebab dah pukul 3, babah kata tak pe kejap lagi babah balik. So ari ni persiapan berbuka babah yg handle, bab anak pun babah handle mama tak bermaya sgt. Lagi tragis bila kekerapan perut mama mengeras dlm 5 minit sekali adehhh hanya ALLAH je yg tahu setiap kali mengeras mama rasa sakit tp kurang sedikit kesakitan masa nak bersalin. Mama berdoa jgn ler bersalin sebelum waktunya, kandungan mama ni baru je 6 bln ada lagi baki 3 bln. Ni baru msk trimeste ke 2 mama tak nak anak mama keluar tak ckp bulan means pramatang.

Nak berbuka pun husna tlg mama nak bangun, tlg mama ambik kan air n kuih, sakit sungguh badan2 mama ni. Perut mama makin kerap keras, mama rasa cam baby tolak perut mama n mama rasa cam nak berak je. Lagi degup jantung mama makin laju...lepas solat babah terus bawak mama gi Al-Zahrah Bangi. Ya ampunn...ramai betul manusia yg sakit time puasa ni, penuh!! doc cuma 3 org je yg bertugas, babah bwk mama gi An-Nur...pun ramai gak tp tak ler seramai cam kat Al-Zahrah, tp disebabkan mama ni cam nampak kritikal mama dpt jumpa doc cepat, bila check mama demam panas, lepas tu tekanan darah mama rendah sgt, tu sebab mama pening pala cam ala2 nak pitam. Doc mintak mama buat test air kencing (sama ada mama ada kecing kotor atau tidak ) n CTG (satu alat yg diletakkan kat perut utk check jantung baby dan contraction).

Doc ckp iyer jantung baby bergerak pantas dan ada sedikit contraction ini adalah disebabkan mama demam n tekanan darah mama rendah sgttu sebab baby dlm perut tension n kerap mengeras . Doc mintak mama byk kan rehat, jgn buat kerja2 berat dan byk kan minum air. Doc nasihatkan mama klu tak larat nak berpuasa berbukalah. Syukur mama tak ada effection kencing kotor cuma mama kena byk kan rehat sahaja.

Sampai rumah sayu hati mama nengok husna, hafiz n adam tido bertiga dgn lena. Pandai husna jaga adik2 bila mama n babah tak ada.Habil mama bawak sekali takut nanti habil merengek2 nak mama n nanti susahkan kakak. Siap adik2 dah berselimut, memasing tido dgn bantal masing2. Mama ingat nak cium seorang2 anak mama tp mama ingat pesan babah time anak tido jgn cium nanti anak2 jadi nakal. Hati seorang mama kan! mama usap seorang2 anak mama, tetiba mama terbayang cam manalah klu mama tak ada kat bumi ni time anak2 mama kecik2 lagi?

Contraction (mungkin dah berbuka tu yg bby dlm perut tak meragam *agak2 mama ler) dah tak ada cuma badan mama lemah, pening, selesema, batuk n sendi2 mama sakit. Terima kasih kat babah sebab faham situasi mama, kesian babah tak rehat lagi dari balik keje dah uruskan anak2 uruskan bab berbuka, tido pun tak ckp nak jaga mama n anak2.Bila dah makan ubat adalah kurangnya dptlah mama tido tp kerap gak lah mama terjaga. Agaknya siang mama dah byk berehat mlm mata mama tak mau tido. Lagi pun hidung mama tersumbat walaupun mama dah sapu dgn vick. Kejap mama kekanan kejap kekiri mama tak mau tido, bila bangun pala rasa pening mama sempatlah berpaut kat dinding lagi ler mencabar bila nak ketandas.

Walaupun ari ni kesihatan mama still tidak mengizinkan mama kuatkan semangat gak dtg keje sebab lab mama ada kelas UBUNTU yg mana mewajibkan mama dtg sebab ada a few question dlm simpanan mama pagi ni yg telah diamanahkan dari DR VIKTOR kepada mama pada petang jumaat. Pening pala masih ada lagi, badan pun masih lemah cuma selesama n batuk dah kurang.

Doa mama moga mama diberi kesihatan yg baik moga mama dpt menjalankan amanah menjaga anak2 mama dan dpt menjalankan tanggungjawab mama sebagai isteri amin ya robbal alamin.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA TUJUAN BUAT BLOG

Hafiz@Bacaan Yasin n solat berjemaat PSRA Sek Agama Dato Ahmad Razali

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL