Penyambungan kontrak menyewa di MMU
Tadi baru mama berkesempatan nak sign aggrement penyambungan kontrak menyewa rumah di MMU. Hhehehe ari ni last date selepas mendapat email dari En Firdaus semalam.Diam x diam kita sekeluarga dah menyewa kat MMU hampir 3 tahun. Maknanya hanya tinggal lagi 2 thn dok kat MMU ni, n lepas tu kena halau huhuh. * boleh ke mama guna ayat kena halau cam kasar je kan...so mama tukor lah ayat confirm kena keluar dari apartment MMU.Cepat tul masa berjalan, cepat tul anak2 mama membesar dan cepat tul mama makin tua!!!.
Ikut perancangan masa tu husna darjah 6 dan pastinya akan menghadapi UPSR, lepas tu confirm mama n babah kena cari rumah lain. Time tu back to normal, mama kena drive hari2 dari rumah ke MMU cam dulu. Hari2 bawak anak2 mama ke MMU dan hari2 mama akan bawak anak mama dari MMU ke rumah. X tahu ler mama leh hadapi ke idak lelagi mama rasa badan mama ni dah tak ada tenaga dah. Harap2 nanti dpt lah kita rumah yg dekat senang sikit mama nak handle anak2 mama.
Bila dok dlm MMU ni mama cool sikit tak terkejar2 sangat walaupun pada hakikatnya mama kelam kibut sikit. Rutin harian mama pagi send adam n habil ke CECE n mama terus gi keje, tengahari mama cuma ambik kakak husna je kol 1.30ptg, sebab abg hafiz tumpang ibu wani (*tq ibu wani), so dlm jarak masa tu mama boleh lah relax makan n klu rajin angkat kain n jemur kain yg dah dibasuh dan msk kan balik kain2 yg kotor sementara ambik kakak husna. Sempat lah mama bukak lab sebelum kol 2 walaupun terkejar, lagi pun husna dan hafiz dah boleh diharap utk kunci pintu sebelum gi sek agama.Petang lak habis keje mama cuma ambik adam dan habil, bila sampai rumah dlm kol 6 confirm adam dan habil main kat luar so masa tu lah the best time mama nak kemas2 or nak sapu2 rumah, masa tak mengandung boleh ler mama msk nasi tp sejak mengandung ni memang beli jelah. Klu ada masa lebih mama angkat baju n jemur kain yg dlm mesin, sambil2 nengok tv boleh ler mama lipat sehelai dua kain klu badan rasa tak sedap melepek jelah mama.
Lagi 2 tahn kena dok luar huhuh cam mana ye? lelagi time tu insyallah anak mama bkn 4 org lagi tp 5!!!
~miss~
Ulasan