Langkau ke kandungan utama

Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH juga kita kembali~Takziah utk keluarga kak zue


Pagi tadi mama dikejutkan kol 6 pagi dengan deringan telefon, bila mama check phone ada 6 miss call dari cik mint. So mama call balik, dan mama dpt berita husband kawan mama cik zue dah meninggal, yg mama kenali dgn panggilan abg bob. Mengigil kaki mama bila dengar berita kematian abg bob, so mama pun kejutkan babah n anak2 mama awal sikit sebab mama rancang nak menziarah. Mama call beberapa kawan2 mama utk mengkhabarkan berita sedih ini. Pagi ni mama tak keruan so mama tak dpt nak buat sarapan cuma mama buatkan air milo sahaja, so anak2 mama bersarapan dgn milo dah roti shj.

Pagi ni mama keluar awal sikit, syukur anak2 mama semua senang diuruskan pagi ni, lepas beli sarapan nasi lemak dan milo ais tuk adam n habil mama terus send anak2 mama ke cece, tanpa ke lab mama dgn cik mint,cik ipah n cik maha terus pegi ke rumah cik zue di Seri Kembangan. Kami sampai dlm kol 8.45 ketika itu ramai org2 yg dtg menziarah.

Mama jumpa cik zue dah ucapkan takziah serta mama sempat sedekah kan 3 kali bacaan yassin dan alfatiha sebanyak 10 kali utk arwah. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.Menitis juga air mata mama walaupun sedaya upaya mama kawal, sedih hati mama, bak kata pepatah
"BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YG MEMIKUL".Tak terkata dgn kata2 kesedihan yg menyelubungi suasana ketika itu. Syukur ramai saudara mara, sahabat handai yg dtg menziarah arwah dan memberi kekuatan kepada kak zue sekeluarga.Khabar dari cik ipah n cik mint ramai yg solat utk jenazah, ALLAH mempermudahkan semua segala urusan dgn lancar.

Kepada kak zue sekeluarga semoga tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.Allah lebih sayangkan arwah.Semoga arwah tenang diasana..AMIN...

ALFATIHA.

~miss~

Ulasan

Jery Mszi berkata…
moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat ...

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Majlis Penutup Festival Merdeka 2024 UNIKL

 Assalamualaikum Pembuka tirai blog mama untuk tahun  2024  12/09/2024 Abang Hafiz telah diberi peluang untuk membaca doa di Majlis Penutup Festival Cinta Merdeka 2024. "typical mom its me heheheh" tidak kisah apa juga gelaran yang penting mama gembira. alahai anak sebak hati mama bila tengok live abang baca doa. Mama tunggu depan komputer dari pukul 2.15 seperti yang abang maklum kan tetapi disebabkan beberapa perkara majlis ditangguhkan start pukul 2.50 petang. Alhamdulillah abah, mama, kakak dan adam sempat tengok abang bersiaran. Bila abang baca doa mulalah mama "flash back" masa besarkan abang. Abang lah anak yang kerap "warded". Pusat Rawatan Al-Zahrah Bangi merupakan  rumah ke 2 kita. Kalau tanya macam mana  perasaan mama sebak ada, gembira, terharu, sedih ada macam2 perasaan. Mula lah "flash back" marahkan abang, merajuk dengan abang,rotan abang sobbb...sobbb  Teringat masa abang demam influenza dekat Ipoh. Sedangkan masa tu kita 1 family...

MMU Sport Fiesta 2025 -04/08/2025 - 08/08/2025

Assalamualaikum MMU Sport Fiesta 2025 telah diadakan selama 1 minggu dari 04/08/2025 hingga 08/08/2025. Sudah pastinya mama pun join lah tapi dengan usia,kudrat yg ada mama kena pilih lah sport apa yg sesuai. Kawan2 ajak mama main bola jaring tp bila kenang jari kiri mama trigger finger jadi kenalah menolak. Tapi sebelum menolak tu mama try juga hahahah ada hati nk join juga tapi bila mama try n try memang kelaut lah dari cubaa 5x satu pun bola tak masuk. Jadi zaman kegemilangan mama jadi GS dah terkubur huhuhuhu. Tapi semangat kesukanan ni masih berkobar2 mama kena bagi support dekat hall mama. Hall mama Lamda laksamana warna merah. Walaupun mama ni dh berusia tapi nk juga lah bagi markah n support pada pasukan. Sekurang2nya bagi mata pada hall kira  berguna jugalah pada pasukan. Babah siap pesan jaga diri dan main sukan yang tidak berbahaya serta menyusahkan diri sendiri. Perancangan awal mama just join 1. War cry 2. Sukaneka isi air dlm botol tup2 boleh pulak tambah 1 lagi sukan...

Happy birthday mama n Anniversary mama n babah yang ke 25

  Assalamualaikum Lama sungguh mama tak updated apa2 kat blog ni.Nak kata busy tak lah busy sangat tapi buat2 busy heheheh.Vitamin 'M' byk sgt tu yg mama tak menulis blog lagi. Sebab anak2 dh bertanya mama pun cubalah hilangkan vitamin 'M' tu :) Anak2 buat surprise sambut birthday mama awal 2 hari pada 21/06/2025 (Sabtu).Babah pulak buat surprise tempah homestay heheh yg kelakarnya kat Cyber juga ingatkan jauh2 lah sikit kat PD ke kat Pangkalan Balak Melaka. Tapi tak pelah sebab nk meraikan dlm kawasan cyber pun ok juga tak lah mama risaukan bila tinggalkan anak2. Majlis buat Sabtu sebab abg habil next ahad dh nk balik Shah alam.  Alhamdulillah semuanya ada plus tambah seorang lagi kawan abg adam, kakak najwa namanya. Tema merah dan makan di Restoran MURNI tuk birthday n anniversary ke 25.  Terima kasih kat anak2 siap bg mama bunga bouquet lagi hasil tangan abg hafiz. Aktiviti hanya makan2, borak2, sedikit tazkirah dari babah dan sakat menyakat. Terima kasih pada anak2 ...