Langkau ke kandungan utama

08/08/2011 Happy Birthday Babah a.k.a honey

Assalamualaikum

Ya Allah mama lupa ari ni besday babah. Mama tahu pun bila sampai office mama open FB ramai rakan2 yg wish happy birthday kat babah, itu pun lepas mama habis update blog citer pasal mama demam hari sabtu n ahad. Mama send je SMS wish besday sebab mama tak leh nak call kat lab ada kelas UBUNTU klu mama berckp sure suara besor mama ni nanti mengejutkan student lagi pun sure papagi2 cam gini babah sibuk nak buat short meeting.

Mama doakan moga babah sihat sentiasa, panjang umur dan semua urusan babah dipermudahkan ALLAH S.W.T. Semoga babah jadi babah yg terbaik tuk anak2 kita n jadi suami yg terbaik utk ayang. Mama mintak maaf byk2 sebab tak dpt nak prepare apa2 utk babah tahun ni.


continue
Habis class kol 12, terus mama gi klinik MMU, sah! tekanan darah mama rendah lagi n mama demam.Pala pening, badan rasa seram sejuk, selesema, batuk semuanya ada. Mama dpt mc 2 ari 8/8-9/8. Mama terus ambik adam kat CECE, bkn apa senang karang anything happen boleh ler adam tlg mama. Sampai je rumah terus mama makan ubat n terus berbuka puasa. Sayu hati mama niat dihati nak puasa penuh tapi tak kesampaian. Mama pesan kat adam mama nak rehat sekejap nak tido nanti klu abg hafiz balik dari sekolah kejutkan mama ye! sebab nanti mama nak ambik kakak husna n abg aiman.

Rasa cam kejap je rehat dah dekat kol 1.30pm mama kuatkan semangat gak bangun ambik husna n aiman kat sekolah. Pala mama nenong2 cam ada bintang2 pun ada tp bawak gak ler kete pelan2. Sampai je kat area Apartment Ex tetiba lak kete ketepi nasib mama sempat emergency break kot tidak dah msk gaung dah!!!...kesian husna n aiman....husna terjelepuk kat depan, aiman lak pala terkena kat cermin (waduhh nasib ler aiman tak apa2 dah ler anak orang kot tercedera apalah mama nak jawab). Mama mintak maaf byk2 bkn mama sengaja entah tiba2 pala mama pening sgt tak dpt nak kawal stering kete.

Syukur selamat sampai kat rumah, anak2 ari ni tak mau gi sek agama sebab besok ada exam so mama pesan kat husna take care adik solat, mama nak rehat n nak tido. Husna tlg picit pala mama pelan2 kasih seorang anak...nampak husna risau bila mama sakit. Mama nak ucapkan terima kasih kat jiran mama a.k.a cik mint sebab tlg mama ambik kan habil kat CECE. Mama tak larat sgt bangun lelagi nak bawak kete.

So ari ni pun sama gak babah kena handle tuk berbuka. Mama x makan byk sebab tak ada selera. Nasihat babah...sabor dgn ujian dari ALLAH sakit ni adalah penghapus dosa.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...