Langkau ke kandungan utama

luluh semangat mama

Semalam cam rutin biasa kol 4 ptg mama akan ambik husna n aiman kat sekolah coz tiap rabu husna n aiman ada koko. Seperti biasa juga kelas UBUNTU akan habis dlm kol 4 petang so jadual mama berjalan dgn lancar seperti biasa, lab kak zue petang rabu kebetulan tiada kelas. Dlm perancangan lepas ambik husna n aiman mama n cik mint dan cik ipah akan minum petang kat mamak.

Bila smpai kat sekolah, mama tak nmpak kelibat husna yg ada cuma aiman je.Mama tanya kwn2 husna, dia org ckp tak nampak husna dari tadi.Secara automatik berderau darah mama, dlm kepala mama macam2 mama fikir.4 x mama berulang ke sekolah dan 4x kali gak mama balik rumah lepas tu mama balik lab ambik beg tangan pesan kat amir n mintak cik ipah tlg handle lab mama n lab cik zue.

Macam nak tercabut kaki mama berjalan dgn laju mama dah tak ingat dah mama pregenant ke apa, yg penting mama kena cari husna gak sampai dpt. Mama call babah byk kali babah tak pick up huhuhu lg ler mama tertekan. Kesian aiman jadi mangsa keadaan temankan mama cari husna. Mama tak puas hati mama gi sek balik dan mama cari kot2 ada cikgu2 yg belum balik syukur sesangat tinggal seorang cikgu ppuan kat sekolah mama pun dgn muka yg ala2 sembab sebab menangis siap tercunggap citer pasal tak jumpa husna. Cikgu tu cool sgt dia pun dail lah tepon dia tak tau apa butir yg dia borakkan so cikgu tu ckp husna ada kat alamanda main bowling.

Terus secara automatik mama jadi lega.Cikgu ppuan tu ckp husna pergi n balik dgn ayah Fauza Maisara. Mama kenal parent Fauza, terus mama direct ke faculty mama Fauza and terserempak dgn ayah fauza ketika diparking. Ayah fauza kata dah send husna kat rumah dgn selamat alhamduliallah. Mama pun dgn tenang ambiklah anak dara mama kat rumah ajak husna n aiman minum petang kat mamak. Mama tak marah husna cuma mama risau akan keselamatan husna. Mama tak kata apa dpt pandang husna mama dah lega dah.

Mama tak puas hati nape cikgu tak bagi surat inform kat parent nak bawak anak2 ke alamanda? Mama fauza pun ckp klu fauza tak call confirm dia tak tau. Mama pun tak leh nak kata apa dah yg penting anak mama selamat ada depan mama sudah lega hati mama.

Mama risau sgt dgn keselamatan husna lelagi husna ppuan, dlm pala mama ni macam2 perkara mama fikirkan. Lelagi dpt mama cam miskiah ni serba serbi kelam kelibut.Acap kali mama terbaca pasal kehilangan anak2 ppuan di surat khabar, membuatkan mama tak keruan.

Macam manalah kan klu betul2 terjadi ? Doa mama moga anak2 mama dijauhi dari kejahatan manusia dan kejahatan syaitan dan selalu dilindungi ALLAH S.W.T. amin..


~miss~

Ulasan

Jery Mszi berkata…
Sian mama husna .... nasib baik tk apa2 dgn keadaan macam tu ... tullah cikgu sepatutnya inform bg tahu atau bg surat apa2 aktiviti yg dia nk buat ....
tu ler 1 jam lebi mencari dah ler mama husna ni kelam kelibut, huhuhu syukur bila husna dah depan mata lega sesangat hati.

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...